http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, November 18, 2011

Setelah 4bulan bersama, akhirnya aku melangkah pergi..

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Dulu awal-awal kenal, takut.
Dalam dua minggu awal.. STRESS tak hingat!
Banyak benda tak tahu tentang dia.

Sebulan dapat mengikut rentak.
Dua bulan dah kenal semua.
Tiga bulan dah arif pasal dia.
Bulan ke-4 rasa gembira dapat tinggalkan dia.

Yer, dia yang dimaksudkan bukannya seseorang atau apa.

Dia= paed posting.

Alhamdulillah dah 4bulan dah kerja. Tapi rasa lambatnya masa berlalu.
Baru posting pertama, banyak lagi liku-liku yang tidak dilalui lagi.

Ingat lagi masa jadi tagger- 2minggu yang menyeksakan.
Penat tak payah cakap. Terseksa jiwa raga.
Minggu ke-3 ditegur oleh pakar untuk kerja lebih efisien. Wah! masa tue, ingat dah kerja sehabis baik tapi hanya ilusi diri sendiri.

So, mengambil langkah untuk kerja dengan lebih baik. Improve diri sendiri. Buat kerja lebih cepat dari robot.
Awal-awal dulu memang takut nak present, tambah-tambah depan pakar masa round. Terketa-ketar suara.HAHA!
Pastu dah lama, mula confident nak present dengan relax depan MO dan pakar.

Bila dapat kepercayaan rasa suka. Nurse-nurse yang cam menakutkan pun pastu leh join gosip dan gelak-gelak.

Bulan ke-3 dah jadi cam senpai - senior.
Dah rasa excited sebab lagi sebulan je nak grad dari paed posting.hehe
Masa ni junior-junior akan minta tunjuk ajar tambah-tambah yg 1st poster cam aku.
Segan nak beri tunjuk ajar kat senior yang dah 4,5th posting. Rasa kerdil sebab aku just 1st poster.

Dan sekarang tinggal hanya seminggu je lagi nak habiskan posting kanak-kanak ni.
Lamanya rasa. Semalam dah menuntut semua tandatangan dari senior-senior MO. Nasib baik ada MO-MO yang baik hati. Aku takut nak minta signature dr Dr R,Dr C dan Dr L.
Takpe bakal ada jamuan makan untuk korang yg sememangnya kuat makan..hehe.

Kepada Dr R, senior MO. yang sangat menakutkan. Semua junior pasti akan kerja bawah dia. Kena marah kena buli memang rutin harian awal-awal dulu. Kesian tengok junior-junior yang baru masuk banyak kena buat kerja. Tapi lama-lama, korang akan serasi dan siap leh lawak-lawak dengan Dr R. Takde nak takut-takut cam dulu.

Kepada Pakar-pakar aku, Dr Z dan Dr S. Terima kasih bagi markah SKT yang baik untuk aku. Terkesima bila pakar puji aku dah banyak improvement banding awal-awal dulu. Terima kasih atas teguran membina. Nak nangis pun ada..hehe.Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada diri ini.

Selamat Tinggal Dunia Kanak-kanak.

Dan akan bertukar ke wad surgeri (sila beri tunjuk ajar).

p/s: rasa nak pergi tengok wayang. Tapi cam tak ada yang besh jer


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

1 comment:

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...