OFF day hari ni.. so, selain tengok Running Man baru, lepak-lepak je kat rumah. Recharge diri :)
Nak buka tajuk serius sikit hari ni.
EL atau nama panjangnya: emergency leave.
Untuk setiap posting akan diberi percuma dua EL. Kira kalo ada emergency apa-apa (ada orang meninggal ke apa..leh pakai cuti ini tanpa rekod). Tapi kalo lebih dua EL, kena tolak cuti tahunan.
Tapi masalahnya, ada plak yang ambil EL ni dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah.
Impaknya > kalo ko tetiba EL (tak datang kerja), kerja dalam wad banyak, kena ada orang cover hang, pastu bila kerja tak siap orang yang cover kerja hang kena marah dan orang tolong hang yang bad reputasi tapi ko....senang diri dok shopping??
Ada kawan-kawan aku dengan bangganya kata " semalam aku EL, saje je..penat nak gi kerja, tapi lepak kat rumah", " Aritue aku EL sebab nak keluar ngan kawan".
Masa aku dengar memangla aku senyum je tapi dalam hati mau jerit " KAU MEMANG PEKERJA (HOUSEMAN) YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB".
Yela, lainla ko EL sebab memang ada emergency ko sakit, ada kebakaran kat rumah, banjir kat rumah, ada orang meninggal ke?
Ini tidak, Impaknya, kesian aku dekat kawan sekerja ko tue...
Tidak fikir ke kat orang lain?
Setakat ini, aku tak pernah ambil lagi EL sepanjang setahun kerja. Masa arwah atuk meninggal balik dari kampung aku isi borang cuti, kira ambil sebagai cuti tahunan.
So, bila tengok orang lain ambil cuti tanpa alasan dengan banyaknya.. geling kepala.
Bukan nak kata aku ni berdedikasi kerja, memang la ada ketika ko rasa malas nak datang kerja hari itu, tapi bila teringat kat wad sure banyak kerja tambah-tambah time klinik or OT day, ko 'terpaksa' datang. So ko datang kerja, tanpa menyusahkan orang lain.
Pernah gak beberapa kali nak minta EL tapi nak minta cuti sakit sebab memang dah tak tahan menahan sakit tapi bila tengok Houseman sikit kat wad, wad penuh, tak pe la.. tahan sakit sekejap, makan ubat dan terus sambung kerja walaupun ramai tegur muka nampak pelik.
Minggu lepas, salah seorang pakcik aku meninggal dunia disebabkan kanser, mak aku dengan family balik kampung tanpa telefon aku bagitau aku pakcik aku meninggal. Pas balik rumah, agak lama gakla baru aku tau pakcik aku baru meninggal..sebab mak aku tak tahu aku leh ambil cuti (EL) kalo ada benda camni. Kecewa gak aku tak dapat balik kampung.
So, kepada yang suka sangat EL tue, tolonglah. Tak kesian ke kat kawan sekerja. Kalau setakat nak EL gi shopping, nak tidur kat rumah, guna je la cuti tahunan 8 hari seposting tue, leh tido 8hari 8malam berterusan, tak ada orang nak marah kalo buat camtu.
P/s: BOIKOT EL TANPA SEBAB!!! BERKERJALAH ANDA WALAU TERPAKSA
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
0 pesakit datang ambik MC:
Post a Comment
rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)