http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, January 13, 2012

Busy dan buat-buat Busy :)

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

blog ni dah lama terabai..tuannya MALAS!

nantila update yer..hehe

sebab tugasnya setiap hari: KERJA! KERJA! (konon rajin :P)



jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Wednesday, December 14, 2011

Pesta Pulau Pinang, anda berani sahut cabaran?




♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Pesta Pulau Pinang cam biasa sure ada tiap-tiap tahun.
Ada fun fair. jual beli barang-barang (semua ada la)

kebetulan plak kawan-kawan adik aku mai rumah dan adik aku plak dok merenggek kata tak dapat lagi naik kereta baru aku. (ceh, itu pun nak ungkit)

Pe lagi JOM gi Penang!

Parking tak yah cakap la..FULL. walaupun kami sampai lewat dalam kul 10 malam. Orang lain ramai dah balik tapi ada yang baru sampai cam kami.

Bersedia Menyahut Cabaran - Gayat

Benda alah ni sure dah selalu naik. Tapi yang sebelah dia yang panjang tue, agak menakutkan bila dia berpusing secara sesuka hati.


Aku naik TOP GUN. siot, sumpah tak mau naik lagi.
Adik aku awal-awal naik dah senyap. Tapi sekali dia pusing dan berhenti tengah udara tue, rasa angin penang. Aku pun terdiam sampai tutup mata sampai benda tue berhenti
Yang kelakarnya, sambil berpusing tue, dok dengar
"mak, tolong adik"
" aku tak mau mati lagi"
" tolong~~"

aku nak gelak pun tak sanggup sebab aku pun takut gak.

Kalo korang dah lepas ujian Top Gun sila la naik benda yang berpusing ni
Ramai gile nak naik benda alah ni.

Aku dok gelak ada minah sorang ni pakai skirt naik benda ni, 1st pusing muka dia dah pucat lesi, diam je. siap tutup mata.
Kesian pun ada, sure dia tak mau naik tp kena paksa naik dengan pakwe dia..hehe

Yang pentingnya: jangan naik dengan perut penuh. Naik benda alah yang scary tue agak memualkan.

Tak sempat nak naik semua sebab aku dah pening pas naik benda berpusing tue dan menyebabkan aku duduk je tunggu kawan-kawan adik aku main tanpa pengawasan orang dewasa.

UWEEEKKK!! pening aku terus hilang pas 'membuang'. abes burger properity aku makan tadi..haha.

Sapa nak naik? Jom gi Penang..hehe











jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Monday, December 12, 2011

Surgery Posting (Masa HO Vs Student)



MY THING
comel tak ada sangkut teddy bear? hehe
MO: ni pakwe bagi ke?
aku: kedai bagi~~~ haha


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Lama benor tak tak mengupdate blog ni. Biasalah masa tagging balik kul 10, nak menulis pun tak keluar ilham. Dalam otak just nak mengutuk pun ada..hehe

Tagging: masa untuk mempelajari sesuatu yang baru di awal posting dan untuk membiasakan diri di dalam wad. Masa yang diperuntukkan bergantung untuk sesuatu department. Ada yang satu minggu dan ada yang dua minggu. Ada yang terpaksa 'extend' tagging jika tidak
menunjukkan prestasi yang baik.Biasanya kerja dari pukul 7pagi ke 10 malam (bergantung).

Rupanya dah dua minggu di Surgery. Dua minggu yang membosankan. Tak besh!

Tak besh sebab tak ada kerja. yeah, you heard me! sebab tak ada kerja. BOSAN!

Biasalah masa tagging ni korang akan rasa diri cam yoyo atau pingpong sebab senior-senior posting akan minta korang pergi sana sini, buat itu ini dan tolong dorang.
Disebabkan korang ni tak ditetapkan lagi kerja di mana, tak masuk lagi untuk jadual shif.
telefon yang leh bawa merata-rata

Sampai satu masa, aku sudah bosan sebab tak ada kerja. Kadang-kadang discharge summary pesakit-pesakit dah buat siap-siap, tunggu masa pesakit nak keluar untuk dapatkan signature MO je. Pastu wad plak jadi lenggang sebab pesakit ramai dah balik. Lagilah BOSAN!

Aku seorang kerja dalam satu wad pun, aku tak komen sebab masa aku akan abeskan untuk ambil darah pesakit, dressing dan wound inspection pesakit luar yang datang, buat flushing chemoport.

Kadang-kadang kena panggil masuk OT untuk assist dan tulis OT form semua, key in data dalam komputer. Tapi aku still boring.

Paling kelakarnya disebabkan aku hampir 'gila' dok dalam wad je, aku dah beberapa kali keluar dari hospital (setelah kerja semua siap) dan makan kat luar, simple shopping.(sila jangan ikut contoh ini) Tak pernah aku saja-saja nak keluar dalam paed dulu.


aku benci jam dalam wad ni


STUDENT
Masa study dulu, ingat lagi masa tue log book memang tebal kot. kena siapkan dalam 50-60 short cases dan 10 long cases. Tapi jangan nak tipu lah, korang sure ada pakat-pakat copy short case kawan lain dan main tukar-tukar kan? hehe

Tapi yang beshnya posting surgery ni, korang akan dapat buat dan belajar banyak procedures baru berbanding posting lain. Selain memang suka buat kerja dan lengkapkan logbook. buat suture (BESH).

Dulu masa student just assist pasang CVL (central venous line) tapi sekarang dah dapat lesen untuk buat. Tapi aku tak ada chance dan pesakit nak buat. Keep looking forward untuk buat procedures yang lebih mencabar.

Masa student dulu pun, agak relax gak posting ni. Tapi kalo ada presentation dan short case tue yang meluat skit..hehe. Exam lagi lah..hehe.

Masih ingat lagi wad di tingkat 2 yang panas sempit tanpa pengudaraan yang baik tue..hehe.

Kenangan USM kembali lagi. Sure kawan lain pun sama. Jom Buat trip BALIK USM..hehe

jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Friday, November 18, 2011

Setelah 4bulan bersama, akhirnya aku melangkah pergi..

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Dulu awal-awal kenal, takut.
Dalam dua minggu awal.. STRESS tak hingat!
Banyak benda tak tahu tentang dia.

Sebulan dapat mengikut rentak.
Dua bulan dah kenal semua.
Tiga bulan dah arif pasal dia.
Bulan ke-4 rasa gembira dapat tinggalkan dia.

Yer, dia yang dimaksudkan bukannya seseorang atau apa.

Dia= paed posting.

Alhamdulillah dah 4bulan dah kerja. Tapi rasa lambatnya masa berlalu.
Baru posting pertama, banyak lagi liku-liku yang tidak dilalui lagi.

Ingat lagi masa jadi tagger- 2minggu yang menyeksakan.
Penat tak payah cakap. Terseksa jiwa raga.
Minggu ke-3 ditegur oleh pakar untuk kerja lebih efisien. Wah! masa tue, ingat dah kerja sehabis baik tapi hanya ilusi diri sendiri.

So, mengambil langkah untuk kerja dengan lebih baik. Improve diri sendiri. Buat kerja lebih cepat dari robot.
Awal-awal dulu memang takut nak present, tambah-tambah depan pakar masa round. Terketa-ketar suara.HAHA!
Pastu dah lama, mula confident nak present dengan relax depan MO dan pakar.

Bila dapat kepercayaan rasa suka. Nurse-nurse yang cam menakutkan pun pastu leh join gosip dan gelak-gelak.

Bulan ke-3 dah jadi cam senpai - senior.
Dah rasa excited sebab lagi sebulan je nak grad dari paed posting.hehe
Masa ni junior-junior akan minta tunjuk ajar tambah-tambah yg 1st poster cam aku.
Segan nak beri tunjuk ajar kat senior yang dah 4,5th posting. Rasa kerdil sebab aku just 1st poster.

Dan sekarang tinggal hanya seminggu je lagi nak habiskan posting kanak-kanak ni.
Lamanya rasa. Semalam dah menuntut semua tandatangan dari senior-senior MO. Nasib baik ada MO-MO yang baik hati. Aku takut nak minta signature dr Dr R,Dr C dan Dr L.
Takpe bakal ada jamuan makan untuk korang yg sememangnya kuat makan..hehe.

Kepada Dr R, senior MO. yang sangat menakutkan. Semua junior pasti akan kerja bawah dia. Kena marah kena buli memang rutin harian awal-awal dulu. Kesian tengok junior-junior yang baru masuk banyak kena buat kerja. Tapi lama-lama, korang akan serasi dan siap leh lawak-lawak dengan Dr R. Takde nak takut-takut cam dulu.

Kepada Pakar-pakar aku, Dr Z dan Dr S. Terima kasih bagi markah SKT yang baik untuk aku. Terkesima bila pakar puji aku dah banyak improvement banding awal-awal dulu. Terima kasih atas teguran membina. Nak nangis pun ada..hehe.Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada diri ini.

Selamat Tinggal Dunia Kanak-kanak.

Dan akan bertukar ke wad surgeri (sila beri tunjuk ajar).

p/s: rasa nak pergi tengok wayang. Tapi cam tak ada yang besh jer


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Saturday, November 05, 2011

Curi tengok diam-diam

Kantoi ho yang mo kata dia sukakan aku tue curi-curi tengok aku tadi.haha.kantoi depan dengan kawan aku gak.(awak, cermin tue saya leh tengok orang kat luar jugak tau) hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...