http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Saturday, June 01, 2013

Bagus ke Dermalogica ni?



Dermalogica ni apa?
Bagi yang tak tahu, ni produk dari Amerika Syarikat.
Aku dulu pun dengar camtue je nama dia.. yelah zaman student dulu mana ada pitih nak beli produk mahal-mahal. Cam Clinique tue mmg takleh nak pandang, pitih xde.

Sebenarnya tak sengaja jumpa produk ni. Kebetulan kawan Ainaa Ismail ajak saya sekali buat Facial kat salon kat Kulim ni. Tempat tue guna produk Dermalogica, sebelum balik sure la amoi tue pujuk beli barang sama, xkan satakat buat facial je kan..hehe

So terbeli lah travel set Dermalogica untuk try, Itulah detik pertemuan saya dengan Dermalogica yang tak berapa sedih pun..hehe

Bila guna set tue, rasa perubahan, walaupun kecik je botolnya (travel kan).. so, dari situ terus terlekat..sampai beli botol extra besar letak kat bilik air..

Tambah-tambah beli masa promosi..memang berbaloi-baloi.

Lepas pakai porduk ni, jarang sgt tumbuh jerawat. Kalo dulu, kat dagu ni, sure tumbuh jerawat extraBIG. sekarang sangat jarang. Dan muka kurang berminyak dari dulu.
Kalo dulu, sampai je tengah hari muka dah cam cermin tambah-tambah time sibuk kat wad, berlari sana sini..

Kalo dulu awal-awal beli : Pembersih muka, toner dan pelembap

Sekarang cakap je apa, aku ada set lebih kurang lengkap dari Dermalogica.




Beli 2 set basic..beli pembersih dan pelembap dapat toner FREE.. tuelah beli dua sekali..boleh tahun gak ni..



Tambahan mask mulitivitamin, memang besh, pakai before tido dan esok pagi cuci.. rasa smooth..



Ni packing dapat free, kalo gi mana2 sure taya "takde free apa-apa ke?" dorang sure ada puyer..hehe

Dapat paket merah..

Yang kecik solar booster tue yang dapat free, print dari FB.. kat Queenbay tue

Ni dia apa yang ada dalam paket merah.. dapat foundation, dua lipstik merah (pink dan merah)    


Barangan Dermalogica boleh didapati di rangkaian Aster Spring terdekat atau kedai-kedai Facial. kat Kulim ni tak salah ada dua tempat, dekat dengan tempat Esso Kulim tue.

Tapi aku suka gi kedai Aster Spring , since leh tolak voucher dan buat muka tak malu minta benda free lagi ( pelanggan tetap) kan?? hehe

Kalo nak cuba Dermalogica boleh datang dan try free facial analysis dorang.. dorang sendiri akan rekemen produk mana yang berkesan dengan muka sendiri..

Aku sendiri pun ada dua jenis Cleansing Dermalogica ..satu jenis cream dan satu jenis gel. Kalo rasa cam acne or berminyak sangat, aku sesuai pakai yang gel puyer. Tapi ari biasa aku memang guna yang cream punyer.

Setakat ni memang guna Cleansing solution, Multi-active Toner dan Smoothing Cream, Eye-cream, Booster, Spot coorecting (untuk acne mark atau jerawat gatai),  yang terbaru tertentulah Mask dia.

Kalo nak hadiah kan untuk mak pun boleh, ada AGE Smart series untuk itu. Leh try travel set dulu.

Walaupun awal-awal rasa cam mahal, tapi kalo bahagi ikut bulan kegunaan, memang ok.. memang tak rugi pun. Dari dulu, aku suka tukar produk, abes tue, tukar lain. Duit lagi banyak rugi kot. Setiap bulan je tukar, toner la, pelembap la.. Sekarang tak yah cari yang lain.

Sapa yang rasa nak try, jangan malu-malu..Selamat Mencuba :)

P/s: promosi tak berbayar yer..hehe. Aster Spring leh barang free lagi tak??hehe

 


1 comment:

  1. Dermalogica adalah produk terbaik muka yang pernah saya digunakan. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya mendapat Dermalogica produk wajah dari LahBeauty.com. Mereka menawarkan harga yang terbaik di bandar.

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...