http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, June 12, 2011

Pelajar Tajaan JPA : Lapor Diri



♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Peringatan:Buat semua pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam),

setelah anda tamat pengajian, anda dikehendaki melapor diri kepada pihak JPA sepertimana termaktub dalam

perjanjian yang ditandatangani dulu

(ye, buat pelajar perubatan & pergigian- 5 tahun dulu) jangka masa yang lama,mungin ada yang dah lupa.

Disebabkan beberapa orang dah bertanya mengenai hal ini di FB, ada baiknya saya jawab sahaja di sini (ganti pihak JPA nampak..hehe, Pihak JPA perlu bayar komisyen aku ni..hehe)

Di sini saya upload surat dihendaki lapor diri dari pihak JPA kepada saya sebagai contoh dan panduan:
Beberapa perkara terpaksa di-blur-kan untuk menjaga privasi

muka surat 1
muka surat 2

  • Keperluan Melapor Diri

    Salah satu daripada syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan ialah lapor diri setelah tamat pengajian.

    • Pelajar yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri dengan seberapa segera yang boleh kepada kerajaan selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak;
    • yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam Malaysia hendaklah melaporkan diri kepada pihak Kerajaan seberapa segera yang boleh setelah menamatkan Pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak
  • Dokumen

    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan melapor diri adalah seperti berikut:

    1. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian [JPA(L)PTP-Pin. 1/07]
    2. Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat (salinan perlu disahkan)
    3. Salinan transkrip peperiksaan (salinan perlu disahkan)
    4. Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

    Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan untuk melapor diri di Jabatan ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat tajaan/ pengajian, mana-mana yang terdahulu.

    Untuk Dokumen

    1) sila print dan isi borang tersebut seperti panduan yang disediakan.

    2) jika belum mendapat ijazah, dan belum melalui konvokesyen, dokumen ini boleh dihantar selepas mendapat ijazah (tangguh dulu pun tak apa).Hantar setelah konvo.

    3) Salinan dari school masing-masing yang mengatakan anda sudah LULUS peperiksaan dan sudah berjaya menamatkan pengajian (bagi pelajar USM, anda sudah mendapat surat berkenaan dari pejabat akademik beberapa minggu lalu)

    4)Bukti permohonan yang menunjukkan anda sudah memohon pekerjaan dari SPA (eg: akuan memohon- yang anda isi selepas mengisi permohonan borang dari SPA sebelum interview) atau jika anda sudah mendapat pengesahan tawaran jawatan (sila hantar salinan surat tawaran)

    **Sila hantar borang 1 & 4 jika belum lagi mendapat dokumen 2 atau 3. Manakala dokumen 2 & 3 boleh dihantar kemudian, iaitu selepas smua dokumen diperolehi,dokumen 2 & 3 hantar lepas konvo pn tak pe.,.HARAP MAKLUM [sumber : pegawai JPA bertugas]

    Dokumen lapor diri boleh dikemukakan di Aras 5, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 Putrajaya atau pos/ faks/ email.

    untuk salinan keputusan peperiksaan setiap tahun atau semester yang telah disahkan juga dikehendaki disertakan sepertimana dimaklumkan di borang pendaftaran tamat pengajian

    (eg: pelajar USM, keputusan LULUS untuk PRO I, II dan III)

  • Maklumat Lanjut

    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Unit Pengurusan Kerjaya
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya.
    Tel: 03-8885 3059/ 3375/ 3376/ 3379/ 3382/ 3398/ 3669
    Faks: 03-8881 0744


Anda juga boleh lihat link ini

p/s: jika berlaku kesilapan di atas, sila maklumkan saya dengan segera.Insyaallah sebarang pertanyaan diterima, untuk maklumbalas lebih cepat, sila hantar msg di FB saya atau post comment di bawah. SMS tidak diterima..hehe

jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. thanks 4 the info kak sol
    nak tanya yang borang no 3 tu kan
    surat yg tajuk "pengesahan sebgai pelajar pusat pengajian sains kesihatan" tu ke ..atau yg lain?

    ReplyDelete
  2. @my ^o^
    kalo pelajar medic selepas peperiksaan final, akademik hantar surat yang kami lulus peperiksaan.kami hantar yang tu.

    untuk PPSK, ksol tak tahu la plak transkrip periksa korang camne

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...