♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
ops gambar tak ada kaitan dengan Post-mortem yang aku buat di Hospital Kulim.
Sebagai Houseman di casualty, sepatutnya kena la buat post-mortem ni banyak-banyak. Sebab mana tau tercampak ke hospital district, kena buat post mortem sorang-sorang.. terberak terkencing sorang-sorang lah dalam bilik mayat tue.
Hanya certain case je kami leh terima, sebab tak de pakar di sini. Pakar yang datang selalu dari Sg Petani (aku pun tak kenal sapa..kenal nama je..hehe)
Kes gangster cam cikgu kena tembak kat Kulim tue.. kena hantar ke Sg Petani. Walaupun paper dok tulis hantar ke Hospital Kulim..hehe. Security kami di Kulim tak berapa bagus, tup-tup banyak plak gangster turun bilik mayat, reporter la..tue sebab dihantar ke Sg Petani, biar pakar buat.
Kematian yang perlu bedah siasat (dicilok dari www.islam.gov.my)
Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang
perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak
(dharuriyyat dan hajiyat) iaitu:
i. Kes kematian medicolegal
a. Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes- kes biasa, akibat perlakuan ganas seperti bunuh.
b. Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.
c. Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan.
d. Kematian di tempat kerja; kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja.
e. Kematian akibat keracunan. (e.g. alcohol intoxication, coal gas, insecticides, barbiturates etc).
f. Kematian akibat bunuh diri.
g. Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan,
prosedur penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan
oleh hospital/klinik dan sebagainya.
h. Kematian akibat kemalangan di rumahhospital/ institusi/tempat umum.
i. Kematian akibat kecuaian pegawai dan kakitangan hospital/klinik
seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan, peralatan,ubat, rawatan
dan sebagainya.
j. Kematian tahanan polis, tahanan re m a n, banduan di kem-kem tahanan.
k. Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.
l. Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.
m. Kematian kanak-kanak akibatan kelemasan (suffocation) nafas.
n. Kematian berkaitan anak-anak angkat.
o. Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.
p. Mati lemas.
q. Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan,
dalam sungai, perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak
diketahui.
r. Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid, radioaktif dan sebagainya.
Proses Bedah Siasat Mayat
i. Pemeriksaan luaran Menjalankan pemeriksaan luaran untuk
mendokumentasi kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaan akan membuat
pemeriksaan terperinci ke atas mayat antaranya pakaian simati, keadaan
mayat secara keseluru h a n ,perubahan - p erubahan luaran yang
berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan.
Sekiranya sebab kematian dapat dikenalpasti, maka pembedahan mayat tidak
lagi perlu dilaksanakan.
ii. Pemeriksaan dalaman Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak
dapat mengenalpasti punca kematian, maka pemeriksaan dalaman perlu
dijalankan.Ini termasuklah membuka tempurung kepala, rongga dada,
abdomen, pelvis dan lain-lain bila mana perlu.
iii. Pengambilan spesimen iaitu mengambil cecair badan untuk analisi
toksikologi dan lain-lain ujian seperti pemeriksaan radiologi, kaji
kuman, kajian tisu dan fotografi Forensik.
Alhamdulillah ,time aku kerja ada satu mayat dihantar ke hospital untuk
bedah siasat sebab mati di rumah. Patient minum clorox ( awat tak minum
air best sikit tah?). mati di rumah setelah took AOR discharge. Tak
pasal2 kena belah.
Kami akan pakai sut cam kat OT gak..tp banyak lapis skit..mayat kan..hehe. Ngan topi ada google lagi..gambar lupa plak nak ambil..
Masuk bilik tue, akan ada BAU~~ mayat dan ubat pengawet.. sapa tak tahan, aku habaq siap2, memang loya. Alhamdulillah aku slumber je tahan sebab hidung memang jenis tersumbat.. Aku slumber offer diri nak assist dengan MO, seumur hidup je ni..hehe
Mayat akan di buka cam gambar di atas (ihsan google).. merasa potong mayat.. buka tulang rusuk.. keluarkan suma organ.. dan timbang dan tengok any changes kat organ-organ. Akan ambil sikit sample dan dihantar ke makmal. Kes kali ni agak senang bukan rumit cam kena bunuh, so tak heavy sangat la..Cepat je siap.
Pastu organ-organ akan diletakkan elok-elok kembali.. dijahit balik dengan kemas.
Syok part leh pegang organ Live la..
Keluar ngan muka happy sebab leh buat post-mortem.
Kawan aku " isk..aku tak leh la..nak muntah kot.. " padahal dia yang ajak aku tengok..
Terdapat juga adab-adab dalam islam yang perlu dipatuhi semasa post-mortem. Walaupun mayat, still layan seperti manusia..takde buat ganas-ganas.. Tak boleh dibukakan aibnya.
Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/
mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya
/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)
P/s: sapa-sapa nak tgok camne dia buka..leh la tgok youtube kot..aku malas nak cerita..nnt dah kategori entri seram plak..hehe
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
happy nampak? hahaha.. kalau ingat kes postmoterm dkat hosp masa praktikal artue... x nak tengok daaa
ReplyDeletejarang ada peluang...mayat pun kurang..bau formalin tue yang seksa skit
Deleteberaninya awk..kalo saya sure dah tak sanggup...Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
ReplyDeletehttp://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
hehe..dah jadi tugas..at least tgok satu dah :)
ReplyDelete