♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
Dah lama terbiar blog ni. Byk nak update sebenarnya, tapi semangat nak update blog cam zaman student dulu dah hilang.
Masa student, malas nak study, so dok update blog memanjang.
Sekarang dah kerja pun malas gak nak study, tapi tido memanjang..hehe.
Alhamdulillah, AKU DAH HABIS HOUSEMANSHIP!!! mau jerit kuat-kuat rasa. Dua tahun, 6 posting untuk ditamatkan. (kesat-kesat peluh).
Tak tahu nak cakap wei... terharu, sedih...haha (ini semua poyo!)
Cam nak buat kenduri untuk satu hospital rasanya..haha (niat ada, tapi duit tak de). So, kumpul duet belanja department last sekali je la.. Emergency Department (ED).
Banyak suka duka jadi HO (hamba orang), dari 1st posting , Peads sampai la ED. Ada besh , ada yang tak besh. Tapi kita fikir positif sahaja, jgn tension2 dan fikir negatif. Barang yang lepas jangan dikenang. Kadang-kadang rindu gak nak dok kat wad balik.
Houseman getaway, gi honeymoon ngan @lesungpipit gi Langkawi.. borong tak ingat dunia. Dua troli mengangkutnya. Nasib jumpa Alia kat Langkawi. Kalo tak sure blur nak naik feri ngan barang banyak.
Tapi yang sedihnya, untuk penukaran pindah negeri, meeting tak buat lagi..so, aku still di Hospital Kulim sementara tugu kena transfer..Silalah doakan duduk dekat husband cepat-cepat.hehe
Nak dijadikan cerita, nama aku kena jadi MO O&G (wah!!! MO sakit puan). OK lah gak, prepare mental positively walaupun takut gak nak handle operation sebagai MO, dulu takpelah as HO je.
Semangat sampai tengok certa korea sal O&G (gile tak?). Konon-konon nak ambil mood sebab dah setahun tinggalkan O&G.
Lagipun aku ngan senior MO O&G, agak rapat. Specialist dia yang lawa tue pun, aku sembang cam kawan je. Sekali Pakar yang incharge MO, kata tak mau MO floating(cam aku yang hanya sementara, tunggu surat tukar). WAH!! aku dah mati akal nasib aku bakal dicampak ke department lain.
Bermula episod menunggu
Dua hari cuti aku burn sebab nak jumpa pengarah dan timbalan hospital tak dapat. Masa cuti dok risau kena campak department tak besh. Aku minat ENT and Oftal. Tapi ENT takde kat Hosp Kulim, Oftal plak full. Pead?? sudah lama tinggal. Surgical? Totally not for me. Ortho? Lagi lah tak mau. Medical? Full (tak mau pun).
Sampailah hari sepatutnya aku daftar sebagai MO. kira 1st day. Tapi still tak tahu tempat mana. mau je aku MIA, bukan orang tahu pun kan..haha.Dinasihatkan jumpa timbalan since timbalan yang incharge penempatan HO ke MO. Dia minta aku senarai department aku minat, dia minta maaf seba tak tahu plak ada masalah disebabkan status floating aku ni. Aku cakap minat ENT and Oftal. Of course, memang tak dapat lah. Next, blood bank? Full. A&E? ..ERMMMM (panjang jawapan timbalan pengarah ). Ada masalah 'politik' skit kalo bab nak masuk ED ni..hehe
Pastu kena plak tugu dorang meeting. ok, meeting pengurusan, bukan meeting sal aku pun.Aku jadi jobless hari 1st MO..haha. siap pergi klinik gigi sebab sakit gigi. Doktor suruh buat root canal theraphy kat gigi aku, dan kena tugu waiting list..aduss. TUNGGU lagi!
Dipendekkan cerita, timbalan dengan baik hatinya telefon pengarah certa sal masalah aku dan nak suruh aku jadi MO ED (HO ke MO ED). Yeah.. magically, dapat. So, aku jadi MO ED. Offically sampai dapat pindah.
Tagging MO cam tak tagging, sebab cam buat kerja biasa masa HO, takdenya oncall tue semua, syif semuanya dan tak perlu wad round. Best part, dah kenal dan rapat dengan staf, takde la nak kekok bagai kalo kena campak department lain. Dorang pun welcome je aku " MO baru...MO baru" .
Setelah tiga minggu lebih jadi MO ni, setakat ni ok tanpa event accidental reporting ke, patient nak complaint or saman. Tapi paling tak besh kalo kena buat laporan polis, takut tul aku kalo kot-kot aku kena panggil masuk court. Takutnya!!! Tapi lagi takut kalo discharge patient tetiba dia mati kat rumah..adusss. Dilema tul jadi MO sebab banyak tanggungjawab.
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
uih! nervous juga eh nak jd doktor ni ~
ReplyDelete