Seperti biasa aku cam orang jaga kaunter pertanyaan dan sedia melayan soalan dari anda (muka senyum hati tak tahu la..hehe)
Kat sini aku jawabkan soalan-soalan yang kerap ditanya:
APA YANG KENA BUAT DENGAN SURAT SPA?
1) telah dinyatakan: sila hantar satu salinan surat terima kepada SPA (fullstop)
hantar borang ni dulu, SPA nak proses dan hantar nama untuk induksi plak. Tak kisah la orang lain tak dapat lagi or what, hantar ni awal (lega skit)
aku siap buat pos laju, biar sampai esok..hehe
2)angkat sumpah di mahkamah
3)buat medical check-up
NAK HANTAR SURAT TERIMA SPA PAKAI SAMPUL APA?
memang agak kelakar gak bila kawan aku tanya soalan ni..hehe
sebab aku tak beli sampul, aku beli terus sampul pos express dan terus pos, tak fikir pun sal saiz sampul. JANJI SAMPAI.
aku jawab: hantar je, jangan pakai sampul wangi-wangi sudah..hehe
penting:alamat betul la.
BUAT MEDICAL CHECK-UP KAT MANA?
eh, tue pun kena bagitau ke? cam la tak pernah buat? masuk U dulu kan dah buat? (hehe.perli plak..sori)
aku rasa aku dah pernah buat 2kali, satu sebelum masuk MRSM dan sebelum masuk USM, so at least seseorang tue mesti dah buat sekali kan sebelum ni.
Sila la buat medical check-up kat hospital or klinik dengan doktor yang berkelayakan.
Tak kisah la ko nak gi hospital ke, klinik ke, swasta ke, kerajaan ke.Asal buat je.
Lagipun nak cop tue semua.
NAK ANGKAT SUMPAH KAT MANA?
ko ambik GPS cari lokasi mahkamah yang dekat dengan rumah ko.Tak ada GPS cam aku sila Google Maps je kalo tak tahu sangat lokasi mahkamah kat daerah ko. OK?
Kalo kat mahkamah tak payah bayar, kalo gi jumpa majistret yang luar mahkamah, kena bayar.
CLEAR? biasanya kena RM4 untuk sahkan (kaya tul)
KALO TAK DAPAT SURAT LAGI, LEH PERGI BUAT MEDICAL CHECK-UP TAK?
TAK BOLEH (kejam tak aku?), memang tak boleh sebab nak buat kena guna borang yang SPA dah sediakan.Abis ko nak buat, doktor tu nak isi kat borang mana? So,sila sabar untuk surat selamat sampai yer.
DAH DAPAT SURAT SPA?
soalan kerap aku dapat. DAH!! (berlagak tul :P)
AKUAN JANJI TU KENA TAIP BALIK KE?
memang dia tulis contoh kat situ, akuan janji tu kita sign depan ketua jabatan masa nak kerja nanti, benda tu memang dah ada kat pejabat dorang. Dia just bagi contoh akuan janji kalo ko tak sure tu benda apa kot. RELAX!
KENA LAPOR DIRI SEBULAN DARI TARIKH SURAT!!OMG!
buat cuak je korang ni..kesian orang yang tak dapat lagi. Memang dorang suruh lapor diri tapi korang nak lapor diri kat mana? cuba cecerita sikit.
Penempatan hanya diberi semasa kursus induksi, dan kita akan daftar kat pejabat KKM negeri tempat kita bekerja (contoh: kalo aku dapat Hosp Ipoh, aku gi pejabat KKM kat Perak). Camtu la.
So, kita yang 'bernasib baik', surat induksi tak dapat lagik, so lambat lagi nak lapor diri.
SURAT MMC TAK DAPAT LAGI!! CUAK!
ok, AKU PUN TAK DAPAT LAGI LA. Chill!! (aku rasa dapat harini tapi tak pasti posmen cuti ke tak)
NO RUJUKAN YANG MANA?
ambik no rujukan yang kat atas belah kanan dalam surat tawaran.Aku salin je semua (selamat)
AGAK-AGAK INDUKSI BILA?
aku pun tak tahu. Nak agak pun tak leh. Nanti dulu aku tanya tuan bomoh mana tau dia leh tilikkan nasib kita..hehe
Dorang tak dapat list dari SPA lagi, so,tunggu dulu
Mengikut ramalan : bulan Julai (haha)
JPA-LAPOR DIRI?
pelajar tajaan JPA mesti melapor diri kpd JPA dalam masa 30 hari selepas keputusan peperiksaan semester terakhir diumumkan dgn menghantar borang 1 & 4 (seperti dlm http://www.jpa.gov.my/inde
KENAPA KENA LAPOR DIRI KAT JPA (BUAT TAJAAN JPA) ?
untuk mengelakkan korang lari dari kerja kat kerajaan Malaysia..(lawak , lawak gak, tapi betul ) terutamanya pelajar oversea yang sekarang pihak JPA akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mungkir janji setelah menaburkan janji mahu berbakti kepada negara.
Sebelum kita sign perjanjian, dah ada janji untuk terikat dengan kerajaan selama 10 TAHUN (ingat tak?) dan kena lapor diri setelah tamat belajar :)
aku dah dapat surat dari JPA untuk lapor diri. Malas nak upload..hehe :)
MAAF!
Firstly nak minta maaf sangat kat member-member aku yang call dan sms aku.
Seperti biasa, handphone aku tue jadi khazanah berharga je dalam bilik sebab kat rumah akan lekat depan laptop je, samaada depan Facebook, Blog or cerita korea (yeah, hobi!)
So, sorryyyyyy sangat-sangat bagi siapa-siapa yang call, aku tak angkat. Yang SMS aku lambat balas.Tak disengajakan,kadang-kadang HP tue terbiar sampai mati bateri sendiri je..kesian HP aku dapat tuan cam aku (lagipun nak cari pengganti dah ni)
Harap sebab korang call dan sms tu dapat dijawab dalam entri ni (kalo korang tak baca, silap korang la,hehe)
p/s: dah pasrah kalo kerja bulan 7, surat induksi pun cam tak dapat bayang lagi.apa-apa pun gi ENJOY dulu. leh abiskan series korean dramas yang tengah tayang..hehe. Baby-faced Beauty, Lie To Me, Greatest Love, City Hunter (sampai dah keliru pelakon sebab tengok sekaligus..hehe)
jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
0 pesakit datang ambik MC:
Post a Comment
rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)