http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Saturday, December 06, 2014

Tomorrow's Cantabile (Korean version) Vs Nodame Cantabile (japanese version)

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥




 VS



Buat sesiapa yang pernah gila dengan drama Nodame dari jepun dulu, sure excited nak tgok versi korea plak. Diaaptasi dari manga.

Untuk versi Korea, nama diubah menjadi Tomorrow's cantabile.

Dan aku dah selesai tengok versi korea dan dah tengok banyak kali versi Jepun.

Banyak perbezaan sebenarnya antara dua ni, walaupun korean ciplak jepun puyer..

WATAK

HERO : Chiaki senpai Vs Orabang Cha Yoo Jin
Cha Yoo Jin WIN!!! (korea)



Sebab Joo Won lagi cute sebab ada lesung pipit. Paling suka dia senyum dalam-dalam, sampai naik tulang pipi dan nampak lesung pipit..hehe. Lagipun watak Cha Yoo Jin sangat smart dan pakai baju berwarna la gak, watak Chiaki senpai (jepun) asyik pakai baju warna putih je. Boring..hehe. Tapi dua-dua watak dorang berlakon pun sangat best. Dua - dua pun sangat hensem..hehe


Suka tengok dia buat watak serius.. tapi kalo dia tetiba senyum pun aku menjerit gak..haha



HEROIN : Nodame Vs Seol Nae Il
Nodame WIN!! (jepun)
watak gila-gila , versi jepun je, leh buat kita betul-betul kelakar.. Watak Nael Il mmg try nak tiru aksi nodame tapi tak rasa pun cute cam nodame. Watak Nodame mmg memainkan peranan yg penting dalam drama. Teringat aksi-aksi dia ikut dua empat jam ngan chiaki.


Selain tu, ada penambahan watak dalam drama versi Korea seperti ada watak musuh hero, peminat Cello, pemain violin wanita dan kumpulan orchestra yang lain . Watak yg kekal pemain bass, violin dan drum. Watak main violin agak sama dua-dua versi, tapi kali ni dia dah ada awek yg lawa..hehe

Watak musuh ni, versi Jepun tak ada.. kesian gak kat laki ni, cinta dia ditolak oleh heroin. Muka baby face. Time senyum pun comel.



PENCERITAAN
kalo peminat Music klasik memang akan suka ngan cerita Nodame sebab aku yang tak tahu main piano pun, kalo lepas tengok nodame , terus buka game main piano main kat situ gak, cerita Nodame akan mention nama score dorang akan main, so mula la meniru gaya pemain piano professional . Haha. Adik aku yang laki lagila, siap boleh hafal note kot, selalu kalah ngan dia kalo main game piano.

Kalo peminat jalan cerita, memang suka lagi tengok Tomorrow's Cantabile. Cerita dia lagi realistik dan tak de cam kartun sangat. Tapi ada part yang kita suka dalam Nodame, telah dipotong dalam drama versi Korea, agak kecewa gak kat situ. Tapi perkembangan watak-watak dalam Tomorrow's Cantabile memang baik. Last episod pun tak tergantung macam Nodame. Tapi Nodame ada sambungan part 2. hehe.

Pujian untuk versi Korea ialah scene dan pemandangan yang lawa..rasa nak terbang gi Korea je..hehe. dan Fashion yang sesuai dengan watak-watak. Design baju watak heroin sangat sweet dan simple je.

Bintang untuk Nodame : 4.5
Bintang untuk Tommorrow's cantabile : 4 (dipotong sebab takde part dorang buat pusing-pusing alat time 1st konsert dorang..puyerla tunggu ) dan tak de part kiss..haha (kecewa) :P




 jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. Salam...
    Saya ni peminat NC japan versi.. masa keluar cerita ni mmg xmo layan la TC korea versi..
    Tapi.... bila layan TC terus fall in love.. sebb jalan cerita realistik dan menarik. Cha you jin & Sollable Couple Dimple ni mmg buat saya in love la..
    Lagi 1 xda kiss2.. mcm sweet2 buah je romance diorang ni...kih kih kih.

    Harap stesen tv malaysia ada yang tayang cerita ni..

    First time kenal Joo Won dalam TC ni.. Shim eun kyung dah pernh tgok masa cerita hwanjini

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...