http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, May 21, 2010

Tazkirah Jumaat

tadi aku heran..nape mak ayah aku xg sekolah lagik padahal ari dah cerah..sll gelap2 dah bertolak keluar..
(dlm hati): arini dorang nak g lewat skit kot..xpelah

mak aku tgh masak kat dapur
pastu aku bgtau mak "org pose arini"
mak: ah?? ari jumaat br nak pose??
aku: arini ari jumaat ke?? bukan ari khamis?? (patut mak xg sekolah lagik)
mak: yelah..jumaat la
aku: mane satu ari org hilang??
mak: tuela tido je (terkena plak)
aku: loh..esok kena pose la plak..huhu

yelah kalo pose ari jumaat,kite kena pose gak ari sebelum atau selepasnye
disebabkan aku lalai..aku terlepas ari khamis (mati2 igt arini ari khamis..huhu)..so,terpaksela aku pose esok

kalo aku xmau pose arini..saje2 (sbb disengajakan) adalah HARAM


Boleh berbuka jika benar-benar tidak larat. Haram jika dengan sengaja berbuka, kerana puasa qadha' adalah puasa wajib.so..aku kena truskan pose..hehe..
xpe2..at least minggu ni dah qadaa 2 ari..jgn taye berpa ari lagik..hehe

aku dpt ni:

[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat.
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)


Kesimpulan:
1. Makruh berpuasa pada hari Jumaat tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan.
2. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad.
3. Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w.
4. Tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad jika ia berbetulan dengan adat kebiasaannya. Seperti orang yang biasa berpuasa sehari dan berbuka sehari.

Sekian. Wallahu a'lam

Rujukan:
Mughnil Muhtaj, vol. 1


P/s:sekian je tazkirah jumaat arini...jadi ustazah Soleha plak arini..hehe..

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...