http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari MALAYSIA!!!

google

selain menyambut cuti kemerdekaan pada 31 Ogos,tahun ni buat pertama kali kite menyambut Hari Malaysia sempena penubuhan Malaysia bersama Sabah & Sarawak pada 16 September.. ni ade sedikit info jika ade yg lupe benda2 sejarah ni mase PMR dulu..hehe

Sejarah Penubuhan Malaysia
sumber akrib negara

gmbr2 leh dapatkan di sini


Julai 1963-
satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.


p/s: arini upacara menyambut Hari Malaysia disambut di Sabah.kalo Sabah xmasuk Malaya rasenye aku pun xlahir kat Sabah..hehe..xla aku ni Sabahan celop :)

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...