http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, October 15, 2010

Hati-hati Sos Prego!!!

Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian…….



Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail kepada Tok Wan dan kini e-mail tersebut Tok muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.



Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

artikel ni dishare dr FB..selalu mmg ramai beli sos ni bila nak masak spageti..
siap macam2 perasa ade
make sure check bahan2 yg ade dlm tue..dan koyakkan label..sbb ade satu lagik label bawah tue..

pasni beli sos buatan malaysia je..tak pun tomato byk2 kat umah blend je buat sos sendiri..lagik jimat dan xdiragui..

link lain:

http://www.zeer.com/Food-Products/Prego-Meat-Italian-Sausage--Garlic-Sauce/000048199
http://www.zeer.com/Food-Products/Prego-Authentic-Italian-Sausage-Meat-Sauce/000048358
http://www.zeer.com/Food-...Products/Prego-Italian-Sausage-Pasta-Bake-Sauce/000048257
http://www.zeer.com/Food-Products/Prego-Italian-Sausage-Lasagna/000048177


P/s: nak buat gastric lavage boleh?? nak cuci perut..

5 comments:

  1. erkkk kat umah ada gak sos ni. kakak sy wat masak spageti le..huhu balik kena cek ni

    ReplyDelete
  2. TAPI yang akak tu beli mmg, dah siap ada daging, patutlaa ada daging khinzir. kalau beli yang biasa dalam botol, takpe, sbb just tomato puri...

    ReplyDelete
  3. ohhh ohh, I selalu beli yg just tomato je..takde daging semua

    ReplyDelete
  4. @chanz
    sama la..prego cam benda wajib..pasni tukar ke laen..

    @dayanaazhar & bspotgurl:
    still ragu2 gak..pasni kena hati2..pasni nak g cek kat kbmall :)

    ReplyDelete
  5. aku jumpa artikel ni zaman sebelum FB wujud lagi. masa tu prego kat malaysia mmg made in USA.

    tapi last time aku balik m'sia, aku sempat la belek sos preggo dlm botol kaca tu, ada tanda halal jakim. agaknya sebab cerita macam ni dah tersebar, tau plak diaorg nak cari jakim.

    senang cite, beli je kalau ada tanda halal jakim. sebab orang m'sia ni anggap remeh bab halal haram, ingat duk m'sia sume benda jadi halal ke..?!

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...