http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, March 25, 2011

Miera Liyana seksi Cuba Bunuh Diri (2)

ini berita betul puyer..bukan propa lagik :)

link here


DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.


Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.


Foto

  • ERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.

  • Foto

    TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.




Foto


DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.



Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.


Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.


“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.


dikatakan masuk ICU..disebabkan dia dikira pesakit, untuk menghormati confidential pesakit hospital sendiri, so xleh r nak komen lebih (camla ko tau status dia sekarang)

kalo hidup sure kena sesi kaunseling ngan pakar psikatrik..aku nak request dia kepada Prof Hasanah (bg 'basuh' dia..hehe)

credit: kosmo dan Metro

17 comments:

  1. btol btol btoll....naseb x keje kat icu...

    ReplyDelete
  2. dia bwk pegi husm ke? abang onie cakap dia yg handle case ni.. A&E HRPZ.. tp dia survived la..

    ReplyDelete
  3. apesal cakap miera liyana lak ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. @YB Raz
    nampak sgt ko peminat miera liyana kan?? haha..maaf. tertipu

    ReplyDelete
  6. time tgk vid die kat u-tube lagila..giler punye budak...saspen jerk...

    ReplyDelete
  7. bangunan 2 tingkat je pon....

    ReplyDelete
  8. Allah beri peluang utk bertaubat..

    ReplyDelete
  9. baru 20?? adooiii...

    bagi dr.affizal basuh pon bgus neh..

    ReplyDelete
  10. buat ape nak bwak g ICU...dah dia yang mintak mati...patut g tanam terus je

    ReplyDelete
  11. cesh!!ingatkan nak terjun sebab result spm stret A-dengung (E) ke ape..rupe2nye sebab cinte. bud*sss gilerr!!

    for wutever the reason is, pompuan nih tak layak nak cabot nyawe diri sendiri. haihss.. emo sungguh sy!

    ape orang kelantan nampak kbmall ni tempat nak bazir nyawe ke ape..tlong laa..tu je tempat sy nak shoppin2 kat kelantan ni.kang pasni jd tempat berhantu plak. wakaka

    ReplyDelete
  12. ei..... jgn laa sbb cinta, diri jadik bodoh sampai nk bunuh diri n xingat Tuhan..

    ReplyDelete
  13. wah..ramai tul komen..

    pada dia, Allah bagi peluang dia untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar..bahawa membunuh diri berdosa.sebagai kita yang laen, semoga iman kita masih lagik kuat..

    ReplyDelete
  14. weh, i tak nampak pon kbmall tu tmpat nak suicide...i nampak shopping mall ^_-..hehe

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...