http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Wednesday, June 01, 2011

Soalan-soalan Yang Ditanya Semasa Interview SPA (part 2)

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Interview Tips


entri sambungan dari persediaan sebelum interview SPA (link)

ramai tul tak sabar-sabar nak tahu apa soalan yang bakal ditanya semasa interview SPA kan?
1soalan sol kenakan bayaran RM1.aci tak?? haha

sebab baik hati, sol bagi free je(sambil nampak bayangan duit berterbangan)haha

sebelum interview biasa ada wakil dari SPA akan buat taklimat sebelum interview, so jangan takut sangat.

beberapa hari sebelum interview:
1) siapkan file dengan resume dan sijil-sijil asal
sila guna file yang ade plastik dua-dua belah tue..tak pasti nama apa file tue (ala file untuk interview tue..haha)
susun resume dan sijil-sijil anda satu-satu dan lawa-lawa
dan klipkan salinan resume dan sijil-sijil salinan yang disahkan (tidak akan dipulangkan)

so, material yang korang kena sediakan (asal dan salinan):
  • resume bergambar
  • sijil kelahiran (korang orang Malaysia kan??hehe)
  • kad pengenalan
  • sijil SPM dan setaraf (slip tak akan diterima)
  • ijazah (yang dah tamat)
  • surat pengesahan pelajar tahun akhir
  • lain-lain sijil
  • tajaan JPA : surat biasiswa JPA

2)make sure malam tue check semua material ada yer..tak mau kelam kabut sebelum pergi interview.

3)jika korang interview hari ke-2, sila tanya kawan-kawan yang dah abes interview soalan yang ditanya (amat membantu)

tips semasa interview (pengalaman sol)
  • interviewer ada dua orang (seorang wakil dari SPA dan seorang dari KKM (sol dapat doktor)
  • bagi wanita,digalakkan pakai baju kurung (baju kebangsaan, Chinese pun pakai baju kurung)
  • yang pakai tudung, pakai elok-elok, jangan rambut keluar-keluar,
pakai shawl pun, lilit jangan tak lilit..hehe
yang free hair tue, ikat rambut..jangan plak rambut panjang masuk interview jadi Ju-On
plak

  • bagi lelaki, pastikan pakai baju kemeja berlengan panjang dan jangan berlipat
rambut rapi dan jangan rambut panjang dan stailo semua (pastikan potong rambut
awal-awal ,jangan potong sehari sebelum interview)

  • memakai kasut bertutup..jangan pakai sandal dan selipar jepun lagi la diHARAMKAN

IMEJ ITU PENTING!!

  • jangan bawa BEG, just bawa file je. korang ade beg Gucci ke, Beg Channel ke, tak payah la bawa.menyusahkan je.dorang tak tengok pun

  • sebelum masuk bilik interview, tenangkan fikiran. tak yah fikir semua benda.selawat banyak-banyak

  • masuk bilik apabila dipanggil. baca Bismillah

  • suruh duduk baru duduk
  • duduk ngan tegak, jangan duduk malas
  • jawab soalan dengan tenang dan cakap dengan kuat dan sebutir-butir dan confident (kalo tengah sakit cam sol aritu, tahan sahaja untuk beberapa minit)

soalan-soalan yang ditanya semasa interview (kepada sol dan soalan kawan-kawan dapat)

1) ceritakan pasal diri anda
2) kesudian anda untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak
3) pandangan mengenai makanan dan vitamin tambahan.perlu atau tidak?
4) posting kesukaan
5) soalan berkaitan posting yang disukai-situasi dan knowledge
eg: sol jawab A&E posting, dan doktor tue tanya pasal ubat-ubat untuk resuscitation dan wakil SPA bagi situasi kalo terima panggilan dari rumah seorang pesakit sawan di rumah,melalui telefon apa arahan anda seterusnya kepada waris pesakit sebelum menunggu ketibaan ambulans?
6) Datuk Dr Ismail Merican? cam mana muka dia? (soalan kawan sol dapat..tergelak gak dengar,tapi ade je yang tak pernah tengok dia kat majalah or TV, mmg tak tahu nak describe dia cam mana)
7) nama menteri-menteri
8)rukun negara
9)organisasi KKM dan kerajaan Malaysia
10) pengetahuan am dan hal ehwal semasa
11) etika berkomunikasi penting
12) pengetahuan untuk tugas atau jawatan yang dipohon


interview sol jadi cam sesi discussion je. takla skema sangat.tapi jangan melawak lebih plak.

  • jangan lupa ucap terima kasih dan keluar dari bilik senyap-senyap :)
GUD LUCK!!


sol siap pergi dua taklimat sebelum interview (satu berbayar dan satu lagik tak)
tapi yang berbayar (rasenya tak lebih dari RM10 yang dianjurkan persatuan sains perubatan school sol) lagik besh sebab siap ada cerita pasal halatuju selepas study.

untuk junior-junior sol yang bakal final year, take this NOTES!
semasa Seminar Housemanship tue dengar elok-elok dan catit butiran supaya tak lupa.
isi borang betul-betul :)

buat pelajar-pelajar tajaan JPA, jangan lupa lapor diri di JPA selepas tamat pengajian anda (hantar borang dan salina yang disahkan ke pejabat JPA)

p/s: diharapkan dapat membantu anda semua




jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. fuhh...lengkap.. thanks for sharing sol.. sorry lambat bace, agak bz lately..xsempat nak jalan2 membace belog2 org... hehe =D

    surat biasiawa JPA tu yg kite dpt mase nak masuk 1st year dulu la kan? ..nampaknye kena cari balek la eh mane surat tu.. haha

    ReplyDelete
  2. @Ndea
    aah, surat yang zaman tok kadok dulu tue..hehe

    kal hilang, tak pe.. ramai gak yang dah hilang, dorang kata tak pe kalo tak ada..

    so, kalo siapa yang dah hilang tue, relax..leh pergi interview lagik..hehe

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...