http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Monday, August 01, 2011

Langit tak selalunya cerah

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

langit tidak sentiasa cerah.

hari ni memang sangat tak bernasib baik, tambah-tambah hari Ahad (bekerja bagi negeri Kedah), banyak benda kena review, result-result nak trace (jumaat, sabtu ada yang tutup).

Tambah plak, hari ini pagi-pagi terus senior HO bagitau aku bertugas jaga 2 kubikel kanak-kanak, seorang HO bertukar dari wad biasa ke baby-baby kat intubation. So, menjadikan hanya 3orang HO dalam SCN dan NICU (padahal kat sini la kena ramai, wad biasa plak ada 9orang. Agak tidak adil di situ dalam pembahagian tugas wad cam tue).

Memang terkejar-kejar gila pagi tadi, nak review patient la, trace blood, nak ambik segala atuk nenek darah dan set IV line baby.
Pastu alangkah 'baik' nasib aku, ramai plak patient discharge. Memang la bagus kan.
Tapi nak discharge enam orang sekaligus , puyer la banyak borang kena isi untuk discharge summary.Isi satu hal, nak belek balik folder tue, nak-nak plak folder tebal. MAMPUS!

Pastu banyak plak borang discharge aku kena rejek dengan MO (medical officer). Selagi tak puas hati, selagi tue, MO tak bagi signature untuk balik. Kita puyer nak buat cepat-cepat sebab nak mak bapak leh bawa anak dorang balik, tapi asyik kena tambah sana sini je borang discharge.
Melambatkan proses (sampai aku pun tak tahu apa lagi yang tak complete).
Nurse plak dok tanya : doktor, dah siap tak patient Cot no11,8...ni?
(TENSION gile).


memang geram dan sedih (memang nak nangis dah pun).
Kadang-kadang tengah nak urus lain, masa tue la gak MO-MO nak buat round. Haishhhh, sini ada MO yang skema (tension aku), HO pun sama, serius nak mati.Takut aku nak buat lawak dan sembang dengan dorang. Just rapat dengan sorang Chinese and Indian (satu Malaysia katanya), melayu hanya 3orang tapi tak sempat pun sembang sebab dorang bertukar di wad biasa.

Tambah plak aku pagi tadi tak sempat sarapan, kul 6 ptg, baru aku sempat nak sarapan+ lunch+ dinner sekaligus. Memang sure bakal jadi pesakit gastric camni.

Pastu yang beshnya, jadual oncall keluar, masa 1st raya , aku ONCALL!!!
haha, HO yang buat jadual tue, memang nak kena panggang dengan aku. Berharap je ada HO lain akan masuk posting ni,


p/s: serabut gila kepala otak.
selamat berpuasa kepada semua, 1st time berbuka di wad semasa kerja.
masa student dulu berbuka di Labor Room.



jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)
klik sekali sehari :)

5 comments:

  1. alolo siannye ksol! kene buli ea.. bersabar taw!

    ReplyDelete
  2. xpe kak sol..lame2 ok...ain dlu malam raya oncall tp sok pg2 dah blk..bos bg cuti 2hari pertama raya =) thn ni taktau la rezki cmna ...terima seadanya

    ReplyDelete
  3. k.sol..xpe2..sila bertabah hati~;)
    semoga mnjadi doc yg baik n best!! hehehe..
    slamat berpuase..;)

    ReplyDelete
  4. huhu..ksol oncall masa raya 1st. pastu tak adanya posting ni bagi cuti,skema je dorang ni.
    takpela. nak cuti lama skit masa grad nnt.nak jumpa ramai orang. biar kerja sampai mati dulu awal-awal.

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...