http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Thursday, August 25, 2011

Pergi Tak Kembali



♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Buat yang tak menjadi Frens dalam FB aku, mungkin ramai tak mengetahui yang 2 hari lepas aku dan keluarga kehilangan atuk (nenek sebelah mak) yang telah kembali ke rahmatullah.

Terima kasih buat rakan-rakan yang menghantar msg dan komen di FB mengucapkan takziah.Terima Kasih banyak-banyak.

Selepas balik kerja setelah oncall malam sebelum tue, masuk-masuk kereta
Adik: "atuk tengah nazak sekarang"

Sebelum berbuka, mak terima panggilan atuk dah meninggal.

Kami bertolak ke Johor selepas berbuka dan aku ambil emergency leave disebabkan sekarang tak akan dapat cuti sampai raya.

Sampai di Tangkak, Johor.

Mengambil wuduk dan membaca Yassin buat arwah atuk. Menitis air mata tak perlu diungkap.

Teringat kenangan atuk di waktu hari raya. Beraya di Johor lebih meriah daripada di Perak (kampung ayah).

Atuk dimandikan oleh kesemua anak perempuannya( atuk ada 7 anak perempuan dan 7 anak lelaki). Bertutup hanya untuk pemandi jenazah.Masa ni, ramai makcik-makcik yang hadir berfikir apalah nasib dorang yang ada anak laki sahaja dan adakah ada orang akan memandikan mereka bila mereka pergi seperti itu?

Dikapankan di ruang tamu oleh anak beranak jugak. Putihnya wajah atuk.

Selepas itu, anak, menantu, cucu, cicit bergilir-gilir mengucup dahi atuk buat kali terakhir.

Semua di situ termasuk kawan-kawan makcik yang hadir, orang-orang yang aku tak kenali jugak menitiskan air mata. Tiada yang merayon dan menjerit-jerit.

Sembahyang jenazah sampai tak cukup ruang tamu yang luas.Bacaan doa dalam bahasa Arab yang tidak difahami juga cukup menghayat hati walaupun tidak difahami maknanya.

Dibawa ke tanah perkuburan Payamas untuk dikebumikan. Ahli keluarga mengekori dari belakang dengan kenderaan masing-masing.


Anak, menantu, cucu, cicit bergilir-gilir mengucapkan salam buat kali terakhir, menyiram dan menabur bunga di tanah yang masih lagi merah.

Perginya, Alimah Binti Mahmud dengan majlis berjalan lancar.
Mendoakan arwah atuk bakal ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Tiada lagi hari raya bersama atuk.

Di saat itu jugak, keluarga dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah fly ke Johor. Berjumpa, berkumpul setelah lama tidak bertemu. Yang pergi pasti tak kembali tapi kita yang masih hidup masih lagi terikat dengan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Diharapkan keluarga Hajah Alimah masih lagi dapat berkumpul beramai-ramai seperti selalu.


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. innalillah...semoga tabah.even lau kucing mati pon rasa sedih,apatah lagi darah daging sendiri..manly tears

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...