♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
banyak kali buka blogger.com. tapi malas nak menaip @ tak ada idea nak diluahkan..
nak cerita sal kerja la, leh??
masa student dulu, belajar cam nak mati.. sebab nak lulus exam (tapi aku lulus cukup makan je la..hehe. syukur).
pastu tertunggu-tunggu panggilan kerja (cam mati kutu dok rumah lama)
dah dapat surat induksi dan tempat kerja. walaupun dapat tempat kerja yang tidak seperti yang diimpikan.. rupenya ada hikmahnya, dok dekat family, dekat dengan kawan-kawan lama.
segalanya macam telah ditetapkan.
masuk alam pekerjaan yang tersedia cerah sejak masuk medic (ye, korang confirm dapat kerja..untuk masa sekarang. tapi tak pastilah untuk tahun-tahun selepas ini bila doktor bukanlah pekerjaan kritikal)
mejadi houseman di hospital kerajaan. mendapat gaji bersih dalam RM 3+++. kerja plak ada syif.
tapi ada gak sebilangan MANUSIA YANG NAK PONTENG KERJA!!
Memang sakit hati bila bekerja dengan orang-orang sebegitu. Kadang-kadang suka lagi incharge sorang diri wad dari kerja dengan orang cam tue. Walaupun sibuk, tak menang tangan dari sakit hati camtue.Aku BENCI orang sebegitu.
Kadang-kadang nak tegur, hang tue dah pangkat senior, nak berapa bulan dah nak jadi MO (medical officer), kalo yang junior, plak satu pangkat je kita kan? tak mau la bermusuhan pasal kerja. Kadang-kadang simpan dalam hati leh merana.
Sesungguhnya kita kerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan akan jadi darah daging kita.
Walaupun orang muslim or not pun tau fact ni. Siap cleaner mamat bangla kerja wad aku pun cakap camtu.
##################################
"Kena marah tue biasalah"
Biasalah untuk houseman. Tambah-tambah kat posting XXX. Tambah-tambah kalo department tue ramai golongan PMS. Bukan nak buka pekung sendiri, golongan istimewa yang ada PMS ni ada mood tersendiri. Kadang-kadang baik cam kawan lama tapi sekali menyinga, mau jatuh terduduk dan nak bunuh diri kena marah..HAHA
Dijatuhkan air muka depan pesakit, dimarah, diherdik cam dah lali sebagai houseman. Mungkin juga sebab sebagai pelajar local cam dah rutin je kena marah. So, telinga dah lali, muka dah berwajah besi mendengar leteran pedas.
Tapi bukan untuk kawan aku yang belajar di Universiti oversea, mungkin tak mengalami 'cabaran' hebat ini.
Mengalirkan air mata selepas dimarah .
Hati perlu jadi besi, muka bertopeng badut.
(cam aku yang kena marah pun leh senyum dan gelak)..mungkin juga defense semulajadi aku.
buat kawan aku tue, tabahkan hati untuk menjadi menempuh diri dalam department itu. Aku tau ko kuat. 4bulan tak lama.
p/s: Tahun 2012 tahun bermakna Insyaallah :)
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)
klik sekali sehari :)
0 pesakit datang ambik MC:
Post a Comment
rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)