http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Saturday, June 30, 2012

# 3: Ortho- Operations 7 Jam

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Kasut OT nak pergi menoreh.



Sejak akhir-akhir bulan enam ni, makin banyak plak oncall (EOD call plak tue).

Oncall plak bukan dengan calang-calang MO, yang jonah plak tue.
Prepare fizikal dengan mental siap-siap sebelum start kerja.

Semalam in-charge peripheral
*peripheral- in-charge pesakit selain dari wad posting itu sendiri.sebagai contoh: ortho department tapi ada pesakit kat medical, kira ko la kena review patient kat wad medical tue.

Alhamdulillah, pesakit ramai dah dischage.

Disebabkan aku 2nd call (incharge untuk operation), bila kata ada 2pesakit KIV nak pergi operation.
Ahh, tak sedap hati doh...
Patah plak bukan calang-calang. Kaki, tangan patah..siap open fracture lagi. Tak termasuk intracranial bleed, intubated, sedated kat ICU plak tue..
Satu lagi pesakit tue stabil, patah dah buat skeletal traction dulu. Pesakit boleh tunggu..

SO, yang patient complicated masuk dulu..dan MO bagitau boleh terima satu operation je.YES!
Patutlah satu je boleh terima, nanti aku bagitau kenapa.

Persediaan Masuk Operation.(Kerja HO houseman)
Prepare OT list, result darah, prepare consent (MO kena ambil signature), refer anaes (pakar bius), minta pandangan department lain yang incharge patient cam surgical disebabkan ada pendarahan dalam otak tadi kan?
Bila semua dah clear...boleh terima untuk operation.
Contact plak OT, minta prepare set instrument kaki dan tangan yang akan digunakan nanti.

Bila MO anaes kata maybe masuk kul 3.30ptg, cepat-cepat solat Zuhur. Sebab memang operation akan makan masa lama, aku agak 4jam.
Tunggu puyer tunggu, tak panggil-panggil...
Aku siap dah tertido di surau.

Azan Asar berkumandang.
Dapat call dari nurse " Doktor Soleha, ni staff nurse ICU, OT dah panggil patient dah"
Akhirnya....
Cepat-cepat solat Asar dulu since sure tak sempat kalo tak sembahyang sekarang.
Kul 5, aku bertolak ke dewan bedah, nampak kawan-kawan sekerja lain tengah punch card nak balik.
(cabaran doh, orang lain dah abes kerja, kita baru nak merangkak dok dalam OT)

Kerja HO: sementara patient tengah prepare oleh MO bius.
Catit butiran patient di whiteboard, tulis diagnosis, nak operate apa, surgeon sapa? assistant sapa? (aku la :)
staff nurse, MO bius, PPK, radiographer pun kena panggil siap-siap untuk operate dalam ortho department.

Tulis operation notes (bagi pihak MO), bila dah set ada semua..jangan lupa untuk apply tourniquet gak.
Panggil MO untuk masuk. Ada kadang-kadang MO susah skit, kalo ko tak prepare apa, pastu dah panggil mau dia mengamuk semua benda tak siap. So, tugas HO pastikan mood MO anda baik sebelum operation bermula :)

-operation bermula-
Tak perlu aku terangkan di sini apa kami buat.. pendek kat masuk besi, masuk screw kat kaki pesakit.

Aku bagitau tak , kami buat operation bahagian kaki dulu. Bahagian kaki pun dah ambil masa 4 jam!!

(masa ni, waktu maghrib dah terlepas sehhh...jamak la aku )

Break tak sampai 5minit, tukar posisi pesakit pergi tangan plak. Aku sempat kencing je kot masa ni.
Dah kena start bahagian tangan.. Susah plak nak masuk plate kat belah tangan disebabkan kedudukan di siku.
Aku dah terlelap 1,2 saat dah masa ni.
Pastu kena stay alert. Yelah, staff nurse dah bertukar syif (nurse still fresh), Tukang buatnya dari kul 5 ptg. Sekarang dah nak kul 10 malam.
Grill tulang, letak screw, kalo tak puas hati cabut balik. pastu periksa bawah x-ray..berulang-ulang sampai puas.

" Doktor, lubang ni" tunjuk kat lubang sepatutnya.
"Oh, You alert yer" puji aku.
(dalam hati, mau tak alert, tangan kebas dah pegang tangan pakcik ni)
Dengan pakai baju kalis radiasi yang berat ni, dah lurut dah bahu aku ni.

Akhirnya operation abes pukul 12 lebih..FUHH!!! Alhamdulillah.
Ambil ko! 4jam jadi 7 jam. 4jam kaki je tue.
Kena tulis operation notes lagi. kena melukis lagi (aku fail la bab melukis ni..SERIUS)

Itulah sebab satu operation je dapat buat sebab ni pun dah lanjut sampai esok hari.

Tulis notes pastu dengan saki-baki tenaga yang ada drive balik rumah.
Singgah beli burger kat Drive Thru McD sebab yang tue kedai yang buka kul 1-2 pagi masa tue (terpaksa).
Semak phone, nombor-nombor yang kol yang aku tak angkat masa tengah operation.
Mak aku kol dua kali , bila la anak gadis dia ni nak balik..haha.
Send msg pendek : ada kerja lagi.
(mmg pendek, just nak bagitau, tak la bimbang orang kat rumah).
1st time kot balik dari kerja kul 2 pagi.

Solat Jamak Maghrib-Isyak (last time masa surgical..)

Tapi lagi kesian dekat MO (medical Officer aku), aku boleh balik, dia kena round wad lagi tengok pesakit yang masuk masa tengah buat operation tue.
Banyak gak kes refer adalah lebih 10 pesakit.
Kalo aku jadi MO, aduh! tak sanggup la rasa.
Walaupun setahun lagi nak jadi MO, tapi rasa berat je bahu nak pikul tanggungjawab tue. Nak jadi Houseman je boleh tak?? hehe

Sampai rumah, nampak katil... ZZZZzzzZZZ

(selamat pagi) :)

P/s: Tahniah buat junior-junior USM yang baru diumumkan minggu lepas. Adakah anda sudah bersedia melangkah ke horrible life?? hehe :)




jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

6 comments:

  1. suke laahh. :).akak citelahh,cite cite sedih pesakit ni sikit.takde ke?

    ReplyDelete
  2. Oklah nak cerita sedih dia.
    Dia kemalangan teruk sgt sampai kena bantuan penafasan,kena masuk tiub ikut mulut.
    Dia xsedar so nak taya apa2 kat dia mmg xleh la kan?

    Yang sedih buat kak sol, isteri dia xfaham ckp melayu sgt.susah tul nak terang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian jugak,tapi dalam mase same nak bagi dy phm kan

      Delete
  3. suka baca pngalaman kak sol..hope dpt bg motivasi utk diri..blajar lbh rajin..hee

    ReplyDelete
  4. erm..setakat ni patient stabil.tapi still kat ICU

    ReplyDelete
  5. thanx ainur..kaksol bukan pandai pun..tp kalo orang lain rasa motivasi,ksol pun seronok :). datang lagi singgah baca yer

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...