http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Thursday, June 28, 2012

Pesakit yang Meninggal dunia itu adalah.....Ya Allah!

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

27hb Jun 2012
Dapat panggilan telefon daripada mak
" Pak Njang masuk Hosp Kulim, patah, dia masuk wad 4"
"eh, wad orang tue, nanti orang tengok"

Sepanjang round aku tak jumpa pun pakcik yang dimaksudkan. Yelah, dah bertahun lama tak jumpa walaupun dok satu daerah sama. Mustahil aku tak cam sebab aku senang cam orang walau dah lama tak jumpa.
Sampai habis round aku tak berjumpa dengan pakcik @ patient yang dimaksudkan.

Disebabkan aku in-charge peripheral, aku terpaksa tengok patient-patient lain daripada wad 4.
Aku try gak tanya nurse kalo-kalo ada patient baru masuk. Disebabkan aku tak ingat nama sebenar dia, just nama panggilan sejak kecil.


Aku notice ada satu katil tak bertuan di kubikel depan. Bila tanya nurse "patient pergi OT".
ooo..Pak Njang kena operate kot tanpa fikir apa-apa.

Hari sibuk dengan kes kat kecemasan, disebabkan fikir pak Njang masih di OT.
Dapat panggilan aku kena masuk OT untuk ganti kawan aku yang dah nak tukar shift malam.
Aku 2nd call so, kenalah masuk OT.
Sebelum kelam kabut nak pergi OT, kawan aku dah sibuk suruh aku urgent pergi OT, nampak kelibat wanita berumur di wad 4, mengemas barang di katil yang tak bertuan tadi.

Dalam hati " cam Mak Njang,takpelah malam aku ada lagi, nanti leh la tegur"
Aku bergegas melangkah ke bilik OT.

Men'assist' patient patah kaki (tibia fracture untuk buat ILN (interlocking nail). Dahlah MO C tak berapa sihat, kesian sama dia, Nurse scrub pun sama. Operation memakan masa 2jam.
Paling tak larat bila sepanjang masa kena pakai baju kalis radiasi disebabkan sepanjang masa X-ray akan diambil untuk masukkan besi (nak pastikan kedudukan). Buka baju cam kena hujan je, lencun abes.

Selepas itu aku masuk plak untuk buat incision & drainage. Beberapa minit je. Alhamdulillah sekejap.

Lepas itu, terus start night review patient patient operation sejak siang tadi.

Katil tadi still kosong dari pesakit. " oh, tak balik lagi ke?"

Setelah tolong kawan aku Akmal di casualty, aku mandi dan makan malam.

Selepas balik makan, aku balik ke wad 4, eh, Pak Njang tak balik OT lagi ke? sebab selepas aku keluar OT hanya seorang sahaja lagi patient tengah operate, itu pun patient yang aku kenal.
Mungkin Pak Njang masuk ICU kot. Mungkin tak stabil kena tahan kat sana dulu.

Selepas tue, aku kol Akmal , dia ajak aku pergi ICU untuk buat POMR form sebab dia tak pernah buat.
Dia kata pesakit tue meninggal petang tadi, dan ICU panggil untuk buat POMR.
Aku pun pergi dalam hati leh tengok sekali Pak Njang kalo dia ada kat ICU.

Tengah aku dok tolong tengok BHT (rekod patient), bacakan kat Akmal.
Aku tertengok kat alamat pesakit yang meninggal tue.
Eh, dekat je ni.

Lepas tue, aku terfikir cam rumah Pak Njang aku.

"Akmal, pakcik ni ustaz ke?"
" Pakcik ni bilal Masjid ****. aku selalu solat Jumaat sana, selalu nampak arwah"
" isteri dia ustazah ke?"
"tahla, tapi tadi dia pakai tudung labuh"

Nama pesakit memang tak dapat memberi jawapan disebabkan aku memang tahu nama penggilan dari kecil bukan nama sebenar.

Selepas tue,aku teringat Mak Njang aku sekilas pandang petang tue, " Isteri dia pakai baju apa tadi"
" Pakai baju coklat, tudung coklat. Masa aku bagitau pakcik dah meninggal isteri dia redha je, tak meraung cam Cinetron India" panjang plak jawapan si Akmal tue.

MasyaALLAH, so betullah pesakit yang tengah kami isi borang kematian ni, adalah Pak Njang yang aku kenal sejak kecil.

Ya Allah!!
Pak Njang dah meninggal dunia tanpa aku sempat jumpa dia tadi.

Bila tengok waktu kematian, sebelum aku nak pergi ke OT.

So, aku tak dapat jumpa Pak Njang selamanya (serius aku dah lupa muka dia), Mak Njang pun xsempat bertegur.

Balik oncall pukul 12 mlm, nak bagitau mak, Mak tak sihat, tak jadi kejutkan dia. Handphone plak tak leh on.

ESOKNYA
Subuh-subuh, mak kejut kata nak pergi rumah Pak Njang. "Pak Njang dah meninggal"
"orang dah tau dah, semalam..." (aku bercerita kan mak aku apa yang terjadi semalam, kesal tak de jodoh jumpa sebelum arwah meninggal dunia"

Sebab kematian tak perlu diceritakan, lagipun operation kaki patah yang agak teruk itu dah berjalan dengan baik.

Pagi tadi bertemu Mak Njang, bila dia tahu aku doktor di Hosp Kulim dan in-charge ortho plak sekarang
mengucap panjang dia " MASYAALLAH" tak ada jodoh betul untuk bertemu semalam.
Walaupun lama tak jumpa dia masih cam aku.

Dia bercerita pasal arwah, kemalangan yang berlaku. Family nampaknya redha dengan kematian arwah.
Alhamdulillah Arwah sudah selamat dikebumikan selepas Isyak semalam.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. AMIN.

* Arwah dan keluarga adalah jiran aku semasa aku tinggal di Sabah dulu.Aku dan anak-anaknya membesar bersama-sama, bermain pondok-pondok. Kedua-dua suami isteri memang alim, banyak mengajar aku semasa kecil. Semasa aku pindah ke semenanjung, kami sekeluarga menumpang di rumah arwah untuk beberapa minggu sehingga dapat mencari rumah di Lunas. Mereka memberi layanan seperti sebuah keluarga sendiri. 
Walaupun duduk dekat Lunas-Kulim tak lah jauh mana, setiap kali lalu depan rumah, sure rindu tapi tak pernah singgah sampailah hari ni. Maaf yer.

Maaf sebab lambat tau berita.Terkilan juga.

Hanya kiriman doa dan bacaan Yassin dihadiahkan bersama. Semoga keluarga tabah menghadapi Ujian-Nya.

P/s: Arwah memberi nama seorang cucu-nya - Soleha seperti nama ku.

jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. oh kak sol..mesti sedih kan xdpt jumpa buat kali terakhir..apa2 pn..Al-fatihah utk arwah pak njang kak sol tu..

    ReplyDelete
  2. nak buat camne , xde jodoh.walaupun dulu jiran bukan ahli keluarga sendiri tapi agak sedih bila dpt tau meninggal dunia masa isi borang kematian. terkejut sangat masa tue.

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...