http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, April 07, 2013

Kembar ? or Keliru?

Sepanjang aku kerja ni, aku selalu dipanggil dengan nama orang lain like SERIOUSLY!!!
Nama aku SOLEHA ok??

Masa mula-mula masuk aku dikaitkan dengan Siti Syuhada..ok, nama awal dah sama. Tapi muka aku dengan dia yang lawa sangatla berbeza.
Kebetulan Syuhada tue kawan sekelas aku masa sekolah Badlishah dulu.
Masa kat peads tue ada la nurse yang terpanggil nama Syuhada, tapi tak kisahla, aku kan orang baru nak compare nama orang lama dah kerja cam Syuhada.

Selepas beberapa posting, aku guna nama Siti je.. senang. Nak menyamar pun senang..habaq kan hang..hehe

Tapi sejak masuk posting O&G yang lepas, sorang lagi houseman Nadia pun masuk.. walaupun aku masuk awal beberapa hari, dorang terkeliru aku Nadia atau Soleha..

Sama ke muka kami?? mata pun rasa tak sama langsung :)
Mana satu aku?




Banyak kali plak tue.. sampai aku dah irratated tak mau layan kalo nama salah..haha..gila jahat!!

"kak, nama saya Soleha la"

Kebetulan plak kami selalu onkol sekali.. best onkol ngan dia.. supper sekali, tido pun senang, dua-dua plak tak "J"
 

Selepas O&G masuk plak Medical sekali.. lagi sekali suma nurse pun keliru..tapi lagi teruk sampai MO aku pun keliru kami dua..

Paling kelakar, MO datang kat kawan aku
" U jangan lupa trace tue...bla...bla...bla..bla"

Kawan aku tue muka confius je.. pastu MO tue blah..
Kawan aku ni Nadia pandang kat aku. Kebetulan aku ada kat situ dan tgok scene yang kelakar tue..

"Ok,ok..aku dah tau..kena trace itu,ini..bla..bla"
 Gelak-gelak tengok scene MO keliru silap HO..

Secara fizikal, aku lagi tinggi dari Nadia (sorry Nadia..hehe)
Tapi dia lagi kurus lagi aku (FINE!!!)

Bentuk badan, oklah lebih kurang..
Nadia pakai spek kadang-kadang tak..aku plak pakai contact lens berkaler-kaler

Tapi paling ketara kalo dua-dua pakai Mask muka.. semua dah keliru..

Yang herannya MO aku yang tadi je keliru kami berdua..MO lain tak plak.. tau je bezakan kami dua..
Tapi nurse, aku dah malas nak cakap, aku Soleha..

Nadia, ko kat department mana sekarang?? Rindu plak kat kembar aku..hehe.

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...