http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com
Showing posts with label Student life. Show all posts
Showing posts with label Student life. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Surgery Posting (Masa HO Vs Student)



MY THING
comel tak ada sangkut teddy bear? hehe
MO: ni pakwe bagi ke?
aku: kedai bagi~~~ haha


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Lama benor tak tak mengupdate blog ni. Biasalah masa tagging balik kul 10, nak menulis pun tak keluar ilham. Dalam otak just nak mengutuk pun ada..hehe

Tagging: masa untuk mempelajari sesuatu yang baru di awal posting dan untuk membiasakan diri di dalam wad. Masa yang diperuntukkan bergantung untuk sesuatu department. Ada yang satu minggu dan ada yang dua minggu. Ada yang terpaksa 'extend' tagging jika tidak
menunjukkan prestasi yang baik.Biasanya kerja dari pukul 7pagi ke 10 malam (bergantung).

Rupanya dah dua minggu di Surgery. Dua minggu yang membosankan. Tak besh!

Tak besh sebab tak ada kerja. yeah, you heard me! sebab tak ada kerja. BOSAN!

Biasalah masa tagging ni korang akan rasa diri cam yoyo atau pingpong sebab senior-senior posting akan minta korang pergi sana sini, buat itu ini dan tolong dorang.
Disebabkan korang ni tak ditetapkan lagi kerja di mana, tak masuk lagi untuk jadual shif.
telefon yang leh bawa merata-rata

Sampai satu masa, aku sudah bosan sebab tak ada kerja. Kadang-kadang discharge summary pesakit-pesakit dah buat siap-siap, tunggu masa pesakit nak keluar untuk dapatkan signature MO je. Pastu wad plak jadi lenggang sebab pesakit ramai dah balik. Lagilah BOSAN!

Aku seorang kerja dalam satu wad pun, aku tak komen sebab masa aku akan abeskan untuk ambil darah pesakit, dressing dan wound inspection pesakit luar yang datang, buat flushing chemoport.

Kadang-kadang kena panggil masuk OT untuk assist dan tulis OT form semua, key in data dalam komputer. Tapi aku still boring.

Paling kelakarnya disebabkan aku hampir 'gila' dok dalam wad je, aku dah beberapa kali keluar dari hospital (setelah kerja semua siap) dan makan kat luar, simple shopping.(sila jangan ikut contoh ini) Tak pernah aku saja-saja nak keluar dalam paed dulu.


aku benci jam dalam wad ni


STUDENT
Masa study dulu, ingat lagi masa tue log book memang tebal kot. kena siapkan dalam 50-60 short cases dan 10 long cases. Tapi jangan nak tipu lah, korang sure ada pakat-pakat copy short case kawan lain dan main tukar-tukar kan? hehe

Tapi yang beshnya posting surgery ni, korang akan dapat buat dan belajar banyak procedures baru berbanding posting lain. Selain memang suka buat kerja dan lengkapkan logbook. buat suture (BESH).

Dulu masa student just assist pasang CVL (central venous line) tapi sekarang dah dapat lesen untuk buat. Tapi aku tak ada chance dan pesakit nak buat. Keep looking forward untuk buat procedures yang lebih mencabar.

Masa student dulu pun, agak relax gak posting ni. Tapi kalo ada presentation dan short case tue yang meluat skit..hehe. Exam lagi lah..hehe.

Masih ingat lagi wad di tingkat 2 yang panas sempit tanpa pengudaraan yang baik tue..hehe.

Kenangan USM kembali lagi. Sure kawan lain pun sama. Jom Buat trip BALIK USM..hehe

jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Thursday, September 22, 2011

Aku Konvo Hari Ni!! Yeah


Jubah siap di-iron sehari sebelum




Pro-counselor bagi scroll



Orang belakang tabir yang banyak membantu aku
Dr Aaina Iryani Mubarak
thanx Ainaa, sian ko kena jalan jauh kan..



Group-mates
aku,Munirah,Faten,Eja,Che Ku
(ops..gelaran Doktor dorang yang lain tue)


Dr Fini yang comel lote


Aisyah yang sengal pun ada gak :)
Dia grad esok


Pengakhir kata, muka sendiri perlu mencapap
Sempat lagi Azizi dengan Ghani kacau aku nak naik pentas,kaler warna baju aku Maniac
haha..bile lagi nak maniac kan? haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...