http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Saturday, October 31, 2009

Kerana Diriku Sgt Bermakna

cuba teka? mane satu air kelantan??
rasenye korang dpt teka kan..heheMySpace
tapi dah alah tegal biase ngan air ni..nak buat camne..xkan nak g mandi kena tapis dulu..bedal je la labu..
tuela sbb rambut pn rase cam laen macam kalo guna air ni..xmasuk lagik tetiba jd air cam teh-O tue..xsanggup aku cuci muka ngan mandi guna air 2..harap2 xde dah air cam 2
tp alhamdulillah still gak ade air..kalo tak,tengik la..hehe

tp arini bukan nak certa sal air, nak bg tips je
(ambik dr satu website ni,alang2 ape aku nak tulis same.aku ceduk je tp mengubah skit secukup rasa)
igt wanita bertudung xjaga rmbut ke?? tgok iklan Sunsilk..cewah!! tergoda cik abang kita 2..
Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Ye tak? Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya.

Tips penjagaan rambut

Tips 1:Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.tgok kea rmbut anda tueMySpace

Tips 2:Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!MySpace

Tips 4:Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.MySpace

Tips 5:Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.MySpace

Tips 6:Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.MySpace

Tips 7:Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:DMySpace

Tips 8:Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.MySpace

Tips 9:Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..

Tips 10:Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.MySpace

Tips 11:Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.MySpace

Tips 12:Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.MySpace

Tips 13:Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 14:Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.MySpace

Selamat mencuba...MySpace

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...