Friday, February 25, 2011
Aku Tersenarai Dalam 50 Blog Malaysia Pilihan
yes! dapat gak beli InTrend yang ade 50 blog Malaysia pilihan In Trend.
mmg la tak de blog aku..tapi dengan semangat menyokong blogger-blogger laen..mesti kena beli
Hidup Blogger Malaysia..
ade blogger yang kembangkan bussiness guna blog..popular sampai luar negara
ade yang popular sebab pakwe dia pemain bola Malaysia (tau kan sape?? jejari runcing la)
da only one guys dalam kolum tue darkbatman (http://darkbatman.com)
aku selalu silent reader blog dia je..abang masuk magazine la..popular 'oppa' ni
soalan yang dia dapat: setiap entri yang disiarkan mengundang persepsi berbeza: ada yang suka dan ada yang benci.Bagaimana anda menangani komen dan kritikan?
jawapan darkbatman yang aku suka:
setiap kritikan yang dilotar pembaca tidak boleh diterima terlalu personal. Jika kita mengambilnya secara serius, ia membawa kita kepada sikap dan pendirian menjawab komen itu dengan emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. tidak semua orang suka apa yang kita ada. saya anggap ia lumrah kehidupan..
caya lah darkbatman..
seperti entri yang menghavoc kan beberapa bulan lalu (blog orang laen) pasal wanita bershawl..maunye suma bantai mamat tue..teguran dia sgt baik tp disebabkan dia 'terletak' gmbr yg salah..ramai yang emo menyerang blog itu..
ade jugak blog yang suka memihak untuk satu pihak sahaja (tambah-tambah blog jejaka).. merendahkan kaum wanita..sebenarnye dia ingin menegur secara tak langsung..tp kalo wanita bace..mula emo tak tentu pasal(kalo time PMS tue, mungkin lagik parah meletup dia)..kalo fikir secara logik..dia tegur direct pun salah..kalo tegur berkias pun salah
persepsi orang lain-lain dalam menilai (bak kate darkbatman)..tapi ade dia kisah?
pembaca jugak tidak perlu emo (bukan emo yang pakai baju hitam suma tue)..emosi berterlaluan..
orang leh kata ape-apa..boleh menilai ape saja..tapi kalo dah kena kat batang hidung sendiri secara tak sengaja..mau buat cam mana..kadang-kadang isu yang dibentangkan adalah umum dan tak memihak sape-sape..
ulang balik ayat darkbatman: tidak suma orang suka apa yang kita ade..aku tambah: orang laen lebih itu, aku lebih ini..dan suma lumrah kehidupan.
kalo ade yang ingat blog aku untuk menunjuk-nunjuk..sila mengucap byk2.gambar-gambar aku ambik dan tempek di sini adalah sebagai rujukan ape yang aku belajar sepanjang masa ini. orang yang singgah leh tau ape la budak-budak medik buat..
selain tue ngan baik hati aku tunjukkan yang tak suma budak medic ni ulat buku..aku tunjuk gmbr aku masuk aktiviti sana sini.
blog gak mendekatkan aku ngan student-student U lain dan dari oversea jugak..dorang pun nak tau ape budak local student buat.ade kawan dari Australia, Rusia, Ukraine, Indon, Mesir, USM (hehe)
" nanti ksol kutuk kau dalam blog dia"~kata azizi kalo ade orang nak main-mainkan aku
"nanti dia libas ngan tudung lilit-lilit berduri dia kang" (haha)
( aku selalu je kutuk orang dalam ni..tambah-tambah azizi ngan ghani, mawardi pun..tapi korang memang 'cool'..takpe ksol tak pakai shawl arini..xleh lilit korang)~~puji korang melambung-lambung..hehe
salam perkenalan suma & selamat hari Jumaat
p/s: tahniah buat blogger-blogger cantik yang masuk dalam list ni..harap-harap pasni blog aku plak..haha (perasan)..aku nak masuk bahagian student la kalo ade kategori tue.hehe.
ade bahagian: ushawan,fesyenista, perkahwinan,cahaya mata, hijab (try la usha blog-blog pilihan ni)
Tags:
blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak tahu pun ada benda ni...dia pilih random ke?
ReplyDeleteNew Entry: Semakin berusia semakin bernilai
ehehe.. thx sbb mention aie.. terharruuuuu.. xpe, lame2 nt insyaAllah dpt.. jgn putus asa..
ReplyDelete@zahidah dihaz
ReplyDeletedia pilih setelah membuat kajian, rujukan..hehe.mmg femes pun yang dorang pilih tue..hehe
@Darkbatman
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!
betul ke darkbatman masuk blog ni???
betul ke ni???
alamak malu la plak...
ok, sila la br tunjuk ajar..hehe
(blushing lagik)