http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, March 25, 2011

Ajal Sebelum Mati

Astaghfirullah.. Astaghfirullah..


tajuk Al-Kuliyyah ptg ni kat TV3..tetiba teringat kisah gadis yang cuba untuk membunuh diri tue..dia bernasib baik kerana masih diberi peluang untuk bertaubat..sebelum terlambat

diriwayatkan dari Tsabit bin Al Dhahhak ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "siapa pun yang secara sengaja bersumpah palsu bahwa agamanya bukanlah Islam, maka ia adalah sebagaimana yang ia katakan. dan siapapun yang membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, di neraka ia akan diazab dengan benda yang sama".

diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya"


"Tiada jalan singkat ke Syurga"

setiap benda ade panduannye dan sebagai seorang Islam kite telah diberi panduan Al-Quran dan Hadis untuk diikuti untuk kesejahteraan.

lihat saja tajuk aku " Miera Liyana Bunuh Diri", berduyung-duyung orang datang blog picisan aku ni..
memang la dia top sekarang ngan gambar seksi dan komen-komen dia di paper. tidak mahu menghukum sebab sebagai orang Islam, Allah sendiri telah meletakkan hukum hakam sebagai panduan untuk menutup aurat. tak perlu mencaci dan memerli dia tapi sebagai sesama agama, kita perlu menyampaikan supaya mereka tidak terlupa (untuk suma manusia)


buka mata dan buka hati tgok video ni:



jangan tutup hati dan menidakkan hukum yang diturunkan

sebagai peringatan kepada aku yang selalu tergelincir jugak sal aurat ni
dan sebab aku sayang orang-orang yang se-agama aku.
ni tak certa sal certa-certa yang ustazah certa sal azab-azab di akhirat kelak
mengigil rasa dengar

masih ade masa untuk berubah ke arah kebaikan



Tudung Labuh Online Ashen Iron

kan comel tue
sejuk hati mak mertua..hehe


mari sama-sama menilai diri:

aku berniat nak pakai tudung labuh comel camni..(insyaallah), kenapa bukan sekarang?
dan bagi yang bertudung, tapi berlengan pendek berubah ke lengan panjang
yang free- hair buka hati pakai tudung

sikit-sikit lama-lama mesti boleh kan..


jom ramai-ramai berubah ke arah lebih baik..manusia kena sentiasa diingatkan sebab selalu lupa dan buat-buat lupa.

mari menutup aurat secara sempurna


Astaghfirullah, aku selalu cuai dengan suruhanNya.. selalu sangat.. laranganNya, yang tulah yang aku suka..kadang-kadang lupa nikmay-Nya bila dah berjaya, jarang aku bersyukur.

Astaghfirullah.kadang-kadang lewat mendirikan solat tapi ade masa nak layan FB dan blog. Astaghfirullah..aku selalu lupa kepada-MU

maafkan Hamba-Mu ini


p/s: nak cari video bunuh diri plak..semua tau hukum hakam membunuh diri, tak perlu didebatkan.

al-Quran yang semakin dilupakan, di letak sebagai hiasan rumah sahaja

berpa iman kita hari ini??

4 comments:

  1. nice blog~~~ sy suka blog akak, penuh berinformasi... ni tzkirah pun ada,,... ermm, bila bca post pasal pglman kt hospital, rs teringin plak amik kos medic..hehe -(biomed student)

    ReplyDelete
  2. @نورالعتيقة بنت محمود
    thanx..
    pas abes ni, leh je nak ambik medic..sebab ade asas bio..hehe
    tp medic susah oo..serius penat gak :)
    tp ni la jalan yang dipilih

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...