http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, July 17, 2011

Berlari Bersama Running Man (korea)

credit: FB Running Man

happy besday RM


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

korang pernah tak tengok cerita,variety show yang korang pun rasa nak berlari sama, menjerit-jerit (walaupun orang dalam TV tue tak dengar pun korang jerit)..hehe

dengan games show Running Man ni, serius korang jerit-jerit cam orang gila, rasa nak berlari sama, berdebar-debar, ketawa sakan sekali dengan peserta dalam Running Man ni dan orang lain yang dengar pasti ingat ko orang gila..sebab sekejap jerit, sekejap ketawa

dulu, Family Outing memang menjadi pujaan la.. tapi Family Outing Season 2 dah tak besh sebab tak ada orang-orang 'gile' cam Jae Suk dan Hyori. Bayangkan Hyori top singer kat Korea buat aksi-aksi yang tak diterima akal dengan slumber je tanpa ingat status Top dia.Memang tak de cover-cover tul.

Yang tue kami inginkan dalam Variety Show! just tunjuk diri sendiri

Siapa pernah tengok variety show korea RUNNING MAN?

Ni Variety Show ke-2 paling besh selepas Family Outing sebab ada JaeSuk..hehe (dia ni MC paling femes kat Korea, cam Aznil kalo kat Malaysia..dan yang penting dia memang lawak!)

Serious kalau korang tak pernah tengok cerita ni korang memang LOSER.( ok, aku pun Loser gak, sebab lambat tahu ) hahahaha.

Tapi korang kena tengok start dari episod pertama la Running Man sebab nak tahu watak masing-masing yang sengal.

Sapa yang pernah tengok FO, mesti kenal sedikit dengan peserta @ pelakon dalam RM ni dan setiap minggu ada tetamu undangan (guest).

Setiap minggu ada mission tertentu yang dorang kena selesaikan dan siapa yang kalah akan diDENDA..haha. Mission dan cara main dorang sentiasa berubah kalo tengok dari awal.

Jae Suk: dia selaku MC @ peserta..hehe. Pengacara yang lawak dan femes sejak X-man (variety show dulu-dulu). Korang akan lihat gelak tunjuk gigi, menari kangkang dia yang tak ada dalam FO. tapi muka dia pun dah lawak kan kalo tengok..hehe. Dia berlagak seperti Bruce Willis dalam cerita Die Hard. Kadang-kadang terer, kadang-kadang dia orang pertama kali kena tangkap..hehe.


Jong Kok: peserta paling kuat dalam RM, dengan badan turf dia..hehe. Lain sekali dengan FO, sebab dulu dia slump dalam games dan selalu kalah kan? tapi sekarang, dia kejar orang lain, kita pun rasa takut sampai dapat gelaran Sparta. Dia tak dibuli dah oleh Hyori..hehe.


Gary: dia ni penari hip hop kat Korea (tak kenal pun sebelum RM).dia salah seorang kids seteam dengan Jongkok. suka dengan muka CALM dia..hehe. Monday Couple dengan Ji Hyo (dengan seorang peserta perempuan). dalam episod awal-awal, dia akan menang setiap kali ada mission tangkap gambar!! haha. Korang kena tengok! (recommended). Sangat suka kalo dia sweet dengan Ji Hyo dan muka jeles dia kalo orang lain kacau awek dia..hehe


Haha:
nama pun dah gelak. Gelaran: Haroro sebab kartun Pororo. Dia ni cam ada split personality je kalo tengok.sekejap ketawa, sekejap gila. Pastu asyik dengan patung dia je..hehe. Salah seorang Jong Kok and Kids..hehe. Suara dia kelakar aku rasa..hehe


Ji Hyo: dia seorang je bunga dalam RM. dia pernah jadi guest FO dulu (yang jadi hantu dan menari lawak tapi cute tue). Dia selalu blur je, nama gelaran: Blank Ji Hyo. dan dia couple dengan Gary (Monday Couple).Malu-malu kalo Gary kacau dia. Tapi kadang-kadang dia akan belasah je lelaki (ganas gak) dan suka pegang kaki orang dan merayu kalo nak kena tangkap, ramai tak sampai hati dan lepaskan dia terutamanya Gary..hehe.

JoongKi : dia ni pelakon Korea. Antara mamat jambu, pretty boy dalam RM,pandai tapi bab kejar-kejar sangat Hampes..sebab dia pandai, ada satu episod perkenakan dia. serius, dia agak pandai kot. selalu nak menjeleskan Gary sebab nak rampas cinta Ji Hyo (Monday Couple). tapi aku suka Ji Hyo dengan Gary..hehe.

Gwangso:
dia ni pelakon gak. cerita terbaru dia dalam City Hunter. Dia sepejabat dengan Min Ho bahagian IT tue. Dia orang paling Galah dalam RM. tinggi sangat. Pastu dia suka nak scam orang lain (kelakar kot) tapi senang dibuli. kalo Jong Kok glazes je kat dia, terus tunduk melutut takut..haha. Ji Hyo pun senang nak buli dia. Kesian! Dia tak pernah pandai menyorok, sebab cam burung unta, menyorok kepala tapi badan dia terkeluar!! Lawak sial.

Suk Ji:
dia antara peserta tua dalam RM. Big Nose Hyung sebab hidung dia (tapi tak la besar sangat) antara kawan MC selama 20tahun. Umur dia nak 50tahun, cam tak percaya. Dia pun selalu senang kena tangkap..hehe. Suka kat Ji Hyo gak, tapi suka lagi kat bini dia..hehe.


Yang lain tetamu undangan:
episod 1: ada Hyori- serius ingat cam FO..rindu kat Hyori yang selalu main tipu..

antara denda dia sangat la jahat: pakai Hot Pants dalam cuaca sejuk. kesian betul




yang paling best dapat tahu tempat-tempat menarik kat Korea cam Seoul Museum, Lotte World (theme Park cam Genting Highland tapi lagik besh), dan dorang banyak sangat Museum, teringin nak pergi Museum watak-watak kartun tue, cam comel dan shopping complex dia yang besar tu (pantang!)

kawan-kawan, jom kumpul duit untuk pergi Korea tahun depan (Aaina, Ecah!)

p/s: tetiba ada kawan aku cakap depan2 kat aku " aku pun baru tau sal Running Man sebab entri ko"..hehe. ok, adik ko download, aku nak gi ambik..hehe








jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. @unanswerable sunset

    sebab dia buzy sangat. yelah, byk kali pun dia miss shooting.

    takpe gwangso ada (kwn sama umur)..haha

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...