♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
Ini semua gara-gara adik aku, Syahida yang lepas SPM.
antara dua pilihan yang dia dapat, Matrix Kedah dan Asasi Sains + Agama UM.
aku dengan adik aku yang seorang lagi, Muhd yang anak didik matrix ni amat-amat menyokong kalo dia nak sambung matrix. Tak kisah la orang kata matriks tue tempat buangan (ramai je dapat straight A dok matrix).do to H*** cakap orang-orang Los** tue.
dan disebabkan ramai cakap matriks susah, nanti susah nak masuk U ambik medic (aku rasa nak cincang lidah sapa yg dok heboh matriks susah)
Matriks senang gile kot bagi aku, jadual free, nak study pun besh.
Adik aku frust skit tak dapat KMPP (tempat aku belajar dulu & matriks no 1 Malaysia) sebab senior dia tahun lepas ramai dapat sana.
Jadi, dia ambik keputusan yang penuh berbelah bahagi pilih asasi Sains + agama UM (sebab adik aku lepasan sekolah agama) dan pengajian dia setahun di Nilam Puri, Kelantan dan setahun kat UM.
aku memang tak mahu dia pilih asasi dua tahun ni dan harap sangat tawaran MARA yang dia ambik sebelum itu berjaya (puyer la aku tak mau bg dia asasi yang dua tahun tue, sebab aku rasa buang masa)
dan aku tak mau hantar dia gi KELANTAN!! masa tue, baru seminggu aku balik rumah dari kelantan, dan aku tak mau turun Kelantan lagi~~ huhu (bukan tak suka, tapi cukup la)
alhamdulillah, beberapa je hari sebelum adik aku nak berangkat ke Kelantan (of course aku yang kena bawa dia ke sana), adik aku dapat tawaran MARA untuk asasi + belajar medic kat RPMC (Royal Perak Medical Collage). Dia dapat tawaran tanpa interview.
Asasi setahun di Kolej Mara Kuala Nerang dan akan pergi ke RPMC di bawah tajaan MARA.Terus tolak tawaran UM. YES! aku yang suka.
Semalam, adik aku dah mendaftar diri di sana. Dia adalah adik perempuan aku yang bijak dari aku(jauh beza), masuk cam-cam pertandingan, dapat wakil sekolah dan negeri sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah (aku pun jeles tau).
Semoga adik berjaya dengan cemerlang di sana dan dapat menjadi pelajar perubatan yang terbaik.
Adik aku excited gile nak start kelas sebab 7 bulan dia menganggur di rumah selepas SPM. Aku pun ikut excited sebab aku pun bakal meninggalkan rumah setelah 3bulan bercuti. Kesian kat mak sebab anak-anak perempuan dia semua dah tak dok rumah..
Aku akan induksi di Kampar pada 19hb Julai ini, dan akan berdebar nak tunggu keputusan tempat bakal bekerja di mana.. doakan aku dapat IPOH ye !
p/s: excited sangat dah nak start kerja
aiseh! good luck untuk adik awak=)
ReplyDeletegudluck to u too yea^____^
ReplyDeletekiWi ohh Kiwi!!!
Wah...bestnya apat tawaran MARA tuh
ReplyDeletejeles2
wow.. bagusnyee adik ksol... huhu. hebat3.. rezeki die.. jelesnyee saye...;(
ReplyDelete