http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Wednesday, July 27, 2011

Jadual Hidup yang Baru

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Sebahagian Houseman baru di negeri Kedah
Sharip yang datang lewat sebab tersilap tol :P


Minggu ini memang hectic, hari pertama sahaja (Ahad), setelah melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (+ taklimat) sudah pukul 12 lebih. Terpaksa pulak melapor diri di tempat bertugas masing-masing (aku Hospital Kulim). Memecut kereta bagaikan orang gila sebab takut lewat melapor diri. Kebetulan hanya 2 sahaja doktor ke Hospital Kulim buat kali ini (dua-dua dari USM)

Pejabat hospital Rakan USM dan Se-kumpulan dulu. Dr Ong

Aleh-aleh orang yang in-charge tiada, hanya dapat menghantar sebahagian sahaja dokumen.
Mendapat punch card kerja (satu perasaan yang baru!)- kad kuning diletakkan di rak pengawai perubatan (agak kurang percaya, nama sebaris dengan nama-nama doktor yang lain)


Perasaan yang mengujakan!! (semangat mahu punch card keesokkannya)

Setelah itu, telah diberi briefing mengenai pengawai perubatan siswazah (H.O) atau dulu, doktor pelatih (nama tak glemer).hehe.

Dr Azrinah, timbalan pengarah mengatur penempatan (posting). Menjadikan aku ditempatkan di wad kanak-kanak (peads) dan Dr Ong Beng Kiang di wad pembedahan (surgery).

Kami tak dapat memilih untuk posting yang sama. Tapi boleh memohon penempatan seterusnya.Hendak menyimpan posting yang besh untuk aku (O&G dan A&E) di akhir-akhir..hehe.

Orientasi pulak dijalankan dua hari. Diletakkan di bawah jagaan Dr Gobi (Blood Bank).Terus dapat kerja rumah. Kena baca buku yang diberi mengenai transfuse darah dan ada booklet yang kena isi (scary sebab dia akan soal..huhu)

Claim!
Bab pasal duit memang seronok.Diajar bagaimana mau claim oncall (walaupun agak blur lagi mengenai itu) tapi claim perjalanan ada la hampir dapat RM 200 walaupun gaji hanya akan masuk selepas raya ..huwaaaaaa (harap-harap sebelum konvo).

Miss Dracula
pagi-pagi lagi sudah kena pergi ke unit patologi untuk mengambil darah patient-patient dari klinik untuk hari ini. Yang susahnya kalo patient2 berbadan besar. Nurse di situ akan melihat performance kita. Kalo yang agak dalam, aku terus bagi nurse je (takut byk kali cuba menyakitkan pesakit). Alhamdulillah, kebanyakkannya berjaya di'sedut' darah. Berbangga walaupun hanya dapat ambil darah (hehe) setelah hampir 4bulan tak pegang needles and syringes. Skill masih tidak hilang tapi perlu pendedahan lagi untuk kes-kes 'istimewa'.

Unit Kawalan Infeksi
taklimat mengenai infection diberi oleh Nurse (Kak Wan). Peraturan-peraturan diterangkan dan aturan membasuh tangan diajar. Walaupun agak ringkas, tapi steps membasuh tangan selalu dilupakan oleh doktor-doktor dan nurse. Sebenarnya untuk menjaga diri sendiri dan pesakit juga.

Hep B
Suntikan IM (intramuscular) Hep B sangat menyakitkan. Walaupun telah mengambilnya di HUSM dulu terpaksa mengambil lagi gara-gara kurang pasti status. Hampeh! Sampai kebas tangan kiri..ada dua kali lagi suntikan..huhu (T_T). Tak suka kena suntik!!

Semangat tengok jam 5petang sebab boleh punch card dan terus balik.

Esok selama dua minggu sudah tak nampak pukul 5, kena nampak pukul 10malam.haha!!
Tagging selama dua minggu,kehidupan hanya di hospital. Tak adalah shopping dalam 2minggu ini.HUHU!

Jadual tidur pun sedikit terganggu kalau dulu boleh tidur lewat. Sekarang after maghrib terus tertidur semasa menunggu azan Isyak. Sangat penat walaupun baru 2 hari 'bekerja'.
Sebelum pukul 5pagi dah kena bersiap. Tahu sahajalah, aku bab bersiap ini agak lambat.hehe

Tak dapat bayang, nak jumpa pakar paed esok (teringat Dr Noraida yang strict kat NICU), scary. Nak jumpa baby-baby yang comel. Kena belajar ambik darah dari tangan yang halus, lembut itu. Harap-harap aku tak menyakitkan dan menimbulkan masalah sepanjang aku menjadi houseman.

Tak tahu nak rasa apa nak start kerja dan mengambil tanggungjawab, tak seperti semasa student dulu.Tanggungjawab lebih berat. Harapnya dapat rakan-rakan dan senior yang boleh membantu.Tak ada masa lagi mahu layan series Korea yang baru.Hanya ingat TiDUr! Tidur! Tidur!

Buat rakan-rakan di hospital lain yang masih berorientasi. Selamat Bertugas :). Kami Sedia Membantu.Semoga dipermudahkan segala urusan. Be a safe Doctor.

p/s: sekarang berupdate terus di FB sahaja.letak gambar dan captions dah siap.Jadi ini ada yang gambar ulangan :). Benda peribadi ada kat FB peribadi :P. hate stalker.


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

8 comments:

  1. wah mcm best je
    selamat bekerja dr.sol =)

    ReplyDelete
  2. nice :) besh2.. nak jadi doc juga :)

    ReplyDelete
  3. macam best je kak sol! hee. gudlak! tak kesah laa mane2 spital pon. yang penting tanggungjawab tu. hehe. all the best ye!

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaaa bestnya!!

    thn depan insyallah ain pulak..tak sabar pulak rasa walaupun ada gak rasa takut huhu

    all d best kak sol..opss silap..all d best dr. sol ^^

    ReplyDelete
  5. wahh... bestnya....HUHU...

    tapi, ada org kata, jadi HO teruk ea?? banyak keje.. hihihi...

    nway, really really wish that one day, i could be an awesome doc like u sis... huhuhu...

    bestnya.. bestnya... bestnya... :)

    ReplyDelete
  6. selamat bekerja aka beribadat ye...
    btw salam ramdahan doc

    ReplyDelete
  7. wah,,baru tadi taip entri pasal doktor, rupanya owner nih pun dah jadi doktor. tahniah.. huhu suka ayat tak suka kena suntik tuh. doktor pun sama jugak ekh. huhu

    ReplyDelete
  8. @eiela
    hehe
    doktor manusia gak, tak suka benda2 tajam..hehe.
    doktor pun sakit gak.hehe.

    taip entri sal doktor? sal apa?

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...