♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
Tetiba rasa berdebar-debar dan ekscited nak pergi IJN (Institut Jantung Negara) kat Kuala Lumpur esok.
Tempat tue lawa siot!!!
(kena tangkap gambar banyak-banyak camni..hehe).
Dahla hanya aku je sorang akan hantar pesakit tanpa ditemani staff nurse, harap aku survive cari kaunter nak hantar pesakit dan lain-lain.
Yang penting aku bakal bersahur awal disebabkan kena bertolak dari Hosp Kulim pukul 4pagi.
Bermusafirlah aku esok nampaknya :).
Esok pagi-pagi harap dengan muka bersemangat, pergi wad ambil segala dokumen, folder pesakit yang berbundle-bundle untuk bawa sekali.
Tadi pun terperanjat ingatkan pesakit tue tak buat chest X-ray lagi, rupenya dah buat dan termiss je filem dia.Jenuh aku risau nak bawa pesakit for da 1st time ni.
Harap-harap adik tue esok mood baik cam hari ni, senyum je sepanjang masa dan setiap kali jumpa dia " A***, esok kita pergi jalan-jalan kan?? hehe"
Hari ni jaga acute bed, semua patient masuk hari ni aku clerk, dahla pagi-pagi terus masuk 3orang sekaligus. Tak menang tangan nak urus semua. Tapi still leh manage seorang diri, kawan-kawan pun sibuk sama bila dah bertukar kubikle ni. Kena set minds lain.Camne lah kawan-kawan aku nak urus wad esok sebab 2orang tak ada esok, harap-harap semua ok esok.
Harap aku dapat kekal je kat wad ni..hehe :)
Hari ni, 1st time buat Suprapubic untuk baby untuk ambik sample air kencing, dan alhamdulillah berjaya. Sangat tak sangka sebab HO lain memang ajar tapi tak berjaya dan kena pakai tube jugak akhirnya. Sangat tak expect 1st time buat,terus berjaya.
Slumber je MO aku kol " Siti Sol (tetiba nama aku jadi camni), kalo nampak Siti dengan Wong minta pergi wad sekarang"
" ok, kami dah nak abes CME dah ni"
setiap hari Khamis, ada CME Hospital Kulim, masa ni la nak cuci mata..haha
Padahal tak dengar pun penceramah cakap apa kat depan..hehe. Bersembang di belakang dan usha-usha orang..hehe.
awesome !
ReplyDeletehttp://hanimansor01.blogspot.com/
follow me..