http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, August 14, 2011

My First Oncall


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Oncall: bertugas menjaga wad pada waktu malam sampai esok pagi dan sambung kerja lagi keesokkannya.
Bilik Rawatan: masuk happy, keluar nangis (hehe)

Kalo masa student dulu merasa gak oncall terutamanya masa posting O&G, tambah-tambah nak tunggu bilelah mak-mak ini semua nak beranak.

Sekarang, dah kerja sangat berharap tak ada patient masuk malam kita oncall sampailah pagi (hehe).
dan berharap korang tak akan ber-oncall dengan orang yang JONAH.

Untuk department aku, Seorang HO kena cover satu wad dan kebetulan my 1st oncall plak kat wad AGE and NNJ (jaundice).
Setiap jam ada je blood nak kena ambil untuk review SBV (untuk tengok kuning). Tambah-tambah baby yang under double phototheraphy, lagi lah kena buat 4-6 hour repeat.

Tangan baby plak semua dah lebam-lebam sebab ambil darah. Sangat stress kalo dapat baby yang double photo and tangan lebam dan cubby.Menguji keimanan tul di bulan puasa.

Semalam oncall dengan MO yang terkenal dengan ke-jonahan nya. Sangat-sangat berdoa, takde la kes teruk-teruk masuk.

1st case masuk sebab acute pharyngitis.Masa tue, rasa cam nak tembak orang A&E yang refer, kadang-kadang kes ok, pastu nak suruh masuk wad tengah-tengah malam. Padahal balik rumah sambung ubat insyaallah ok. Masuk wad sure dah kena set line dan ambil darah.Sakitttt (hehe).

Takmau oncall jugak dengan orang A&E yang suka refer kes biasa. Adeih

Kul 12 lebih aku nak masuk bilik untuk beradu..hehe. Lagipun nak tugu review result SBV yang pukul 12 malam plak.
Best gile tumpang tido bilik Burn yang kosong. Dahla aircond, sekejap je dah lena.

Knock...knock..knock (dalam pukul 4 pagi) nurse datang ketuk pintu bilik.
mamai-mamai tanya. Rupenya MO nak tanya result SBV yang ambil tadi

(dengan muka bangun tido, gagau nak tengok result darah)..ok, kak yang ni continue double photo, yang ni reduce to single photo (suara mamai bagitau nurse). Nurse pun dengan muka mengantuk..hehe

Pastu kul 4.15 am, ada satu kes baru masuk plak.Masa tue, korang akan rasa, camla tak leh masuk esok.Tapi maybe sebab anak pertama, mak dia risau tahap gaban, datang gak hospital.
Complaint excessive crying since 10pm-3am. Demam pun tak ada.Pastu suruh bagi susu badan terus senyap (huhu...dia lapar la maknya). Aku rasa (T___T). Tapi kena gak examine semua, noted jaundice la, terus bagi phototherapy, ambil darah semua. Maybe ada hikmah kot dia masuk awal sebab memang nampak kuning sampai badan.

Selepas clerk & examine (contact MO nak beritahu kes baru masuk)...Hello (MO dengan suara mengantuk gak..hehe).Aku present via phone keadaan baby and plan management aku kat MO.

HO kena clerk dan plan segala management sebelum present, impression penyakit apa. Kalo masa student dulu ikut je apa doktor tulis dalam folder @ ticket. Keputusan pun di tangan anda.

Selepas tue,kelam kabut panaskan makanan bersahur (malam tadi ayah dan adik hantarkan..hehe.Mak yang masakkan). Rasa sedapnya bersahur makanan rumah dekat hospital..hehe.

Operasi SBV coming morning plak bermula sebelum pukul 6am. Masa tue, bertali arusla baby-baby kena bawa ambil darah. Cam tak ada perasaan bila tengok baby kuning nak ambil darah. Kena kejutkan mak baby dan baby plak tue, kesian.

Nasib baik, staf nurse ada membantu untuk ambil darah, kalo tak sampai kul 7 tak siap. kalo 20 baby jaundice, 20 orang juga kena ambil darah.

Dah abes, pass report kat HO bertugas kat wad tersebut.

Mandi-mandi dan bersiap pergi ke wad yang bertugas pagi plak untuk review patient sendiri.

Setiap pagi ada passover round dengan pakar dan MO dan HO oncall malam sebelum tue, kena la present case yang masuk malam tadi.

Alhamdulillah, my 1st oncall berjalan lancar.Sempat jugak dalam 3jam tidur.

Post-call pun OK gak.Walaupun seorang MO baik aku tue slumber je terima semua patient masuk wad sampaikan tak cukup tempat gara-gara nak HO-HO dia belajar.

p/s: akhirnya entri bergambar.hehe

MO= medical officer (senior kerja). Pakar = specialist

Jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

3 comments:

  1. ok jugak kan Ho dekat umah..
    saya ada plan nk buat di kota kinabalu
    sbb saya tk nk family saya lihat saya terbeban..

    tapi bila fikir,
    ada yang tolong tgkkan makan pakai kita..
    cam ok je pulak buat di hometown

    ReplyDelete
  2. hehe.mungkin dah lama dok tempat orang, dapat tempat sendiri balik memang banyak hikmahnya.
    rapat balik dengan member2 yang kita tak pernah tegur masa sekolah dulu. jumpa balik kawan2 lama.

    patutlah ramai yang nak kerja dekat rumah..hehe.

    ReplyDelete
  3. wahh...HO paeds! spital mane? dah lame x singgah sini...hehe... :D

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...