♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
Setelah 16 hari bekerja tak berhenti, esok adalah masa untuk aku bercuti. Hari ini, kawan pun tegur aku ceria gile ( mungkin jugak sebab baju aku pakai arini warna sangat mencapap).
Teringat Dr Salmi yang suka kalo medical student pakai baju ceria masuk pead dan dia boikot orang yang pakai baju gelap, tudung hitam. Kawan aku selalu kena tegur sebab pakai tudung hitam..hehe
Hari ini wad yang aku jaga, aku dischargekan je, masuk takde..hehe.
Terasa sekejap je masa berlalu hari ni, lagipun hari Khamis boleh balik pukul 3.30petang. hehe
Aku pun terlupa leh balik awal.
Tapi aku dah siapkan discharge summary bagi patient aku yang maybe dapat balik esok lusa, senang skit kerja kawan aku yang akan jaga kubikle aku esok (rasa baik hati gile..haha).
Duit Raya
Aku sekarang pergi dibawa balik dijemput cam madam pun ada. Duit saku pun dapat (gaji mana ada lagi).
Sesiapa yang berharap dapat duit raya dari aku, minta maaf. Aku pun saku kosong je..hehe. Maybe bulan 9 baru dapat, itu pun tak pasti dapat bila.Harap dapat sebelum konvo nanti.
Cuti raya pun dapat sehari sahaja, raya ke-2 dah kena kerja balik.
AOR
Biasanya kes-kes yang pesakit minta untuk keluar hospital walaupun belum habis treatment, adalah beberapa kes terutamanya kes baby jaundice.Mungkin kesian anak kecil kena bawah lampu. Aku pun beberapa kali dapat patient yang minta keluar wad atas tanggungan sendiri, hospital tidak akan bertanggungjawab selepas sign borang AOR.
Kadang-kadang stress, masuk sekejap je, puyerlah clerk, uruskan semua mak nenek sebab masuk wad. Tup-tup relatives datang dengan slumbernye nak minta AOR, nak keluar (nak dapat treatment kat kampung or nak gi swasta). Kami plak yang kelam kabut nak uruskan urusan dorang nak keluar plak, kena call specialist untuk maklumkan lagi, kena counsel lagi.
Yang paling menyakitkan hati kalo ada yang dengan berlagak cakap " takpe saya sign je nanti".
Berlagaknye ko!! kami yang susah, ko senangla sign je tau.
Memanglah tak salahkan semua yang minta AOR, faham ada yang keluar sebab kena jaga anak yang lain juga, ada yang under insurans dan nak gi swasta. Tapi better awal-awal sebelum masuk wad dah decide awal-awal tak mau masuk wad, kan senang. Kami pun tak susah. Dan yang minta tue, cuma bersabar dan jangan berlagak sangat.
Sabar je. Pelanggan sentiasa betul kan?
Selera makan kurang
Perasan yang selera makan semakin kurang sekarang, kalo berbuka makan kuih pun dah kenyang. Perut cam dah adapt untuk tak makan pun tak pe. Lupa plak nak timbang berat selepas 2minggu. Sekarang timbang je berat kat wad..hehe.tak yah beli penimbang berat.
Tidur adalah satu nikmat
ye!! selalu lepas berbuka sejak habis tagging ni, terus masuk bilik tidur. Nasi pun tak makan lagi. Nampak katil sahaja. Tidur sampai esok hari pun takpe. Tapi masa tidur dikongsi sikit dengan masa nak buka FB dan tulis entri di blog (orang lain ...FB pun tak buka sejak kerja ni).
Hikmah Berkerja Di sini
Mak: ada hikmah dok kat rumah kan?
(dulu aku kan nak sangat pergi jauh dari rumah, tapi ditakdirkan dapat hospital dekat rumah, siap berulang alik tanpa dok hostel sebab dekat)
Yelah, makan minum ditanggung. Baju dibasuh dan dilipat, siap masa aku tidur, mak masuk bilik gantungkan baju aku. Pergi kerja berhantar, balik kerja dijemput. Aku just pergi hospital je kerja aku dan balik rumah untuk tidur..hehe
Bayangkan aku dok hostel, jauh dari keluarga, Baju berbukit untuk dibasuh, bersahur dengan megi jawapnya sebab tak ada orang nak masakkan dan paling simple, berbuka plak beli kat kantin hospital (mahal), rumah plak akan tunggang langgang sebab tak kemas.
Promote Hospital Kulim
Saja nak promote bagi ramai HO baru yang bakal berkhidmat, silalah pilih hospital Kulim jadi pilihan. Lagipun sebelum nak start syif system, kami memerlukan lebih ramai HO. Ikut plan, dapat dalam seminggu dapat off sehari. Kalo nak 2 syif still dapat duit untuk oncall, so up to you, lebih baik oncall..hehe
p/s: entri tanpa gambar lagi..jangan boring baca yer.
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
oo keje kt hospital patut lah....
ReplyDelete@Kumbang Jingga
ReplyDeleteye.. saya
meh sy jadi HO....*tetiba*
ReplyDeletekak sol, ain mmg plan nak mtk hospital kulim nnti..huhu hopefully dpt nnti ^^
ReplyDeletehehe kan3. keje kat spital yang dekat dengan rumah sangat best. akak sy pon mcm tu. yg jd kuli kene buat kerje umahnye saye lah! die tak membantu sgt pon. penat en. agak2 k.sol mcm tu jgak tak? haha
ReplyDelete@chanz
ReplyDeletejom..tolong gantikan ksol..hehe
@a.s.m.a
ReplyDeletenak minta hosp kulim? kenapa?? hehe.
kalo minta cni insyaallah dapat..hehe.
sini leh jadi tempat pengumpulan ex-USM.senior pun ramai jadi MO kat hosp kulim.jumpa balik ngan dorang kat sni
@LynN LoLa~~
ReplyDeletehehe..ksol kuli kat hosp. kat rumah orang lain plak kuli.takpe nanti dapat gaji bayar gaji dorang la..hehe
slamat b'cuti doc..hehe ^^
ReplyDeleteplan nak mtak hospital dkt2 ngan umah je..yang dkt antara hosp sbrang jaya, hosp kulim ngan hosp taiping..hosp sbrang jaya, ada org ckp bz sgt..hosp taiping, aritu attachment kat ctu, ada HO kat ctu bgi nasihat,jgn mtak taiping..tggal hosp kulim je la hihi ok kan hosp kulim?
ReplyDelete@Atiqah Wadiah
ReplyDeletetrimas..bukan senang nak cuti ni..hehe
@a.s.m.a
ReplyDeletebuat masa ni ok la hosp kulim.tak tahula nak compare dengan HO kat hosp lain.masa elektif dulu pun HO kata besh kerja situ dan banyak belajar buat sendiri. depends pada orang kot. ada yang suka busy dan ada yang suka hosp kecil.
ksol suka hosp besar tapi dapat hosp kecik, maybe ada hikmah :)
Hosp SP? besh jugak..hehe