♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
Jabatan X-ray Hosp Sg Petani
volunteer bawa patient sebab nak tidur dalam ambulans :)
sebab tak dapat tidur semalam oncall
volunteer bawa patient sebab nak tidur dalam ambulans :)
sebab tak dapat tidur semalam oncall
Sepatutnya semasa hari ulang tahun kelahiran sendiri semestinya menyeronokkan
tapi tahun ini pagi-pagi aku dah rasa bakal jatuh sakit hari itu.
Badan rasa sejuk semacam dan tengah hari dah mula gatal hidung dan bersin tak berhenti.
Nak present kes pun berhenti beberapa kali sampai pakar Dr Sheila kata " please take medication otherwise u'll also get pneumonia from patient"
*pneumonia= jangkitan kuman di paru-paru
Tambah plak aku oncall plak semasa besday aku. Nak tak nak pergi gak farmasi ambil ubat selesema dan dah ambik satu biji kat bilik ubat wad sendiri.
Keadaan aku makin teruk disebabkan kena oncall di NICU dan SCN (yang beraircond 24jam).
Hingus cam air paip turun. Bayangkan nak ambil CBG patient, air hingus turun cair dan laju. Dahlah ambil darah kena tunduk muka.Takkan nak dongak.
Memang agak mencabar kesungguhan la oncall dalam keadaan sakit.Sangat melambatkan kerja.
Nak makan ubat pun tak boleh sebab ubat untuk selesema semua mengantukkan.
Dalam pukul 3pagi baru siap kerja (serius lambat sebab dok asyik tukar mask dan tukar tisu, serius rasa nak suction hidung sendiri sebab kahak + hingus banyak sangat).
Pergi tidur dan makan ubat.ZZZzzzzZZ
Terpaksa bangun awal sedikit memandangkan keadaan diri yang bakal melambatkan kerja. Bangun-bangun pagi lagi teruk sebab batuk sampai termuntah (Ya Allah, sakitnya tekak).
Nasib baik tak banyak darah nak diambil.Menggigil pagi-pagi pergi ambil darah baby.
Alhamdulillah baby yang diambil darah semua ok. Tak ada yang korang rasa cam nak cekik sebab tangan dah bengkak sebab banyak kali cucuk.
p/s: doktor yang malas makan ubat. Harini akhirnya cuti :)
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
alala kesiannya ksol.. rehat cukup2 ye.. even mmg tak akan cukup rehat.. teeheee.. get well soon ksol! =)
ReplyDeleteyou know what, saya baru baik dari demam yang teruk.. nasib sputum cts/feme saya ialah normal spora je...kalau x teruk..huhu.. get well soon.
ReplyDeletehappy belated birthday..akak pun demam jgk dah dua hari. check ok je, cuma tak digalakkan keluar sebab skrg tgh jerebu.
ReplyDeleteloratidine tak mengantuk utk selesema..
ReplyDeletehahahahha..
btw hepy belated bufday.
kerja elok2...
@Fadzleen Ezyani
ReplyDeletethanx banyak2. sekarang suara still serak sbb sakit tekak
sampai MO marah suruh minum air.
pergi minum air pastu sambung present case balik.
wah.. terseksa hidup kalo sakit
@Fatin Sakura
ReplyDeletewah.siap ambil sample sputum ke?
ksol hantar pun sure positive dari pesakit..hehe.
@eiela
ReplyDeletethanx for da wish. tak keluar mana pun just gi hospital dan balik.tak perasan pun ada jerebu..hehe
@Outsiderz
ReplyDeletepernah try loratadine
tapi untuk ksol dia menjadikan kaksol khayal dan tido mati sampai esok.
tue sebab tak suka makan ubat. banyak ubat xsesuai
lama tak jenguk...haha cayalah ksol sibuk2 pun sempat blog! xD
ReplyDelete