http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, September 16, 2011

Disaster!!


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Sejak awal minggu ni, aku dah berpindah wad. Sekarang in-charge neonate (baby-baby) terutamanya yang demam kuning (jaundice).

So, pagi-pagi ko macam start otak mengira umur baby (berapa jam sejak lahir) dan berapa level kuning baby tue mengikut jam dan hari. Siap ada jadual sebagai panduan.
Dahla aku bab mengira ni payah bebenor sebab otak berkarat dari nombor-nombor ni.isk!

Tapi aku bernasib baik di'couple'kan bersama kawan baik aku sejak aku start kerja kat sini, Dr Wong. So, kami berdua incharge wad 1 bersama. Dia incharge pesakit AGE (sakit, muntah, demam dan lain-lain) dan aku incharge baby.

YES! dua orang sahaja kami in-charge wad ni.
Nasib kami dua sejak awal memang ada chemistry kerja bersama, so kerja senang bergerak.Bayangkan kalo ko kerja dengan orang yang tak 'masuk' dengan ko, sure kerja cam lembap kan.

Sejak masuk wad ni, jangan berangan yang ko dapat balik awal sebab baby yang jaundice akan datang berduyun-duyun pukul 1,2 petang dan of course nak clerk dan ambik darah (present lagi) akan mengambil masa. Masuk pulak bukan seorang dua, tapi lebih dari 10 pun ada.

Tadi memang DISASTER sebab 13 baby masuk (tak termasuk yang datang dari klinik luar sebab demam kuning).
Pening sebab dengar ramai sangat baby menangis, nurse plak sibuk key in data pesakit, adik-adik nursing timbang berat baby, relatives plak masa tue la sibuk nak tengok baby la.

Tulis laju sampai tak nampak tangan


Sampai cot (katil baby) tak cukup, lampu untuk kuning tak cukup. Pastu dapat plak kol ada lagi baby yang nak turun dari wad O&G. Nurse dah desak aku kol MO (senior) sebab wad packed dan dah tak cukup cot.

Aku pun kol la MO
" doctor, just want to inform u, currently NNJ baby already 21 baby and cot already finished, no more cot available"
pastu, boleh MO aku jawab aku camni " Abes? nak saya beli cot ke?"
(dalam hati) hampeh tul, aku nak inform tolong jangan terima pesakit lagi, letak kat wad atas.

Memang tak membantu langsung. Aku dua orang memang dah pening abes mana satu dah tengok dengan yang tak sebab muka baby semua cam sama je..hehe.

Paling best, MO datang, dia lagi pening (haha, padan muka!). Pastu baru dia kol suruh masuk wad atas je kalo ada baby nak masuk lagi. Aku bagitau tadi tak mau. Aku yang dewasa ni pun rasa congestion nak bernafas.


Tapi ada plak baby yang masuk sebenarnya tak perlukan lampu (phototherapy pun).Masa tue, rasa nak discharge je patient yang OK.


So, hari ni, jadual kerja sampai pukul 3.30 petang tapi dapat balik pun dah pukul 6petang.Hehe.
Ye, jadual kerja memang tak strict, balik lewat WAJIB, balik awal TAK BOLEH!.

Tulis passover plak

Itupun sebab nak siapkan passover, takut kawan yang oncall pun kelam kabut sebab wad penuh cam tue.

Kawan yang oncall hari ni, Dr Asma (harap ko tak jonah malam ni)


So, siapa-siapa yang rasa dia tak tahan stress terlampau atau tak sanggup nak kerja lebih waktu tapi tak dapat claim, DOKTOR bukanlah pilihan kerjaya korang. Silalah pilih kerja lain :)



P/s: sejak kerja ni, tulisan makin buruk sebab nak cepat. Semua kena cepat, makan pun cepat, solat kena cepat, gi tandas pun tak leh lama-lama




jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. saya baru habis semester rotation pediatrics and OnG, sekarang jenuh tengah study untuk final, termasuklah semua bab neonate. Seronok baca cerita Dr. Sol! :D

    yang call MO pasal ward penuh tu lawak. hehe.

    Selamat bekerja! inspirasi kepada kami yang tengah belajar :)

    ReplyDelete
  2. gud luck untuk final yer..

    welcome zaman bekerja yang lagi hura-hara :)

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...