♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
Bekerja di hospital adalah sangat janggal jika tidak bertemu situasi dengan orang yang pengsan dan bakal menemui maut.Situasi yang sangat kritikal dan sangat kelam kabut.
Setakat ini, belum lagi pesakit sendiri menemui ajal di depan mata. Mungkin juga trauma kalo kita seorang diri pastu pesakit collapsed (maybe aku akan jerit dahulu minta bantuan).
Dua hari lepas, klinik pakar perubatan berhampiran dengan wad aku bertugas sekarang kecoh. MA (medical assistant) berulang alik datang wad nak pinjam ubat. Sedikit musykhil disebabkan muka masing-masing semua cuak dan dalam keadaan tergesa-gesa.
Meminjam resuscitation beg, jadi sudah tahu ada kecemasan berada di sana. Aku terus mengajak rakan sewad, Dr Wong pergi membantu memandangkan belum ada kes baru di wad.
Sampai di klinik bersama seorang lagi nurse baru.
Satu tubuh kaku di atas katil dan seorang sedang menekan-nekan berulang-ulang kali dada lelaki di atas katil itu (CPR sedang dijalankan). Bertukar-tukar orang yang membuat CPR bergilir-gilir.
CPR
Tanpa berlegah masa, aku terus capai glove untuk membantu melakukan CPR (setelah melihat orang yang bergilir-gilir membuat CPR sudah keletihan, mungkin dah melakukannya berulang-ulang).
Aku yang memakai baju kurung memanjat katil untuk melakukan CPR. Masa tue, ingat nak buat tekanan ke dada dengan berkesan sahaja.Berusaha nak selamatkan pesakit.
Semasa dekat dengan pesakit, dapat aku lihat, mata pesakit dah fixed dilated. Melihat kepada cardiac monitor sahaja sepanjang melakukan CPR. Setelah penat bertukar tangan plak kepada orang lain.
Selepas itu aku membantu ambu-bag pesakit.
Berasa paling dekat dengan telinga pesakit pada masa itu.
Seorang doktor senior di situ, " soleha, tolong ajarkan dia mengucap".
Disebabkan keadaan agak bising, aku dekatkan mulutku di telinga pesakit. Berulang-ulang aku ajar dia mengucap.Tiada respon sehingga la kali ke-3, mulut pesakit bergerak kecik dan tangan dia bergerak sedikit. Aku kurang pasti samaada ianya refleks atau apa. Tapi diharapkan sebelum pesakit menghembuskan nafas ketika itu dia berjaya mengucap kalimah Syahadah.
Selepas itu, semua kerja membantu pesakit dihentikan memandangkan sudah lebih dari 45minit melakukan CPR (selalu dalam 30 minit melakukan CPR, pesakit akan ok).Pakar dari perubatan juga sampai semasa itu. Aku pun menanggalkan ambu bag dari ETT pesakit setelah pesakit diistiharkan meninggalkan dunia.
Menanggalkan glove dan balik ke wad semula.
Isteri pesakit juga sudah dipanggil selepas pesakit pengsan tak sedarkan diri.
Selepas itu, mendapat berita pesakit baru berumur 37tahun. Agak muda dan isteri pulak sedang mengandung.Ahh, kesian kepada keluarga pesakit untuk menerima dugaan sebegini.
Ya, sebelum ini,semasa student aku pun beberapa kali membantu melakukan CPR pesakit di wad terutama di wad medical.Biasanya student hanya tengok dan mungkin terkejut.Tapi aku lebih suka menyibuk untuk membantu apa yang boleh. Apa-apa pun, selamatkan diri sendiri, pakai glove dan protection (kita tak tahu pesakit sakit apa, walaupun nampak cam kita berburuk sangka tapi kita try menjaga diri).
Walaupun kadang-kadang sedih tak semua pesakit dapat diselamatkan, kami dah berusaha sehabis mungkin membantu pesakit tapi sememangnya kita semua tidak dapat melawan qada dan qadar yang sudah dicatatkan.
Kepada keluarga arwah, takziah diucapkan.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
p/s: aku tak menangis pun semalam tapi semasa menaip mengajar pesakit mengucap tetiba rasa sebak. Nurse baru yang ikut aku tadi trauma sebab 1st time tengok situasi cemas sebegitu.
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
0 pesakit datang ambik MC:
Post a Comment
rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)