http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Tuesday, September 06, 2011

My First Raya as Medical Officer

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. (raya kan sebulan...hehe)
Tapi puasa tak cukup sebulan, nak raya sebulan..hehe

Seperti kata-kata senior, mesti masa housemanship kena raya kat hospital sahaja. Situasi itu memang memang akan dijangka. Tapi semasa meeting untuk raya, kami yang menyambut raya diberi satu hari cuti off record, aku yang tak apply cuti raya menggantikan cuti hujung minggu aku ambil sebelum raya ke hari raya ke-2 (dapatlah cuti 2hari raya)

tapi ironinya, aku terus kerja dan oncall pada hari raya ke-3 (wahhaaa!)

pergi kerja pakai baju raya, semangat tak (hijau gitu..hehe).

Raya di Perak
Malam sebelum sehari sebelum raya, aku oncall dan keesokkannya boleh balik awal.
Lepas balik kerja, bertolak ke Perak untuk beraya.
Sempat bersembahyang raya di Masjid Chemor dan pergi beraya di rumah makcik-makcik dan pakcik, pak menakan di Chemor

Apa yang pasti, aku rasakan raya tahun ini kurang meriah berbanding sebelum-sebelum ni. Mungkin disebabkan kurang dapat duit raya disebabkan dah kerja (hehe).

Oncall di Hari Raya
Satu perasaan yang menyedihkan. Mood raya still ada walaupun di dalam wad. Wad plak dihias dengan hiasan raya.
Tapi bersyukur jugak sebab dapat jugak merasa 2hari cuti raya daripada tak ada langsung.

Pesakit biasanya tidak masuk wad beberapa hari sebelum raya dan ada yang minta AOR (at-own risk) discharge. Wad agak lenggang beberapa hari sebelum raya (serius sangat boring bila jadi camni, sampai tak tahu buat apa dan ambil masa terluang bergosip tak pun tidur..hehe)

Tapi selepas raya, wad pun cam buat rumah terbuka.
Pesakit ramai yang datang sebab selsema, batuk dan masalah kesihatan yang berjangkit daripada orang lain semasa raya. Budak kecil senang nak jadi lagi teruk.

Kebanyakkannya jangkitan kuman dalam peparu (pneumonia) dan asthma (sebab firework dan minum air ais masa raya).

Serius korang akan terer gila intreprate Chest X-ray (yang dulu masa student terkial-kial skema nak baca chest X-ray).

Berat Badan
rasanya berat badan yang turun semasa puasa naik balik masa raya pertama..haha

Rumah terbuka
Semenjak raya, setiap hari aku akan memenuhi jemputan rumah terbuka rakan-rakan sekolah dulu. Kalo tak oncall, memang tiap-tiap malam keluar rumah. Walaupun postcall semangat pergi Sungai Petani (yang menganbil masa 1jam) pergi rumah terbuka rakan MRSM Langkawi dulu.
Sejak kerja ni, hubungan dengan rakan-rakan sekolah makin rapat.


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

4 comments:

  1. meshti kak sol penat kan..
    amboiii open house.. mesti makin cumel nie..ehhehe

    ReplyDelete
  2. seronok tak ksol? kakak saye dapat cuti seminggu. hee. puas berhari aye bersame :D

    allthebest ksol. lepas ni sy plak nak naik tahun3. seram T___T

    ReplyDelete
  3. @gula GODA
    ksol memang dah sedia ada comel ni main comel la..hehe

    ReplyDelete
  4. masuk tahun 3, xleh gi dating selalu yer miss lynn..hehe

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...