http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Thursday, October 20, 2011

Houseman Life !!




♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Tak sabar nak cuti lagi :)


Apa khabar semua pengunjung blog ni!!
Ceh perasan ada orang singgah blog ko yang buruk, lama tak update dan tak berilmiah ni..hehe

Saja nak update pasal hidup HO (houseman = kuli hospital ni). Walaupun tak ada yang nak baca luahan di lubuk hati ni.

Pagi cam biasa pergi kerja.
Setakat ni semangat pergi kerja still ada. Tapi kalo hari sebelumnya cuti, rasa malaslah sikit nak start kerja balik (hehe..so, kena kurangkan cuti kan.betul tak?.hehe)

Ada gak kawan-kawan HO lain yang masuk kerja je muka cam tak cukup makan. Dahla datang lewat. Geram pun ada. Kalo dia datang lewat, lambat review pesakit, nanti MO datang, marah dia dan tempias kemarahan pun sampai kat kita. Seriously cam *&^*&*#%. Mood memang lari habis la hari tue.

Memang antara rakan sekerja mestilah wujud rasa tak puas hati kalo ada je yang hilang dari tugas dan curi tulang. Ini memang tak puas hati betul aku!! Kadang-kadang aku sebagai senior (cece..dah 2bulan lebih kira senior posting la kan..hehe) tak sanggup
lah tegur kawan sendiri. Kadang mengumpat belakang-belakang je. Memang kerja banyak tapi kalo boleh siapkan kerja sendiri dulu.Aku paling tak tahan kalo buat kerja orang tapi kena
marah. Seriously cam *&#% (sorry banyak plak mencarut hari ni). Buat baik dibalas jahat. Memang tak puas hati.
Sekarang aku rela habis kerja sendiri dulu baru tolong kawan lain. At least kita tak kena marah sebab tak siapkan kerja sendiri. Dan tak payah ringan tulang sangat. Dah habis kerja, pergi berambus cepat-cepat..hehe

Marah dan kena tegur memang la biasa buat kami yang pelatih ni. Kalo nak tahu knowledge HO memang rendah sangat berbanding medical student. Tau kerja..kerja..kerja. Study tak pernah ada dalam kamus (ceh, camla masa student ko study :) ).

Kadang-kadang nurse plak bising pun ada.Semuanya silap HO. paranoid sih. Tapi aku paling suka oncall dengan staff nurse yang buat kerja tanpa disuruh dan tolong kita. Kadang-kadang line baby bengkak, memang HO lah kena set balik tapi dia tak panggil pun aku set balik, dia buat je sendiri tanpa kata. Wah,aku suka kakak tue.


Ada seorang MO aku ni, sukala panggil nama aku dengan nada tinggi "SOLEHA!".Padahal aku sebelah dia je kot kat meja tue, sampai nak kena heart attack dengar nama sendiri. ISK!!.Tapi depan pakar takde la plak dia panggil nama aku kuat-kuat. (bodek la tue :P)

Tapi kalo dengan MO lelaki memang leh bergurau senda (umur pun lebih kurang sama je). Gelak-gelak.Dia marah aku pun marah balik (sure melawan je). Dengan MO tadi, jangan haraplah aku dapat melawan (diam dan senyum je la). Rindu dengan MO-MO yang dah
tinggalkan wad aku (mungkin nak tukar bidang), dorang sangat cool.

Kalo dapat bekerja luar wad sangat la besh. Contohnya aku volunteer nak pergi in-charge blood donation. Walaupun penat tangan mengepam BP set tue sampai biseps pun dah hypertrophy at least dapat kerja luar wad, sangat BEST!! Kalo dapat kursus berhari-hari pun besh, dapat rehat, dapat kawan baru dan dapat gosip..hehe

Adik-adik UniKL yang datang derma darah. Alhamdulillah 102 penderma berjaya dikumpul.Ramai gak adik-adik hensem di sini..hehe


Ni masa bersukaria masa kursus (setiap kali kursus ada exam..on da spot plak tue). bermain-main dengan tali pusat. INI bukan air versi baru yer..hehe

Kerja berterusan tanpa life memang tak besh. kadang-kadang curi masa lepas kerja pergi shopping, tengok wayang. Yang tak bestnya selalunya cuti tak sama dengan kawan-kawan yang lain. Terpaksa angkut adik teman tengok wayang..hehe. Tapi dia tidur plak dalam wayang..hehe.Hampeh tul cerita Real Steel puyer la best dia leh tidur..isk..isk.

Hospital Kulim memang kecil sampaikan gosip cepat je tersebar tambah-tambah kaki gosip banyak dari department aku.So, BEWARE!. Nak gak kenal sapalah orang yang berkenan kat aku tue..hehe (mungkin saya bakal mengecewakan orang itu).

Syif or Oncall
Mengikut pekeliling memang kena syif tapi hospital minta start STAT sistem oncall dan esoknya off (GREAT!!) tapi cuti tak boleh ambik masa weekend (BOOO). Oncall dua kali seminggu dan maknanya 8 kali sebulan dan elaun hanya rm600 (BOOO again).Dahla cuti tak sama dengan orang lain pastu tak boleh cuti weekend..memang sangat tak puas hati.Ahad ni dah start sistem baru dan kebetulan ahad ni aku oncall, so kita tengok camne plak sistem baru ni.Harap ada kebaikannya. Bukan aku kisah pasal wang, tapi asalkan ada kebaikannya sesuatu sistem baru dibuat
Sejak kerja berat rasa makin kurang ( BAGUS!) sampai perut pun kempis sebab tak sempat makan.dan HB (darah pun kurang *Tidak Bagus.Bahaya tul la kalo HB aku static low je camni. dibuatnya kena tambah darah, tak sanggup aku. (Doktor takut kena cucuk dan ubat)


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. whoaa mcm seronok je k.sol. hehe. siape yg bekenan kat akak tuh! haha. cepat2 jemput sy makan nasi minyak yer ;p

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...