http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Saturday, October 15, 2011

BAD Oncall



♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Minah dan mamat Gedik, Hantu wig pun ada.haha
Bersyukur ada korang bersama mengharungi liku-liku Paed :P


Terlalu banyak nak menulis di sini.

Tapi asal balik dari kerja je, katil empuk dah menunggu.tido sampai eso
k pagi, lepas tue pergi kerja balik dan cycle berulang semula (sangat bosan kan? buat kerja sama tiap-tiap hari..huhu)

Kadang-kadang shopping on-the-spot. balik kerja " jom gi shopping" selepas menghabiskan duit secara rakusnya, balik rumah, tidur jugak.haha

Harini pun sempat menulis sebab CUTI! (akhirnya cuti gak setelah berterusan bekerja sejak cuti konvo).

dan 2hari lepas oncall paling teruk bagi aku (orang lain puyer lagi teruk).
Rasa bersyukur tak termasuk dalam golongan yang JONAH (sila rujuk post sebelum ni pasal JONAH).
Tapi masalahnya malam tue, aku oncall dengan MO yang Jonah.
Setiap kali oncall dengan dia, memang predict yang hidup aku tak akan aman.

Oncall pulak di NICU dan SCN. Luckily aku memang bertugas di SCN dan kebanyakkan pesakit aku dah kenal. Nak review pun lancar je.
NICU plak dua pesakit sahaja (itu pun stabil dah). LEGA!

Dari pagi lagi aku dok standby OT dan labor room untuk baby-baby yang potensi lahir flat dan komplikasi. Tengah dok stand by, MO asyik menguji tahap pengetahuan aku pasal NRP (neonatal resuscitation) yang aku baru lalui 3hari lepas sahaja (dah 2bulan baru ada NRP..lambat kot!). dan paling beshnya, aku sendiri tak pasti aku LULUS atau tidak..hehe.
Tapi kalo ikut ke-tenangan aku dan ke-smooth-an aku buat Megacode masa exam haritue, potensi LULUS je (perasan).
Aku kan suka intubate.

Lepas exam je, setiap kali aku stand by, ada je baby with meconium stain. Intubate is my thing :P.Tapi nak dapat chance tue yang susah.

1st time oncall aku tak tido (ceh, orang lain pun ramai tak pernah tido..ko dah merungut).
Tengah basuh muka nak tidur, bunyi telefon bilik oncall.

"Doktor, line baby VR4 tercabut"
"Ok, saya datang" (dengan nada nak tidur)
Tak senang tul, baby yang baru beberapa jam lahir tue buat hal je. Ganas sangat. Ni dah masuk kali ke-4 dok pasang line dia je sejak dia lahir.

Dah siap pasang line. Nurse datang berlari-lari
"Doktor! ada baby flat kat labor room"
Berlari plak aku ambil kit kecemasan pergi labor room di sebelah NICU.

Baby tak menangis, Suction done, stimulate belakang dan kaki. WUUUUWAAA!
Nangis pun ko. Tapi baby dok nampak cam lali (tak mau buka mata).
Tanya staff nurse LR, rupanya mak dia sedated. Patut anak dia pun cam dalam alam kayangan je.

Masuk kat SCN for observation. Kerja bertambah lagi.

Tengah-tengah nak set line adik tadi, kes kecemasan lagi kat Labor room.
Berlari lagi ke sana.
Kali ni baby dah nangis tapi ada plak caput besar. Masuk gak kat SCN for observation takut SAH.
Baby tadi pun tak selesai, dah ada yang lain.
Mesin CBG plak asyik buat hal dan terpaksa berlari ke lab bawah bawa capillary takut clotted.

Lepas tue nak set line kat baby baru.Punya la payah. dapat ambil darah sahaja.Banyak tempat dah poke sampai 1jam dan aku surrender.Suruh saja MO set.

Bayangkan masa tue ko dah penat, tak tidur, otak dah blur, mengantuk dan kena plak set line baby dalm incubator yang kecik tue, dan sakit belakang sebab asyik tunduk. Memang nak set line masa tue, akan mengundang kemarahan yang amat sangat.Nurse pun set line tak dapat.So, takleh salahkan aku yer.

Sebab kecewa terus selesaikan ambil darah rutin pagi-pagi dulu yang berlambak lagi nak selesaikan.
Jenuh gak nak habiskan bila tangan baby semua dah bengkak dan lebam.
Suasana yang akan buat lagi korang geram.ARRRGGHH. Teknik dropping masa ambil darah adalah teknik terdesak yang selalu dibuat jika susah sangat. Memang haru biru oncall aku kali ni.

Kawan-kawan yang kerja pun dah datang. Terpaksa minta bantuan sebab banyak lagi darah nak selesaikan disebabkan baby-baby baru tadi dah tarik masa yang sepatutnya ambil darah.
Sangat tak besh bila susahkan orang. Kawan-kawan pun dah agak aku tak tidur (1st sebab oncall dengan MO jonah dan ke-2, tengok muka aku cam 'teruk')

MO Jonah tadi pun round dengan mood 'terbalik' dia. Habis semua orang kena marah.Ho tagging pun kena dengan dia. Aku yang dah biasa dengan dia memang buat muka slumber siap senyum tak ikhlas..haha."Aku pun postcall".

Mood postcall memang sangat tak best tambah-tambah kalo tak dapat tidur. Sampaikan aku lupa solat Subuh (tak sengaja..tengok jal dah kul 7.30pagi. " dah abis waktu ke? soalan bodoh aku tanya kawan-kawan aku)..haha surelah dah abis terang menerang dah kat luar. Masa cepat gila berlalu.

Mood aku agak kureng tapi still semangat buat kerja.

Lepas mandi, tukar baju yang penuh kesan darah baby, tangan yang memang tak halus ni pun banyak kesan darah (aku memang malas nak basuh tangan).Selekeh tul.Segar!! Keluar dengan muka make-up dengan eyeliner,blusher. Ini baru muka kerja aku!.

AKU kan FUN!!

Hari pun rasa pendek je selepas itu....Nasib baik ada kawan-kawan sekerja yang ngam dengan aku. Kaki gosip, kaki lawak, kaki main-main. Dahla banyak kali kena tegur sebab suka main-main, kami SENYUM je. haha. Nice to have them around :)

P/s: dah cuti tak tahu plak nak habiskan masa kat luar.still kat rumah tak pasti nak keluar mana..huhu

jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...