Bangun pagi
Berus gigi
Cuci muka (ops sori..dah jadi lagu plak)
dipendekkan, pergi kerja dengan semangat!!
(walaupun di sudut hati " bestnya kalo cuti hari ini,hehe"
sebelum pukul 7pagi sudah sampai di hospital, setelah melanggar segala lampu merah di sepanjang jalan dari rumah ke hospital.
Sejak bekerja, rasanya hampir setiap hari ada sahaja kesalahan lalu lintas dilakukan (boleh bagi alasan, saya ada kecemasan tak? hehe)
Segala sistem lampu isyarat pun dah dapat hafal. Rasa best berlumba-lumba pergi kerja pagi-pagi.
Rutin di wad
Masih lagi di wad neonatal jaundice (wad kanak-kanak bahagian demam kuning) sejak 3minggu lepas. Seriously cam dah leh jadi pakar jaundice plak sejak kerja kat situ. Tambahan plak pakar aku memang buat research jaundice.So segala guidelines memang dari dia.Isi segala forms memang rutin harian.
Pagi-pagi, review pesakit, tanya anak minum susu ok? cukup tak? berak dan kencing banyak mana? nak bawah lampu tak semalam?
siapa yang baby tak letak bawah lampu dan tidur sebelah mak, sure kuning naik dan tak boleh balik.
review result serum bilirubin (penanda tinggi rendah kuning). dan mak-mak akan happy gile bila kita cakap" kak boleh balik yer, esok cek balik kat klinik kesihatan"
cam nak menari mak-mak kalo dengar boleh balik
tapi tah sejak dua hari ni makin ramai plak baby kuning, sampaikan tak cukup katil,cot dan lampu.Sampaikan pakar kena turun .Aku sebagai 'kuli' memang tak leh buat apa, kalo dah MO suruh masuk.Walaupun ada je aku rasa tak perlu masuk sebab tak perlu lampu, cakap camtue je lah. sebab sebagai 'orang bawahan' tak leh buat apa-apa.terima sahaja dan clerk je semua case.Asalkan kerja selesai dan tak kena marah.
Kalo aku, discharge je senang.haha.
Nurse plak selalu mengadu kat kami wad dah penuh. Tapi cam mana aku sebagai houseman tak boleh buat apa-apa, just mengadu kat aku memang tak de hasil.Kadang-kadang aku bagitau MO, aku plak kena marah " Abes tue awak nak saya beli cot ke untuk baby-baby tue?"
Alahai, aku just inform je, yang ko tue masukkan baby melebihi limit wad dan keupayaan wad.Aku plak kena marah. Tapi bila MO tue masuk wad, dia yang gabra lebih, cam dah nak kena asthma attack tengok ramai sangat baby, baru ko nak kelam kabut nak hantar baby kat tempat lain:P.
Sejak tue, tak kira baby dah penuh sepanjang jalan masuk wad atau dah berkongsi-kongsi katil dan lampu, aku just selesaikan tugas aku. Clerk sampai abes, ambil darah dan manage pesakit. Kalo sesak, berhimpit tue semua tugas 'orang atasan' nak cari jalan penyelesaian.
Wad dah jadi sauna dengan phototherapy.Bayangkan pagi-pagi haba lampu biru tue boleh melencunkan baju aku. Tak perlu dah pergi spa mahal-mahal, dapat je kat wad.
Patient balik kena buat discharge summary (arini 16 pesakit balik..memang lenguh tangan nak buat discharge summary dorang..baru tau payah gak bila pesakit dah masuk kena isi macam-macam)
petang plak sibuk dengan pesakit baru masuk, selalunya refer dari klinik kesihatan atau wad bersalin.
Kadang-kadang ramai sangat, balik pun lewat sebab nak uruskan passover untuk orang yang oncall plak malam tue.
Dah selesai semua tugas,Balik..punch card dan ENJOY
ENJOY dengan kata lain, lepak dengan kawan, shopping, makan, atau TIDUR!!
tapi yang best adalah TIDUR! sampai esok pagi dan kitar hidup berputar kembali..
0 pesakit datang ambik MC:
Post a Comment
rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)