http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Saturday, February 04, 2012

Pesakit Kaki Kelentong

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥



Has Any Plastic Surgery Gone Wrong? Assured it Has!










Tanpa disedari sudah lebih dua bulan berada di dalam posting surgery, bermaksud lagi dua bulan lagi akan berpindah ke department lain untuk houseman. Alhamdulillah. Tapi itu pun kalo lulus viva la.

Secara jujurnya, masuk posting surgery ni, aku tak study langsung. Nak kata malas, ye (tepat). Nak kata penat (kadang-kadang je). Cuma masa kadang-kadang tak ada.

Disebabkan posting surgery kali ni, gunakan syif lain.Yang menyebabkan houseman-houseman akan datang kerja tiap-tiap hari dan tak dapat off selepas onkol (agak stress dengan sistem ini)

Samaada ko kerja pagi or petang. So, akan datang kerja ari-ari.
kalo syif pagi: 7-5 ptg
Kalo syif malam: 4-8pg (tp tak tentu leh balik)
dan Tanpa hari OFF melainkan ko apply cuti

Bukan untuk mengungkit, tapi masa rehat agak limit.Agak penat. Pergi kerja tak bersemangat penuh cam aku pergi kerja masa posting pead. Seriously aku rasa bersemangat membakar je kalo gi pead. Pagi-pagi dah bayang nak jumpa adik comel tue, nak usik adik ni, nak discharge adik sorang lagi.
Tapi kalo kat surgery (orang dewasa) dengan banyak kerenah, mengada-gada (maaf. tapi memang ada). Terpaksa bersabar banyak melayan kerenah selagi kerja dapat disiapkan.

Ada satu kes, kakak ni datang dengan infected wound.Masukla wad surgeri wanita. Time tue aku jaga. 1st day, peramah nak mampus la kakak ni cerita dia masa aku buat review pagi. Sampai jenuh aku nak melayan pagi-pagi.Bagusla dapat patient happening cam dia ni.
Sekali ada satu time tue, tetiba dia sawan, kawan aku ni panik la ada orang sawan (kebetulan aku tak kerja masa tue), tapi yang lawaknya nurse sangat relax je masa tue. Rupenya nurse tau kakak tue memang camtu, tak ada orang nak sembang ngan dia, dia mula buat-buat sawan.
Tapi memang lakonan sawan dia BAGUS beb!!
Jadi!
tapi awal-awal tue, cam kuat je tonic-clonic dia dan lama-lama dia tak larat.dan sawan dia tue akan berterusan tanpa henti selama 5-10 min. GILA lama !! kalah sawan betul.
Pastu lepas cucuk dia akan serta merta bangun dengan segarnya bercakap cam biasa.
Kan agak tidak logik di situ. Orang sawan bangun sure takut, terkecut, tak pun mengantuk. dia tak.
Lagipun ubat yg cucuk tadi pun bukannya ubat betul. Just air (water for injection).
Kakak ni pun ada banyak allergic ubat.dan tahan sakit dia leh guna hanyalah Pethidine.Ubat lain dia tak main la. Ubat power je. Kalo dia kata sakit, cucuk je 'air'. Bukan dia tahu pun.

Memangla cam menipu treat pesakit dengan ubat palsu. tapi kalo pesakit yang menipu, tak ke sakit hati? Kami ni sabar je, dan berharap dia cepat-cepat keluar wad.

Ini baru satu kes, banyak lagi kes pesakit mengada. Tambah-tambah masa cuci luka (dressing). Kawan aku ada sampai hempas barang sebab sorang makcik tue. Memang mencabar kesabaran tul kerja wad surgeri ni.

Bersimpati jugak kat pesakit-pesakit yang mengada-gada cam ni disebabkan kurang perhatian oleh ahli keluarga dorang jadi camni. Ada nurse , doktor teman sembang, layan dorang (hanya hati je tahu). Sampaikan sanggup buat ambulan call nak datang hospital. Punya la suka masuk hospital. sanggup kena cucuk ambil darah.

Memang ciri-ciri pesakit GILA hospital.



TIP UNTUK MENGETAHUI SAWAN BETUL ATAU BUAT-BUAT:
Angkat satu tangan pesakit tinggi-tingi dan lepaskan cepat-cepat ke arah muka. Kalo tangan menampar muka pesakit, Memang Sawan betul. Jika tangan mengelak muka. ADA YANG NAK KENA (pesakit korang memang Kaki Kelentong). atau kata lain Pseudoseizure

p/s:Berharap diberi kekuatan iman dan keikhlasan dalam menghadapi kerenah pesakit disamping tidak mendatangkan keburukan kepada pesakit, diri dan rakan-rakan sekerja yang lain.


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...