http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Monday, June 11, 2012

Bos Panggil Masuk Bilik

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Pertama sekali nak bagitau, xsuka blogger versi baru ni, cam susah nak edit (hate it).

Buat sapa-sapa yang tak tahu, aku sekarang kat ortho department (bahagian tulang, patah-patah).

(perasan tul ada orang nak tahu..tak kira! aku nak bagitau gak :))

Cam masa lambat betul berjalan, baru dua bulan tapi aku dah tak sabar nak blah dari sini (hehe..kalo tak kena extend la).

Secara jujurnya, aku memang kurang minat bahagian yang satu ini. Tak tahu la orang lain kan. Biasalah kalo tak minat, kerja tetap kerja tapi minat nak tahu lebih dalam agak kurang. So rasa datang kerja, review patient, ward round dengan pakar, buat discharge, ajar patient jalan, pastu dah tak ada kerja... kalo ada pun kena buat dressing, wound debridement kaki-kaki diabetic tue.

cam pakar aku cakap, Ho macam Robot..haha (true )

pastu kira masa nak balik je..haha (memang department ni tak banyak kerja)...relax banyak.

berbalik kepada tajuk asal.
Kalo nak tahu, pakar (bos) aku tue garang! nak senyum pun takut.
semua HO pernah kena marah dengan dia tapi kan... dia suka HO lelaki je...
so, fikirla sendiri jantina pakar aku ni..hehe
sebab dia tak suka HO perempuan, sebelum masuk pun dah kena warning awal-awal dia tak suka perempuan dan akan selalu kena attack.

Masa masuk tue, aku lah paling junior, budak tagging memang selalu kena attack. berserah je. kalau tak tahu, diam je la..haha (cam biasa )

satu pagi MO aku masa round kata kat aku " Soleha , U kena berhati-hati, kami MO dah back up U"
terkejut aku..aku tau apa MO aku maksudkan, pakar aku ni target aku. tapi pasrah je kalo perkataan target = extend ( sebab miss ni suka extend orang..perempuan )

"Tapi I rasa dia tak suka U sebab U lawa" hahaha . nak tergelak plak rasa bila MO aku cakap cam tue. Ada yerk alasan camtu.

Aku pun dah dapat agak bila terkantoi dengan dia masa wardround. tak tahu baca X-ray puyer pasal dan puyerla percaya kat kawan aku punyer clerking sheet. dia tulis siap dah tengok ngan MO, so ingat dah betullah.. tapi rupenya tidak..Hampeh puyer terkantoi!
So, lepas ni sila la jangan percaya impression x-ray kawan dan buta-buta ikut sebab dia pun tak pasti.
Memang salah aku la hari tue.. Kesalahan besar la kalo salah baca X-ray kat ortho ni..
(walaupun dalam hati aku dah sumpah seranah kawan aku tue)

Semalam masa round, pakar aku panggil beberapa nama, dia nak jumpa pas round..
Berdebar-debar aku.. tak senang duduk (walaupun aku berdiri je).. dup dap dup dap. (dalam kepala EXTEND...EXTEND...EXTEND )

dahla kena masuk sorang-sorang plak tue.. gilaaa .. nak buat VIVA ke?? alamak malam tadi aku oncall, tak baca apa semalam..mampus..mampus.

puyerla pulun semak nota kecik aku buat cepat-cepat, puyerla nak absorb segala isi dalam tue, cam nak final exam la plak rasa masa tue..

giliran aku last plak tue, salam diberi (harap sejuk la hati dia).
soalan pertama : ada problem tak dalam ortho?
jawapan aku : gila panjang lebar sal kesukaran aku dalam mengingati nota ortho.
tapi dia just nasihat aku baca x-ray dengan baik. (yang ni je ke?? betul dia tak marah aku ke??)

dia siap bagi nasihat, kalo aku nanti kat KK, nak refer case sure nak kena pandai baca x-ray.

dan dia tau aku tak minat ortho dan aku tak akan pilih untuk further study dalam ortho ( SO OBVIOUS ), tapi at least dia nak aku pandai baca x-ray.

pastu dia izinkan aku balik  (wad la).

APA?? panggil aku just nak suruh aku pandai baca X-ray? OK! MISS!..cam pelik plak dia tak marah aku..aku mati-mati ingat aku dah kena panah kat dada dah sebelum masuk dan dia tak cakap pun nak extend aku (hope tak la).
mungkin jugak kena terima kasih kat MO-MO aku yang maybe dok back-up aku kat Miss..thanx korang.
ceh, cam ko tue ye-ye je tak kena extend kan?

tunggu je la dua bulan lagi....


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

1 comment:

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...