http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, July 01, 2012

Bila Jari Tangan Hilang Sekelip Mata

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Sepanjang posting Ortho ni (bahagian kaki tangan pendek kata)
beberapa pesakit aku jumpa cedera tangan disebabkan mesin.
Kira industrial injury dan biasanya masuk dalam mesin penggelek. Hancur terus tangan.
Disebabkan Kulim ni banyak kilang, peratus cedera dengan mesin memang tinggi.

Kalo tengok kat kecemasan, lencun kain ngan darah siap boleh perah.
Tangan Masyaallah,lembik terkulai. Ngeri.
Bila tanya : kena mesin
pesakit plak kebanyakannya orang asing: Myanmar, Pakistan dan baru-baru ni orang asli.

Biasanya pesakit akan dihantar secepat mungkin ke dewan bedah, nak selamatkan yang boleh diselamatkan.
Lagipun saluran darah semua mostly banyak dah putus, tendon pun sama.
Kalo saluran darah dah putus, tangan boleh jadi hitam (gangrene).
Masa tue, memang kena potong.

Pesakit baru-baru ni, tinggal ibu jari je. Jari lain patah dan kulit suma dah rosak.Lepas operation leh tengok tendon kat luar. Ngeri.
Dahla dominant hand: tangan kanan. Kesian sangat.

Dahla 1st attend patient ni aku: tengok dia relax je. mungkin nerve (saraf) pun dah terpotong tue la tak sakit.
Masa nak sediakan dia masuk dewan bedah puyer la susah. Nak set branula kat tangan kanan memangla tak leh. Tangan kiri plak dah bengkak. Terpaksa plak cari line dekat kaki.
Dapat set branula kat kaki..
Disebabkan kena buat cepat-cepat correction sodium kat adik ni. Nak kena ambil darah dan inform anaes sebelum masuk OT.

Pastu IV drip jalan tak cepat seperti diharapkan. Cari lagi line lain..
Jumpa besar puyer kat kaki.. Fuhhh!! laju!
Pastu bersorak bagila drip turun laju.Tapi adik ni memang threshold sakit dia tinggi, aku cucuk branula pun muka dia steady je. Kalo orang lain, at least muka berkerut dah.

Dipendekkan cerita, pesakit masuk dewan bedah untuk menyelamatkan tangan selagi yang mampu..
Akhirnya, ibu jari je tingan tue pun tak berkulit, jari lain (selamat tinggal).

Gambar?? Takut ada yang heart attack.

Pesanan buat pekerja kilang yang selalu handle mesin, sila la ikut peraturan keselamatan untuk mengelakkan kejadian tak diingini. Majikan juga perlu pastikan keselamatan anak buah anda di tempat kerja.
Aku rasa cam aku in-charge keselamatan pekerja la plak.



jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

  1. tragis gile nihh.aduhaii.
    tak cemas ke situasition cm tu,cm ne nak handle

    ReplyDelete
  2. Tak boleh compare dengan kecemasan pesakit jatuh dari bumbung, kepala tertoreh. Bila buka balutan kepala, oozing gile, darah memancut. Yang tue lagi terkejut!!

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...