http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Tuesday, July 03, 2012

The Old Me

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Semalam, ONCALL. Balik kul 2 pagi. Buat yang baru tau status ni, sila like FB Bling-bling kat sini. Kadang-kadang update di sana. Follow Me :)

HARI INI, off-day. So, tak kisah semalam balik lewat sikit bila teringat esoknya off kan?

Paling besh dapat lepak lama-lama depan laptop sambil menaip entri ini.



Agak-agak aku jadi camni tak? Prone to have obesity

Teringat zaman student dulu (ops..dah tua dah aku). Paling suka hari Jumaat, hari bersenang lenang.
Selain pagi-pagi rebut mesin basuh dengan semua penghuni Murni.Mesin yang kena bayar RM2.50 tue.Kalo tak mau beratur,pas solat subuh dah kena turun, pastu nak rebut ampaian gantung plak. Aku plak jenis tak suka ampaian yang bertutup, nak baju cepat kering di bawah cahaya matahari kononnya.
Padahal tuannya malas angkat sampai jadi sotong kering dah baju tue.

Pas dah kemas bilik, melepak depan laptop. Makan,minum, baca buku (konon giler) semua depan laptop.
Biasanya sebelum start hari jumaat, bawalah external hard drive aku yang dah nak full ni gi ''sedut'' cerita-cerita besh. Banyak gak lah supplier aku ni termasuk junior-junior sekaki sekapala. Rapat dengan junior bersebab (haha).

Pastu dok khatam semua cerita yang telah di'sedut' tadi. HAEVEN!!

Yelah, kononnya buku dok bersusun cantik kat rak, toleh pun tak.Kusyuk layan. (tolonglah adik-adik jangan jadi camni, merosakkan masa depan sendiri)

Kalo dah tak de benda nak layan, buka internet. 1st Facebook la.Stalker status orang lain, gambar orang lain.haha (cam tak de kerja).Letak status sendiri.
Pastu baca blog orang lain. Pastu tulis entri kat blog sendiri (dulu banyak gile masa nak cerita sal diri sendiri..gile poyo minah ni kan? Poyo-poyo aku pun, korang dok membaca sampai abis gak kan?? Sila mengaku..hehe)

FB: komunikasi yang melalaikan..hehe

Pastu  dok tengok ada orang like status aku kat Facebook tak. Ada orang komen status aku tak. Ada orang komen blog aku tak. Gila pathetic. haha. Konon ko tue fames cam blogger Malaysia, yang setiap saat ada je komen.Puiiit!.

Walaupun internet free USM dulu, tak la laju..laju lagi kura-kura.Konon upgrade, tapi cam tue gak lajunya. Pastu kalo ada budak-budak school lain cuti..INTERNET AKU YANG PUYER!! laju gile..KLIK>>KLIK DOWNLOAD.haha.
Tapi kalo time exam, lagi lambat sebab banyak student yang cam aku ni la.kena baca buku tapi dok khatam status kat facebook orang.

Dengan kelajuaan internet USM, kadang-kadang 24jam/seminggu dengan kata lain , tak pernah tutup laptop sebabnya sebelum pergi kelas, download cerita korea. Pastu keluar bilik, tengah download lagi (kan lembap tadi)..balik kelas kul 5ptg, tinggal berapa peratus lagi. Pastu malamnya dah keluar episod lain..download lagi..so, bila aku nak tutup laptop bila asyik mendownload..haha. Sebab download dengan streaming lebih kurang je masa menunggu. Baik download terus.

Sepanjang aku kat USM  2 laptop aku meletup..haha.Satu jenama apa tah, aku beli dari kakak kawan aku tue, rosak pastu dah abes warranty, tak leh pakai. Pastu tukar toshiba, rosak screen, gelap tapi ada suara. Nak tengok cerita korea tak lepas sebab tak dpt tgok subs.haha.
Pastu dah pokai nak beli laptop, pinjam je laptop adik. Pas dah abis USM, adik yang masuk Royal Perak Medical Collage plak guna. Kira cam khazanah turun kemurun dah plak laptop tue.

Walaupun hari ni hari Selasa, tetiba aku rasa cam hari Jumaat. Yelah, duduk depan laptop sejak bangun tido (siap halau adik aku yang dok main game internet..haha.suruh dia gi tidur plak).
Update blog, pastu semangat tunggu episode baru RUNNING MAN ep 101 keluar.nak cepat-cepat download,,weeee...

Not So Miss The Old Me..since sekarang pun leh buat lebih kurang sama, tolak kena berebut mesin basuh, pergi kelas, tambah pergi kerja. Tak payah buka laptop 24jam bila leh msg adik " RM dah keluar". Bila balik kerja dah boleh tengok.hehe

P/S:Tapi hari ni, nak gi mana? esok oncall lagi ni. Hari ni kena gunakan masa dengan baik (dengan habiskan duit?). 



jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

4 comments:

  1. Replies
    1. ooo pandainyer ainur, abes duit ksol nanti..haha.
      padahal dalam kepala dah fikir nak tukar spek baru. tp nak tangguh dulu la..hehe

      Delete
  2. doktor kan byk duett..go shopping go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada banyak..ksol kuli je..aritue xkeluar mana pun.dah lepak depan laptop terus melekat tak bangun2.haha

      Delete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...