http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Tuesday, July 24, 2012

Lets Get Naked with ....

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Lets Get Naked with Dermalogica.

Kempen Get Naked ni bukanlah nak suruh korang berbog*l ok (isk..korang ni otak kotor betul). Bulan-bulan puasa pun nak fikir benda tue.

Kempen Get Naked ni menggalakkan kita tak bergantung kepada alat-alat solekan tetapi dengan kulit muka tanpa solekan. Kira natural beauty kata orang.

Lagipun Dermalogica ni dihasilkan mengikut syarat yang ketat berdasarkan ‘7-No’, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alcohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori) dan ianya amat bersesuaian dengan keperluan kulit mereka yang senantiasa sibuk tanpa kira waktu.

So, bagi sesiapa yang allergik dengan certain bahan dalam produk bolehlah try guna Dermalogica.

Kempen ni pun aku terjumpa masa tengah usha blog-blog orang. Dermalogica bagi free satu botol travel size microfoliant tapi nak free kena datang ambil kat certain-certain tempat. Disebabkan aku di Kulim, dekat dengan Penang, aku isi dua tempat : Gurney dan Sunway Carnival. Tapi tak sempat nak pergi Gurney, aku gagahkan diri puasa-puasa pergi Sunway sebab nak join Get Naked ni.

Memang tak rugi beb!!

Aku tak taya plak nama dia, consultant skin kat situ. Thanx layan saya :)

Dermalogica Sunway Carnical Pod yang baru buka. Open gitu




Pemeriksaan kulit dijalankan, selidik kulit kita kering, oily ke,combination. Secara jujurnya, aku berkulit kombinasi, berminyak di bahagian hidung dan kering di pipi.Susah gak nak jaga kulit lain-lain tempat ni. Nasib baik ada Dermalogica, aku dah pakai dalam 5-6 bulan camtu, tak salah.

Selepas diperiksa, diberi set-set yang bersesuaian dengan kulit kita dan upacara membersih muka terbuka bermula


Disebabkan aku pakai shawl, susah gak dengan awning plak, dia siap tarik tudung aku belakang lagi.. but I still managed but still covered.


1st buang segala makeup yang ada. Nasib aku hanya pakai BB cream je datang. Kalo foundation, jenuh nak buang.

"Miss, mau buang eye makeup tak?"
"can.." dah alang-alang, biar naked semua.
" U pakai maskara waterproff ke?"
"eh, I tak pakai maskara pun, I just pakai eyeliner je"
"oh, ye ke? eyelashes U lawa, I ingat pakai maskara..panjang oo"

Maskara aku dah kering rasanya, sebab dah lama tak pakai.Sekarang just pakai eyeliner je. Lagipun nak solat, susah nak tanggalkan maskara. Biar natural je.

Bermula cuci bahagian mata dulu dengan cleansing special untuk mata and lips. Kawasan ini memang lembut, tak boleh kasar-kasar.






 




0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...