http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

Ikan Keli HARAM dimakan

sumber dr http://bit.ly/c27PrG


Ikan keli @catfish yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.


Perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan Syariat Islam kerana Rasulullah s.a.w. menegah orang Islam memakan daging binatang yang memakan najis atau diberikan makan najis.

korang pun tau keli makan najisnya sndiri, adakah kira haram dimakan juga??sebab antara diet keli itu, adalah najisnya sendiri...

Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan;


نَهَى رَسُوْلُ اللهِ عَنِ الْجَلَّاْلَةِ وَ أَلْبَاْنِهَاْ


“Rasulullah telah menegah dari memakan al-jallalah ( yakni binatang yang suka makan benda kotor dan najis) dan menegah dari meminum susunya”.
(Riwayat imam-imam hadis kecuali Imam an-Nasai. Hadis ini dikatakan hasan oleh Imam at-At-Tirmizi)


Maksud al-Jallalah dalam hadis di atas menurut ulamak ialah; “Haiwan yang suka memakan benda kotor dan najis sama ada haiwan tersebut lembu, unta, kambing atau burung/ayam”. (Subulussalam, Imam as-Son’ani, jil. 4, hlm. 102).


Bagi sebahagian ulamak, larangan dalam hadis di atas adalah larangan makruh sahaja iaitu digalakkan agar tidak memakannya. Namun ada ulamak yang berpandangan larangan tersebut memberi makna pengharaman; yakni diharamkan memakan haiwan yang suka memakan najis atau diternak dengan diberi makan najis. Antara yang mengharamkaannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Menurut Imam Ahmad; haram memakan daging dan susunya hinggalah ditahan dan diberi makan (makanan suci) selama 40 hari.

Daging haiwan al-Jallalah tersebut tidak akan menjadi bersih atau suci dengan membasuhnya sahaja atau dengan memasaknya atau dengan dicampur rempah-ratus supaya hilang bau najis atau bau busuknya. Akan tetapi ia hendaklah ditahan selama beberapa hari (dengan diberi makanan yang suci) sebelum disembelih. Hanya dengan menahannya barulah hukum makruh atau hukum haram tadi akan terangkat.


pegawai JAIS berkongsi, katanya, keli yang perut bawahnya warna hitam, haram di makan kerana di beri makanan sumber daripada babi.. pilih yang halal, jauhi yang ragu2..
tapi biase kat cafe..suma dah dimasak..so camne plak nak tahu kan??
lagipun kwn2 aku suma suke keli (aku berkecuali)

wallahua'alam

untuk tahu lebih lanjut pergi ke iLuvIslam

ikan keli @ catfish kat cafe mmg laku..abes je sokmo..tapi antara yg aku bace kalo keli dr kelantan terselamat lagik dr diberi makan najis babi..wallahua'alam

aku mmg xmakan ikan keli..satu family kot xpernh..kat umah ayah aku xpernh beli..
lagipun pengalaman aku dok sabah mase kecik menyebabkan aku geli nak makan ikan keli
sbb ikan keli kan dok 2 alam pastu dia makan najis (aku tgok ngan mata aku dia makan najis)..so sampai sekarang aku terbayang wajah2 ikan 2..(kalo btul 2 ikan keli)..sbb mase kat umah kawan mak aku 2 atas air..tandas dorang just lubang je..haha

sori.kalo certa kat korang benda menjijikkan..tapi..aku trauma smpai skrg..sbb ayah aku xmakan aku xtau plak..kalo ayah xpernh beli...1 family xmakan..aku plak jarang nak makan benda2 yg aku xpernh sentuh

bukan takat ikan keli..buah,sayur yg disiram najis khinzir pun haram gak, takutnye bile ade org2 (non-muslim) buat cara mudah nak kaya..Kena berhati-hati apa yang masuk ke dalam badan; Akan jadi darah daging.

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...