http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, June 19, 2011

Ayah & Rotan

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

ada ke patut Lynn request aku buat entri bagi dia gelak..hehe (nanti tunggu kaksol masuk Maharaja Lawak la)..mentang-mentang lawak entri Bihun kaksol jadi Putu Mayam tue kan.


Sebelum tue, nak wish Selamat Hari Bapa kepada Ayah, Abd Malek Mohamad Noh, pakcik-pakcik (Johor & Perak), cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan yang dah ada anak beranak pinak :) dan yang akan bergelar ayah.

Banyak betul memori dengan ayah dari Kecik sampai Besar
tapi masa kecil la paling INGAT! (sampai mati dan akan cerita kat anak cucu aku nanti )



1) aku selalu kena DERA
betul!! aku selalu kena dera dengan ayah aku. Silap sikit je mesti kena pukul..huhu (T__T)
nasib baik la zaman dulu tak ada talian Tele-Dera, kalau tidak, sure aku kol dan cakap ayah aku dera..huhu (ayat propa je ni)

Ada sekali tue, aku teringin nak beli aiskrim dekat pakcik jual naik motor (masa tue aku tadika rasanya) dan masa tu, aku still tinggal kat Sabah.
Dah ayah aku masa tu tak ada kat bilik dan aku naik almari cari duit syiling atas almari (aku agak ganas dulu).

Sekali, Kantoi la plak!!! aku ambik beberapa sen masa tue.
Ayah aku dapat tangkap aku MENCURI!! (masa tu, mana tau perkataan mencuri tu apa kan)
Pastu ayah aku ambik pembaris panjang (OK! pembaris hitam panjang kepunyaan ayah aku tue agak tebal dan aku tak pernah lagi nampak pembaris cam ayah aku tue kat mana-mana kedai)
dan pembaris tue amat digeruni adik beradik aku sebab dah berjaya membunuh lipas!

Masa tue, aku dah menunggu hukuman sebab ayah dah ambik pembaris hitam dia, nak melibas tangan kecil aku sebab hukuman mencuri (aku dah menggigil satu badan dan tutup mata masa tue)

sekali kawan ayah aku panggil ayah aku luar rumah!

ayah aku turun dan pergi kat ayah aku..terbingkalai sekejap nak rotan aku.

tapi masa tue aku dah nangis , teriak semua walaupun tak kena pukul lagi pun.. WARRRRGGGHHH!!! (nangis sampai keluar hingusan budak-budak)

korang mesti aku dah selamatla kan sebab kawan ayah aku panggil. Sebenarnya Tidak.
Selepas ayah aku gi sembang, ayah aku sambung pergi Rotan aku (depan tangga)..nangis tak berhenti aku!..haha

dalam ingatan: MENCURI TAK ELOK NANTI KENA ROTAN!! (budak-budak punya fikiran)

paling aku jeles, adik-adik aku sekarang yang kecik mana pernah kena rotan dengan ayah aku cam dulu..TAK PUAS HATI TUL., just marah je.


Sebab tue la aku sekarang baik kan..haha (perasan tul)


2) Ayah Menangis!

Sepanjang hidup aku, masa tue 1st time aku tengok ayah aku menangis.Masa tue, aku 7tahun (darjah satu) dan adik aku yang baru lahir tiga hari meninggal dunia.
Masa tue, aku nangis la gak sebab arwah adik aku meninggal (sebenarnya tak tahu sangat pasal mati masa tue).. tahu adik dah tak ada pastu kena tidur kat kubur, dan adik akan pergi Syurga.

Masa nak mandikan jenazah, masa tue ayah yang aku geruni tue menitiskan air mata. Aku masa kecik tue terkejut la kan, muka garang tapi hati lembut.Aku pun nangis sama tengok adik aku putih kebiru-biruan dimandikan dan dikapankan oleh ustaz yang mengajar aku. (ustaz aku tue muka dia cam Nik Aziz).

3) Ayah Dukung

Dulu aku suka tertidur depan TV pastu ayah aku akan dukung aku masuk bilik.Tidurkan atas katil. Kadang-kadang terbangun dah masa kena dukung tapi tipu pura-pura tidur sebab ayah leh dukung masuk bilik (malas nak jalan)..haha (nak bermanja la tue)

Sekarang mana ada dah, aku dah berat. Ko tertido kat depan ruang tamu, tertido la kau sampai pagi..haha..sekarang tunggu suami je dukung..haha

4) Ayah Kaki Iron Baju

Ayah selalu marah aku iron baju tak elok (masa dulu, aku kena ironkan baju sekolah adik-adik aku). Kena iron sampai ada line lurus kat baju or seluar. Tue la aku sampai sekarang, akan iron baju setiap kali keluar (dah obses dengan iron baju) termasukla baju T-shirt. Sampai sekarang, adik aku yang kecik akan suruh akak dan abang dia ironkan baju kalo nak keluar (pakaian berkonyok adalah dilarang dalam keluarga aku)..hehe. Aku tak pernah iron baju ayah aku (takut terlari line seluar dia..mampus kena marah!)


p/s: sekarang ayah aku tak pukul aku dah. Sekarang dia pukul anak murid dia yang nakal kat sekolah as guru displin..hehe (guru digeruni di SMK *dot*dot) sampaikan aku takut nak naik bas sekali dengan anak murid ayah aku sebab takut dorang kenal aku dan balas dendam kesumat kat aku (Ngeri naik bas!)


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

2 comments:

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...