http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Wednesday, June 08, 2011

Terima Surat Peminangan

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Hari ini dapat surat dari si dia untuk meminang. Klasik ko..dengan surat warna putih.Perkataan Bold hitam dengan tulisan Times URUSAN KERAJAAN.

Surat untuk datang meminang aku untuk menjadi suri di sesuatu tempat yang masih lagi misteri. SILA JANGAN TANYA aku dapat peminangan dari orang mana, Perak? Kedah?
I LIKE MYSTERY! (sila nyanyi lagu mystery dari BEAST ..mystery,mystery,oooo sambil buat gaya senaman tengkuk)..hehe

Setelah lama menunggu pinangan dari si dia, di dia juga menunggu balas dariku..

OF COURSE la aku TERIMA kan. Siapa yang tak mahu bila jejaka idaman datang meminang

sorilah, jejaka korea lambat sangat datang meminang..hehe




agak-agak sapa la si dia yang misteri tue yer? anak raja? anak Tan Sri? anak Datuk..

mestilah anak Tan Sri, sebab pangkat U lagik tinggi dari Datuk..haha (ok, terpengaruh dengan lawak Matluthfi90)..siapa yang tak tengok klip video tue memang la rugi yaaaa amat.



KAHKAHKAHKAH

kata nak kahwin 20/12/2012? tak kan dah dapat calon dah?

ok, aku nak bagitau la ni sapa Si Dia ni. Korang mesti kenal punye

Si Dia adalah....jeng..


jeng..


jeng






pihak SPA ..ye aku terima surat lamaran dari SPA yang berwarna putih, bertulis Urusan Kerajaan.
memang excited la dengar bunyi posmen berhenti hantar surat depan rumah. Terus suruh ayah aku keluar tengok..surprise! memang surat untuk aku pun, ayah aku senyum je tengok anak dara tua ni terloncat-loncat mengalahkan orang nak kahwin.

hari tue, dah tengok kat website dapat jawatan, hari ni dapat surat. Memang JELAS dan nyata la kan?

kena hantar surat terima jawatan. Mestilah aku terima,abes ingat aku nak kerja lain ke? jenuh belajar dan terikat plak kontrak kerja dengan kerajaan lebih 10tahun. Kalo tak kena sedia RM 25 ribu, kalo tak terima..mana sanggup cek oooiii.

Penempatan kerja masih lagi jadi tanda tanya, so jangan tanya aku, aku dapat mana.Mungkin jugak Sabah , Sarawak.Hanya akan diumumkan semasa kursus induksi.

Sila la doakan dapat surat induksi secepat mungkin, sebab nak start kerja cepat-cepat!! please (ok, nak kahwin jugak cepat-cepat..haha)

Buat medical check-up (mak dan ayah tanya, eh kena cek gak ke?)~ aah, padahal aku cek sendiri pun leh kan. Pergi swasta je senang, kalo gi kerajaan, banyak tempat kena gi,lagipun kat sini kena buat kat Hospital lama..(bukan tak sokong hospital kerajaan, tapi kadang-kadang kena booked..Dari dulu pun, pergi swasta je :))

Angkat Sumpah plak kena buat kat mahkamah atau kat Majistret. Mak aku bagi cadangan, kalau kat Mahkamah tue, dorang cuti dan tak dapat nak sahkan, gi kat majistret kat (dot.dot) , tapi kena bayar la. (mak aku banyak duit nampak, nak suruh aku gi berbayar..haha.dah la pergi hosp swasta :)

siap aku tanya pasal tangga gaji semua kat mak aku. Yelah, mak aku kan kerja cikgu, ujian PTK semua LULUS, dan mestila dah arif pasal gaji-gaji ni. Best plak bile tengok gaji permulaan.HAHA! (link lampiran A)

ok, dah leh buat loan kereta dan rumah..kita perlu berfikir untuk masa depan.

p/s: tunggu pinangan calon dari Korea, naik pelamin 20/12/2012..haha


jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

4 comments:

  1. tahniah!! mintak sabah sarawak ker? ehehe. akak saye HKL. hee

    ReplyDelete
  2. @LynN LoLa~~
    tak minta, tapi leh je kalo dapat, HO kan ramai sgt.HKL? lynn orang mana?

    ReplyDelete
  3. @mohdhaidar
    hehe..suspen cam certa hantu tak??haha

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...