http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, July 31, 2011

Ambik darah kanak-kanak Lagi Senang dari orang Dewasa

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥



Hari ini Day 4 of life

ada 10 hari lagi untuk habiskan tagging (Tagging ini untuk yang baru masuk mana-mana posting untuk biasakan diri kat department or wad tersebut).
Selepas habis, boleh bertugas seperti biasa dan boleh mula oncall.

masa tagging : 6.30 pagi - 10.30 malam (datang masa gelap, balik pun gelap jugak).

Tagging preparation sebelum mula oncall seorang-seorang 1 wad. cam nightmare! banyak benda nak tahu untuk manage semua pesakit. dari A to Z kena tahu (history sampaila management).
Houseman di sini diberi kebebasan untuk manage patient.Masa round Medical officer or Pakar plak tengok.

Selain daripada itu, investigations semua HO(houseman) kena buat, dari nak minta appoinment ECHO, nak refer patient (kol segala jabatan yang ada), ambik darah, ambik urine (Yes, kami yang buat) dan plan semua, discharge summary pun sama.

Ditempatkan di Special Care Unit untuk kanak-kanak agak mencabar, dengan segala intubation, on ventilator. Buat masa ni aku start jaga pesakit Jaundice dan baby yang sedikit stabil.

Dan start belajar ambik darah untuk baby. 1st attempt failed! (frust gak, tangan kecik, nak cari vein, rasa tak confident sebab 1st time)
2nd time, MO datang nak tengok aku ambik darah
MO: confident ke tak?
aku: tak!! (sebab aku tak nampak langsung vein kat tangan dia)
MO: kalo tak confident tue, sure tak jadi
aku pun tercabar koott (aku baru 2nd day, masih belajar kot)
aku periksa tangan sebelah lagi.
aku dapat cari vein (vein kanak-kanak agak kecik dari dewasa)

dengan penuh confident (sebab tercabar beb), cucuk !

alhamdulillah, darah keluar dengan lajunya, menggunakan teknik drop untuk ambik darah baby dan masukkan dalam botol-botol darah (dengan angkat-angkat kening kat MO- isyarat aku leh buat la)

pastu semua baby hari itu aku ambik darah dorang, dengan seronoknya sebab semuanya berjaya. jadi addicted plak bila tengok darah.

kesimpulannya: ambik darah baby lagi senang dari adult.

tertipu gila sebab masa student ingat nak ambik darah baby SANGAAAAT la susah. tapi bila dah buat, memang senang (dengan teknik yang betul).

pesanan buat junior-junior yang bakal atau telah masuk clinical year, silalah ambil peluang nak buat seberapa banyak procedur yang ada, jangan hanya sebab nak isi buku log (walaupun tak buat pun, tulis buat..anda akan jadi orang yang rugi masa kerja)

Masa student, ambik darah korang kena expect betul-betul, pasang branula dengan kadar yang cepat. Practice makes perfect. Jangan malu mencuba dan bertanya (dulu belajar dari HO).
Masa kerja akan oncall seorang-seorang, kalo ambik darah berjam-jam, tak tidur la korang malam tue.

Selalulah jadi penyibuk kalo ada procedure, assist pun jadila.Kadang-kadang procedure student tak boleh buat, at least kalo korang pernah tengok dan assist, sure bila hands on, insyaallah korang confident boleh.

Masa kerja, tak kisah korang A student atau tidak semua sama taraf sebab sekarang kita nak manage orang yang betul bukan ikut buku sebijik-sebijik, sebab asyik kerja clerk dan manage yang memang korang tengok hari-hari sampai hafal (tapi untuk exam PRO, still kena study).

pada bulan September ada exam resus baby (teringat Dr Noraida dan Prof Hans yang ajar resus dulu) dan pakai modul yang sama dengan dorang ajar. Harap-harap leh recall balik apa dorang ajar sebab tak sempat kot nak baca buku.

Balik kul 10.30, rehat jap, tido, bangun gi kerja sampai malam (cycle berulang)

memang tak ada life (kawan aku pun terkejut aku kerja dari pagi sampai kul 10 malam)
itulah jalan yang aku pilih dan aku tak menyesal. Makin seronok dengan wad kanak-kanak yang dulu paling aku tak suka.

kena marah dengan MO adalah biasa, dia tegur sana sini just masuk telinga kanan ke luar telinga kiri yang silap betulkan tapi jangan simpan dalam hati nanti tension. Biasalah kena tegur. Pakar pun lagi baik dari MO.

walaupun sekarang hidup cam anti-sosial. hanya FB peneman (walaupun seorang HO lain tanya, aku sempat ke main FB? of course sempat..hehe). hubungan dengan rakan-rakan sekerja kena baik, jangan lari dari buat kerja, tolong rakan yang lain. yelah, kalo kawan tak siap kerja, kita plak dok termenung tak ada kawan sembang (hehe).

Aku rindu nak gosip-gosip. Houseman lain yang lebih senior agak skema dan serius (aku pun takut tgok muka serius dorang). ops, maybe aku je tak matang lagi, kan baru 4hari..hehe

jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)
klik sekali sehari :)

6 comments:

  1. thank you kak sol! sgt berguna ni. hehe.. lepas ni sy akan selalu menyibuk! :D

    ReplyDelete
  2. wah rasa termotivasi plak ni hekhekhek

    ReplyDelete
  3. wah..improvement..kawan Dr Sol yang kat sini pon nampak ade improvement gak ..dr Ghani n dr Anis.. haha.. tgh taging.. hehehe (suke kaco diorang ) :P

    ReplyDelete
  4. terime kasih untuk peringatn tu k.sol! allthebest ye!

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...