http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Monday, August 15, 2011

Houseman (HO) Vs Medical Student

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Stimulation class for HO
asyik aku je terpilih kena buat..haiyak!
yang ni turn kawan aku

Ward-mates: Dr Nee Nee tengah siapkan discharge summary sambil bergosip
Dr Cheah, doktor hensem dan single :)

My paed HOD, Dr Sheila yang cool




Sangat jauh berbeza..

Masa student antara posting aku tak suka adalah paed (kanak-kanak), aku rasa banyak gila kena tau cam untuk medical posting cuma ini untuk younger people.

Secara jujurnya, tak pernah khatam buku Sunflower (hehe). Walaupun buku tue berwarna-warni tapi sebab terlalu sayang, tak sanggup nak buka buku tue..hehe.

Tekanan masa study,masa student korang kena siapkan presentation, kena clerk cases, penuhkan buku log, kejar procedures, kejar MO minta sign, sambil kena study untuk mid-posting assessment dan end-posting assessment.

Dulu rasa tak suka nak masuk wad kanak-kanak sebab rasa tak suka tengok budak-budak sakit, nangis, pastu rasa cam terkongkong (dengan doktor,student medical,nurse). Rasa sesak kepala ramai sangat dalam wad yang kecil tue (silalah masuk wad kalo nak tahu).

Setiap kali masuk wad kanak-kanak masa student, sure aku akan demam (kena jangkitan dari budak), bukan aku yang jangkitkan kepada mereka.

Dan posting inilah yang aku rasa antara kelemahan aku.

Tapi setelah bekerja di wad kanak-kanak, aku makin menyukainya.
Rasa besh tengok baby-baby yang datang lemah tak bermaya pastu boleh bermain, senyum-senyum kat kita. Happy cam kitalah parents dia..hehe.

Seronok bila dapat cakap kat mak budak" kak, hari ni boleh balik yer".

Tak ada stress macam jadi student dulu. Walaupun korang rasa korang ni kurang bijak berbanding orang lain masa student dulu, tapi masa kerja semua orang pangkat sama je. Tak kira dia lulus exam dulu dengan grade A+ ke, masa kerja tak guna pun sangat knowledge A korang tue. Soalan yang ditanya oleh Pakar pun takla advance cam MO-MO kat USM dulu. Certain-certain yang important untuk certain disease untuk diagnose dan manage je kena ingat.
Tapi tak bermaksud korang tak payah study yer adik-adik. Study untuk PRO WAJIB!!.
Aku bab baca ni memang lemah la,suruh buat kerja cepatla.

Masa kerja memang tak buka buku pun..hehe.Asalkan rajin dan pantas bertindak.

Paling besh, MO tanya " Soleha, ada buku XXX tak?"
aku: "tak ada"
MO: " apa yang awak bawa?" (ayat memerli)
aku : " saya bawa diri je" (ayat balas balik tue, berani gile).

Certain MO baru (ada sorang MO tau plak nama femes aku SOL, so asyik panggil aku sol je),dengan slumber nak buat lawak,siap kalo present new case pun cincai-cincai je sebab cam member,kadang-kadang kami (aku je kot) selalu cadangkan buat kerja jahat dengan MO.

MO:"saya malaslah nak round"
(kalo MO tak habis round, or lambat round HO la yang lambat balik jugak)

aku:" tak pe, saya tulis seen by je yer" (tulis kat folder MO yang tengok walaupun itu just aku punya review )

MO:" ooo, nak buat jahat yer..hehe"
aku:" habis tue, cepatlah doktor, saya present cepat-cepat je, saya dah abis round semua dah"

Disebabkan MO diseret oleh aku, terpaksa la dia teruskan round. Memang masa tue, aku present express gila, discharge plan pun ikut suka hati aku.

Masa kerja, memang tanggungjawab besar nak decide manage patient. Aku rasa stress kerja hanyalah kat situ.Kadang-kadang tetiba suhu badan pesakit naik walaupun on paracetamol (padanol) dan staf nurse akan inform korang

" Doktor Soleha, patient bed XX suhu dia naik"

Walaupun Nurse tahu apa nak kena bagi kalo suhu tinggi, tapi dorang akan tunggu arahan dari kita. Apa yang kita tulis dalam folder, dorang akan buat dan catat.

Fobia bila nama sendiri dipanggil
" Doktor Soleha.." (sure ada benda yang kena buat) atau kita lupa buat sesuatu.

Tapi korang akan rasa menghargai benda-benda dan pengalaman korang masa student dulu, walaupun kadang-kadang ada benda masa student korang just tengok je, tak pernah buat tapi masa kerja memang banyakla benda korang kena belajar sendiri dan buat sendiri.


Tulisan aku di kala mengantuk masa night round.
Mengalahkan cakar ayam :P

Dan jangan terkejut senior HO pun akan belajar dari korang dan kita belajar benda baru bersama-sama.
Korang akan berbangga bila cakap " pernah tengok" depan orang yang tak pernah tengok (poyo)

Seriously benda korang tengok orang lain buat dulu, rupenya sangat berguna masa kerja.

Cam UVC (masuk klinikal year akan tahu), Lumbar puncture, pasang Ryle tube
(tak semua U lain belajar cam USM), buat ET (exchange transfusion), belajar resuscitation, bagi vaksin.

Korang patut berbangga banyak benda kita belajar dan terpaksa belajar dan buat masa kat USM. Banyak membantu semasa kerja, walaupun just menyibuk nak tengok at least dengan tgok lagi baik dari tak pernah tengok dan terus kena buat, right?

So, rajin-rajinlah menyibuk di wad :).

Tadi bagi MMR injection kat dua budak 1tahun. Comel gile. Mulanya aku ingat nurse la yang akan cucuk cam kat HUSM dulu, rupenya HO gak kena buat. Nasib baik masa posting district dulu pernah cuba, takla terkial-kial blur kat situ.


p/s: tetiba rindu balik pakar-pakar paed kat USM dulu.Dr Zilfalil, Dr Salmi, Dr Noraida dan doktor-doktor garang..hehe.


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

22 comments:

  1. adess! tulisan macam apa..hik3;) kadang2 pelangi ngantuk pon.tulisan cam HARAM jerk...hehehe

    ReplyDelete
  2. aii kak sol...cantek toolisannn..haha

    ReplyDelete
  3. oh, semua tegur tulisan 'cantik' ksol yer..hehe.

    tgh nak terlena masa tulis tuela, sekali MO panggil
    "Soleha~~"
    mati-mati ingat terkantoi MO tengok ksol tido,rupenya nak ksol ikut dia round.

    memang tulisan doktor paling buruk kan? ksol menjaga standard je..hehe

    ReplyDelete
  4. kak sol slalu buat saya rasa macam smangat nak belaja + nak jadi HO yang best nanti hoho tapi risau gak..khidupan HO tu cm mnakutkan sgt je huhu

    ReplyDelete
  5. tulisan doktor mmg cm 2 ek???hahahahaha

    ReplyDelete
  6. k.sol masuk geng saya la kalau bab menulis dikala mengantukk hhahahhaha..nice2

    ReplyDelete
  7. Membaca blog akak ni membuatkan saya lebih memahami si dia yang otw jadi doktor..

    ReplyDelete
  8. kak sol idola sy boleh?? hehe..semangat nk blajar berkobar2..*buku x sentuh agik nh* =p

    ReplyDelete
  9. @a.s.m.a
    sila la belajar betul-betul yer.nanti jangan mengeluh kalo banyak benda kena buat masa belajar itu semua untuk kebaikan kita :).

    ~ ceh, budak tak pandai beri ceramah plak..hehe

    ReplyDelete
  10. @aKu bObOi
    tulisan di kala mengantuk yer,hehe.
    abes terconteng-conteng. nasib baik xde air liur basi..hehe

    ReplyDelete
  11. @Fatin Sakura
    tulisan buruk tue, still dapat dibaca kan?

    nak cancel, malas nak tulis balik..haha

    ReplyDelete
  12. @My Name is Mar
    sapa si dia tue??hehe. so silalah faham yer, kami agak buzy..hehe.

    ReplyDelete
  13. @farhana kamaruzaman
    idola?? isk, tak layak kot. dulu ksol pemalas kot.banyak gila cabaran untuk sampai tahap sekarang.

    takpe, niat dan semangat yang kena ada kan? hehe

    ReplyDelete
  14. kak sol, thank you sebab ambik masa menulis walaupun sibuk sibuk sekarang ni. Semangat naik kami budak budak student ni ha bila baca, keep on writing kak! :) okeyh, belajar rajin rajin! *bukak buku :D

    ReplyDelete
  15. idola la! best kot..hehe. mau tanya,buku paed yg doktor bese gune kt usm ape? dh dpt tau jadual posting..1st kt paed ward! =p

    ReplyDelete
  16. bz sangat kan..? tapi mesti banyak pengalaman.. =)

    ReplyDelete
  17. alamak!! macam mana nak baca tulisan tu? heheheh

    ReplyDelete
  18. jom join contest delightful ramadhan...
    http://mieyasays.blogspot.com/2011/08/delightful-ramadhan-contest.html

    ReplyDelete
  19. @koshary
    tujuan asal memang nak bagi korang bersemangat sebab selepas penat lelah belajar dulu, akhirnya berbaloi.

    p/s: datang lagi baca dan ajak member2 yer :)

    ReplyDelete
  20. @farhana kamaruzaman
    dah dapat tau? kira dah leh pulun la ni?hehe
    aritue ada kawan batch farhana buat attachment kat hosp kulim, nama ooi.

    untuk pead biasa pakai buku Sunflower yang ksol xpernah khatam. buku paed protokol malaysia jugak. protocol sampai kerja pakai, so tak yah beli potostat cam ksol..hehe

    ReplyDelete
  21. @PiNky@hEarT
    busy tapi besh..tapi kadang2 stress still ada.takleh lari kalo kerja tak stress maunye lambat

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...