http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Monday, August 08, 2011

Nak Dating pun tak Sempat

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Eksited sebab cuma tinggal 1hari je lagi hari untuk abes tagging..hehe

MO pun dah sibuk-sibuk tanya bila aku nak abes tagging dan start oncall.
MO plak yang tak sabar. Aku kalo boleh tak mau oncall (hehe.)

Hari Sabtu ni dah start oncall. Harap-harap seorang patient pun tak masuk.hehe (berangan).

Hari ni pagi sangat sibuk dengan seorang budak 5tahun datang dengan sawan.Not regain consciousness langsung antara fit dia.
Masuk terus intubate, ambil darah, order X-ray.

Berkejar-kejar aku hantar darah urgent terus ke tangan orang makmal.
Pastu kol juru X-ray dan hantar borang untuk order portable X-ray plak.

PPK (attendant) tak nampak plak pagi tadi(mungkin ada urusan lain).Terpaksa la diri sendiri selesaikan tugas.
HO lain plak dok clerk history dari mak dia, ada yang tengah pegang bag mask patient.
Yang lain plak uruskan patient yang lain. Budak tu dihantar ke Hospital Alor Setar.
Kawan-kawan kat sana, ada 'hadiah' dari Kulim.

Pakar pun turun tadi. Mood dia baik tadi :).

Pastu kena plak pasang catheter untuk budak tadi. 1st time pasang catheter kat budak-budak. Selalu kat orang dewasa je. Dahla yang tengok tue, ada budak attachment dari USM (junior aku), cam demostrasi kat skill lab je rasa..hehe

Petang plak, aku di'pinjam' kan ke SCN (tempat yang tak ingin aku kembali). Sangat busy, tolong-tolong apa yang patut, yang urgent berjalan laju turun ke bawah hantar ke lab. Rasa bertuah plak Hospital Kulim ni kecik je, 2tingkat je. Kalo tak, tak sanggup aku turun hantar sample darah sendiri ke tangan orang lab.

Dah masuk kul 5petang, suasana semua wad kembali tenang. Aku siap leh tido atas kerusi je sebab penat.Malam plak just review patient dan sebelum aku balik tadi baru ada satu kes baru masuk.

Harap esok jugak berjalan lancar dan tak sabar untuk off satu hari.
Terasa sangat lama nak habiskan 2minggu.

p/s: bajet tak sempat dating padahal.....nak dating ngan mak beli baju raya, nak jumpa member sekolah.



jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

6 comments:

  1. pless oh pless.. dont send your patient to husm..karang penuhhh plak..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. tak payah dating..
    kawin je terus...

    ReplyDelete
  3. @Outsiderz
    melampau la sent ke husm.jauh sgt.lainla kalo ortho.sni sent a.setar atau penang dulu, kalo pe2 kes

    ReplyDelete
  4. @Outsiderz
    bukan nak dating ngan laki pun.nak dating ngan mak, adik ngan member2..hehe :)

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...