♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥
mungkin pandangan orang.. (yang laluinya apatah lagi)
tapi dah minat, dan secara automatik walau penat, lapar semua tugas kena selesaikan. Membantu pesakit cepat sihat dan keluar dari wad dengan suka ria.
Kadang-kadang nak gi tandas pun simpan dulu bila fikir darah nak ambik, nak siapkan discharge summary (kalo lambat pesakit lambat balik), trace result darah lagi.
Trace result kat sini tak macam USM yang semua online. Tak payah turun naik tangga kalo PPK ambil result lambat.
Masih ada terkejut bila aku cerita yang kami kalo oncall sampai esokla kerja (kira 2hari berterusan)..kalo tak jonah, bolehlah rehat.Kalo jonah, mata cam tertutup jelah esok pagi.
Tagging aku masih berbaki 3hari. Sendiri tak pasti boleh ke aku nak oncall sorang-sorang selepas ini.
Hari ini, aku minta pelepasan balik awal dari MO bertugas. Kalo tagging kena kerja sampai pukul 10.30 malam.Aku saja nak try minta, kalo ada rezeki..hehe
Tak sangka plak MO aku bagi. YES! terus aku cepat-cepat buat kerja yang sepatutnya pastu pass over kat HO yang oncall hari ini.
1st time nak berbuka sekali bersama keluarga (ayat tak leh blah). Yelah selalu berbuka dengan staf nurse je. Tue pun kadang-kadang dapat minum air je, pastu kena sambung kerja balik.
Hari ini lega skit, dapatlah berehat-rehat setelah 11hari sampai rumah 11 malam.Taklah, balik rumah, buka FB sekejap pastu dengan tak tukar baju terus tido..hehe. Pukul 4.30 dah bangun bersiap. Baru perasan yang aku setiap hari tidur 4jam sehari je. WAH!
Selepas itu akan rasa cramp kaki. Kawan aku yang masuk seminggu awal cakap dia dah cramp kaki masa tag ari tue.Pada mulanya aku ingat mungkin sebab dia kurang bersenam (pandai-pandai je ko).Rupanya bukan je dia, aku pun alaminya selepas itu, akan rasa sengal di seluruh kaki sebab terkejar-kejar ke sana ke mari, Dan paling besh sakit di bahagian tulang pinggul aku sejak kat USM pun kembali sama. Memang pakej lengkap la kiranya. Beshnya kalo dapat mengurut cam kat Thai Odysey dulu. Sekarang pun, nak shopping pun tunggu aku habis tagging.
Tunggulah shopping Mall, habis je tag aku, aku serang korang..hehe.
p/s: semoga semangat berkekalan sampai akhir waktu..hehe.Waktu tido lebih penting..hehe :)
jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
suka dengar cerita cerita doctor nie .:) ^^
ReplyDeletebest :)
hehe. ksol! kuatkan semangat taw! nanti leh bg tunjuk ajar kat lynn plak ;)
ReplyDelete4 jam je tido
ReplyDeletewah..mesti penat gile
berusaha kak sol! eh silap dr sol
@Anisa Liyana
ReplyDeletethanx yer. saja tempat luahan perasaan dan perasan di sini..hehe :)
@LynN LoLa~~ tunjuk ajar?? haha.kak lynn kan ada.orang depan mata kan leh tolong..hehe
ReplyDelete@Lea IsNaw!
ReplyDeleteisk panggil kak sol pun ok je la..dorang kat sini panggil soleha.Malu nak cakap nama glemer sol.haha.
haha~ inilah namanya houseman... btw dietitian kat kulim berapa orang?
ReplyDeleteanyway, ganbatte neh~
Susahnya kalau dapat PARTNER doctor..
ReplyDeleteAsyik kena tinggal je..
Nak OTW clash ar cenggini..
Huhuhu... Gurau saja..
Pejabat cuti, Blogger pun cuti ke?
@chanz
ReplyDeletehehe.tau dah merasa 11hari.hehe.
tak tahu la dietician ada berapa.sebab yg nmpak attendent je yg tolak makanan. orang yg adjust makanan tue xpasti la plak..hehe
ko minta la kerja sini gak..hehe
@My Name is Mar
ReplyDeletememang banyak dugaan
partner kenala faham..hehe
itulah ramai end up dengan doktor gak..hehe
naiiisee
ReplyDelete