http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Friday, June 29, 2012

Cucuk CVL

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥



Oncall dengan MO jonah memang ada baik & buruk.

Satu: ko akan banyak belajar, mana tak yer, banyak sangat cases nak kena tengok, kena jahit, kena ambil darah, kena intreprate x-ray, results. Bila makin banyak jumpa cases, makin banyak kita tahu dan makin banyak rupenya kita tak tahu kan?? hehe.
Kalo dah banyak, buat decision sendiri pun salah satu cabaran.
Bayangkan patient ko fracture, selepas ko tengok patient dan X-ray, ko kena decide nak patient masuk wad ke leh balik je. Ini bila dah MO ko tak available, kena masuk OT dan ko seorang je ada luar dari OT untuk tengok patients.

Sebelum oncall, awal-awal dah berdoa, semoga patients tak buat hal cam BP drop ke, tetiba collapse ke. (ngeri tau bila oncall sorang-sorang).

So, kalo ko rasa patient boleh balik dengan slab, mestilah suka hati sebab tak payah susah diri ambil darah, isi forms yang berlambak-lambak. Letih tau isi forms pastu kena cop-cop.

Tapi kalo yang kena masuk wad, pasrah je lah.endorse ubat, hantar darah.

Kena buat keputusan untuk kebaikan patient dengan jujur dan teliti.


Tapi salah satu pengalaman ngeri aku masa oncall adalah untuk manage patient yang datang dengan left leg necrotizing fascitis ni. Tengok kaki memang dah teruk, tak mau pergi hospital takut kaki kena potong (biasalah alasan tue, tapi tau plak dorang memang kaki kena potong).
Bayangkan masuk-masuk bilik kecemasan, dari muka pintu aku dapat bau kaki dia, Masyaallah, gila B*S**.

Aku buka balutan kain hijau dekat kaki dia. Ya Allah. Tanpa mask plak masa tue. Serius aku tahan dari pengsan bila bau. MO dekat casualty siap kata " tahan yer awak tak pakai mask"
Dengan muka cool je aku senyum padahal aku rasa bau dia sampai otak, sampai nak pengsan.

Tanpa fikir banyak "Puan ** kena masuk wad yer..kaki tue dah teruk sangat"
Patient yang tak berdaya tue, hanya larat mengangguk je.
MO aku datang dan order plan list yang sangat panjang. MO plak nak masuk OT untuk operation lain.

Salah satu ordernya : set CVL


Central
 ihsan: google

(cucuk cam ni kat dada) ngeri tak?

Dalam hati, eiseymaaan, tak kan aku nak set seorang kot..gile la.

CVL, invasive procedure. Cam masukkan branula tetapi besar sikit dan ia terus masuk kat jantung.Tapi kalo salah leh cucuk peparu dan kalo salah masuk leh cucuk arteri besar.
A central venous line is a device inserted into the superior vena cava or right atrium. A medical practitioner inserts the catheter via the internal jugular, subclavian or femoral veins using strict aseptic technique.
Aku guna subclavian puyer teknik untuk makcik ni.

Aku pernah buat beberapa kali CVL sendiri tapi ada supervision senior HO sama. Tak berani nak buat seorang-seorang. Risky kot.Walaupun confident, kalo sure minta senior HO tengok sama walaupun dorang diam kat tepi dan memang tolong tengok je.

Tapi malam tue, tanpa senior HO. Sebab hanya aku seorang yang ada. Tawakal gila kot masa tue, kena siapkan kerja sebelum MO balik OT.
Seorang adik medical student offer diri nak datang assist.
Ayooo, mati aku medical student plak nak assist, aku dahla takut ni.
Minta seorang nurse datang assist aku gak.Walaupun dia pun kira junior nurse gak.

Masa nak setting set CVL tue, aku dok berdoa je dapat cucuk CVL dengan baik. Mulut ni dok terkumit-kumit je.Kalo orang tgok sure ingat aku tengah jampi apa.

Position patient, cleaned, draped patient.
Bagi LA (patient ni agak restless, dahla in nasal prong). Aku asyik dok tengok monitoring dia je, takut tetiba SPO2 drop plak makcik ni.

Saat yang mengerunkan. Nak cucuk jarum yang besar dan panjang (panjang dia dalam 10cm kot) dahla besar canula dia. Aku pun dah mengigil-gigil cam 1st time nak cucuk branula.
Dengan lafaz Bismillah. aku cucuk.
Aim kena tepat. POP tersekat kena clavicle..ok..gerak bawah clavicle menghala ke bahu sebelah lagi...

CUUU.. darah mengalir ke jarum dan syringe yang aku cucuk. Alhamdulillah (lega betul..dapat lihat darah)

Bila pasti vein, terus ambil darah 20cc (yelah darah banyak nak kena hantar)..

Dah dapat masuk jarum, seterusnya dah jadi mudah..akhirnya CVL dah masuk dan tinggal nak anchor..

Sekali SPO2 patient drop jadi 68, patient on face mask plak tue.. aku dah start panik..
Mungkin tak selesa patient dah hyperventilated dan bernafas laju. Terus suruh nurse naikkan kepala katil dan minta patient bertenang... SPO2 99%.. aaahhh!!
Lega!! (dalam hati..makcik ni saja je kan??

Cepat-cepat suture dan anchor CVL dan push patient kat katil. Tak mau dok dalam bilik treatment lama-lama.

Tengah dok mengemas dan basuh peralatan tadi, adik student tue bagitau, dia takut gile dan terkejut bila SPO2 patient tetiba rendah.
Seriusly masa SPO2 drop dalam kepala aku dah nak suruh staffnurse urgent call MO Medical datang tengok.Tapi sure lambat nak datang , aku kena buat sendiri dulu.Sure aku mati kalo patient jadi camni, dahla aku oncall seorang-seorang je tinggal.
Jangan panik dan jangan kalut!! (dahla depan medical student, surela kena jadi cool houseman).

Selepas CVL just nak kena X-ray untuk confirm masuk ke tak... (Alhamdulillah masuk)

Amat-amat bersyukur bila berjaya buat CVL tanpa supervision. Kalo tak kerana MO jonah, sure aku ingat aku kena buat CVL dengan senior tengok (sebab takut). Melepasi ketakutan diri sendiri adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan kelegaan. YEAH!! Hwaiting.


P/s: makcik ni dah buat amputation (AKA-above knee amputation). Tak ada lagi kaki busuk




jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

4 comments:

  1. suspense2...cam tgk medical drama lak..haha. teringat george o malley

    ReplyDelete
  2. dalam drama takpe la..orang sihat je berlakon..ni patient betul, risk giler.
    takut tul rasa

    ko kerja mana sekarang?

    ReplyDelete
  3. Wan medical student ke? Trimas datang baca & komen :)

    ReplyDelete

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...